About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, February 25, 2011

Makin berusia, makin berharga..

Topic pagi ni di HOTFM bercerita pasal

"MAKIN BERUSIA, MAKIN BERHARGA"

petikan diambil dari Harian ............ >> tidak pasti surat khabar mana :P

then ada satu panggilan masuk. yang tepon ni perempuan

dan memang dia bantah keras ngan tajuk nih terutamanya yang sudah berkahwin pastu nak cari lagi sorang bini yang masih muda.

walaupun peratus kaum perempuan yang suka dengan lelaki berusia mencatat jumlah yang tinggi tapi kalu dah kahwin udah2 la tu.setia ajelah pada yang satu.

seperti yang dinyatakan oleh pemanggil ni, macam mana kalu seorang perempuan boleh berkahwin dengan dua orang laki??

walaupun perempuan takleh kahwin dua, tetapi cuba la faham wahai suami akan perasaan seorang isteri. wahai suami2, cuba anda bayangkan apa perasaan anda sekiranya isteri anda bukan sahaja cintakan anda tetapi mencintai dua orang insan yang bergelar lelaki..

perkara sebegini takkan terjadi tetapi kalu pada lelaki memang boleh terjadi..
apa yang pemanggil ni cuba luahkan sama jer apa yang N sentiasa fikirkan

tetapi N rasa tak berani nak bincang lebih2 walaupun pada hakikatnya N memang tidak menyokong poligami.. kalu perempuan diwajibkan hanya setia pada seorang suami, tetapi mengapa  ooo ooo ooo ooo ooo ooo ooo.. (N terpaksa padam balik apa yang N dah taip coz N tak nak tersilap cakap, buruk lak padahnya, so pandai2 la agak apa yang N cuba sampaikan)

haaa..... N dah tension cakap pasal mende2 ni.. dah taip pun terpaksa padam balik coz ianya kan salah satu sunnah Nabi. N ada terbaca dalam satu page ni, bercerita berkenaan poligami.

Nabi saw menikah buat kali kedua pun setelah Khadijah ra meninggal dunia. dan perempuan yang dinikahi adalah seorang janda. Nabi saw tidak pernah menduakan Khadijah ra.

jika poligami merupakan sunnah nabi kenapa sunnah2 nabi yang lain tidak diteladani seperti berpuasa, solat tahajud dan lain2. mengapa mengikuti sunnah2 yang enak2 sahaja..

silalah ke page ni kalu nak baca dengan lebih lanjut, infonya memang sangat menarik (bahan yang N tulis tidak sama ngan page asal coz N translate memandangkan page tu ditulis dalam bahasa indonesia)

dan ada lagi satu page:

isteri2 baginda semuanya pernah menjadi janda kecuali Sayyidah Aisyah ra yang dikahwini pada usia beliau masih kanak2.

N bukan la seorang yang pakar agama, kiranya N tersalah letak maklumat tolong tegur yaa..

adeii.. N dah terlajak jauh plak.. okay kite sambung plak ke perbincangan HOTFM yer.. dalam perdebatan tajuk hangat padi tadi ada la satu ayat yang memang N ingat sampai sekarang..

ayat ni diluahkan oleh kakak FAFAU kesayangan N.. wahwah.. dah jadik kesayangan la plak.. i loike .. hehe :D FAFAU cakap:

"apa faedahnya dapat ngan lelaki berusia ni, nak buat loan pun tak lepas"

hahahaaaa... memang ayat ni N rasa lucu betul coz memang betul pun apa yang dia cakap... kuikui.. tetapi biler FAFAU cakap macam ni N terpikir la plak akan satu perkara yang mana kalu bukan sebab loan atau duit so mungkinkah ini dikatakan cinta sejati?? hebat la lelaki berusia tu ekk

cintakan hati atau cintakan poket tebal?? mungkin dua2 haha :P

bak kata pepatah:
walau sekaya mana pun manusia di muka bumi ini
cinta tidak sesekali boleh dibeli.

pepatahku:
cinta memang tidak boleh dibeli,
tetapi dengan duit kita boleh beli barang yang disukai oleh orang yang kita cintai, boleh bagi rumah, keta, dan macam2 lagi. kalu takat cinta jer tak cukup kalu tak der duit :(

dan lagi satu pepatah dari kakak bilik masa duk asrama dulu namanya kak lin:
hari-hari duk cakap i love u, i love u, i love u,
kalu boleh makan kenyang tak per la jugak.

wakakakaaa.. direct giler ayat dia tuh.. makan dalam betul huhu.. bila kenangkan balik apa yang dia cakap tu memang kelakar la rasa.. huhu miss her

masa HOTFM hebat mendebatkan isu ni sempat lagi MR tunang menyelit,
"haaa, tak risau ker, makin berusia, makin berharga"

N pun apa lagi, mencebik ar.. dan tak reply apa2 pun kat dia. jus cakap dalam hati:

"alah tak heran la, kalu ko nak carik awek lagi muda, aku pun boleh carik lelaki yang lagi berusia, yang lagi matang dan tahu macam mana nak jaga hati orang pompuan" tetapi nak yang bujang.. lelaki berusia yang masih beristeri no no no..

MR tunang sempat tutup radio coz tak nak N mencelah.. haha.. lekas2 N buka balik. dan ada pendengar yang call dan cakap orang yang berusia lebih pandai melayan perempuan.. 

haaa so MR tunang, anda tak rasa tercabar ker ngan orang yang sudah berusia tetapi masih dapat berdamping dengan awek muda, tunang awak ni pun masih bergelar awek muda :D

pikir2 kan la ekk..

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D