Pages

Friday, January 21, 2011

Baju sanding

penatnya N rasa pagi ni. dengan tak cukup tidurnya N tetap gagahkan diri bangun awal kerna tunang nak g keje awal.
pagi ni tak pasal2 kene marah ngan tunang coz parking kat depan umah org lain. depan umah tunang N tu sebenarnya memang penuh kete tapi leh selit lagi satu kete kat depan jiran bertentangan. tapi malas coz ruangnya kecik. penat N tak habis lagi, so N senyap jer. malas nak bertekak ngan tunang. mulut dia ngalahkan orang pompuan.

nak dijadikan cerita, semalam kami cuti sempena thaipusam. so tunang dah bercadang untuk pergi cuba baju sanding. hari dinanti dah tiba. N bangun seawal 7 pagi dan siap 7.30 pagi. tetapi sedikit terkilan bila tunang tak dapat dihubungi.

tunggu punya tunggu, pukul 8 tunang telefon dan katanya akan ambil pukul 9. urm okay lah, sambil2 tu lepak tgk tv dan makan nasi lemak. tapi lagi sekali N geram coz dah kul 12 tghr pun tak sampai2 lagi. ishh memang rasa tension, geram dan marah.

haa nak tau tak last2 kiteorg bertolak kul brape. kul 2 kuar umah dan kul 3 baru masuk highway. perjalanan ke Ipoh makan masa 2 jam seperti yang dimaklumkan.

sampai di Ipoh, kami terus ke ward coz anak buah tunang masuk hospital. singgah kejap je n angkut mak mentua ke kedai baju sanding tu - kawan bakal mak mentua.

tema untuk wedding ialah garden, so N carik gaun dan tunang akan pakai tuxedo. gaundan tuxedo yang dipilih warna cream. tunang lebih suka N pakai yang ada lace tapi N suke yang plain dan simple. so N book yang N suke tu. tapi makcik tu prefer N amik gaun lace coz  tema garden sesuai pakai lace.

bila pikir2 ada betulnya makcik tu cakap, tapi N tak suka gaun lace yang ada kat kedai tu. dan makcik tu bagi masa 3 minggu untuk confirmkan. N tak pasti samada nak confirm ataupun N carik kat Bandung bulan 3 nanti.

dah siap cuba baju kami ke tesco extra untuk beli jam hantaran dan makan malam. singgah hospital untuk hantar ibubapa tunang. sampai rumah pukul 12.30am.. mandi dan tidur..

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D