About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, May 30, 2011

Double wedding.. mana lagi cantik??

Kelmarin (sabtu), N pergi wedding salah seorang anak kenalan mak mentua di dalam sebuah kem polis. Walaupun ketika itu hujan (nasib baik tak basah kuyup huhu..) tetapi majlisnya tetap meriah dengan kehadiran ramai tetamu.

Pertama kali kot masuk kem polis, kalu kem askar tu memang sedari kecil dah biasa :D.. N tertanya juga macam mana nak masuk kem polis ni, bukan sebarang orang bley masuk. Tapi husband cakap tunjuk je kad kawen :)..

N rasa saper2 yang duduk dalam kem memang beruntung betul kalu nak buat majlis coz kawasan dalam kem memang besar dan dah tentu la tak payah bayar mahal2 nak sewa dewan.. kalu dalam kem nak wat kat dalam dewan pun bley, nak buat ala2 wedding garden pun bley coz banyak kawasan berpadang :D

Tempat parking pun ada, senang betul..

Okaylah, berbalik pada tajuk di atas, wedding yang N pergi kelmarin merupakan wedding kepada 2 pengantin, tetapi bukan kembar yer, mereka ialah adik dan kakak. kedua-duanya perempuan..

sweet kan :D

Senang betul kalu buat double wedding macam ni yer, susah sekali jer then bley relaks.. kos pun kurang berbanding buat majlis yang berasingan.

Tetapi...... di mana ada kebaikan di situ juga ada keburukan.. sebenarnya tak buruk mana pun dan tak effect majlis tapi mulut2 orang jer yang buruk..

Di kala sedang makan, N terdengar perbualan satu family yang duduk semeja dengan N.. Dari apa yang N dengar derang membezakan kecantikan di antara dua pengantin.. 

Haa.. rasanya perkara2 macam ni memang dah lumrah. Dan tak leh nak salahkan saper2 kan. Biasalah tu, kalu ada yang cantik of course la akan ada yang tak brape nak cantik juga :P

Memandangkan isu ni pun dah terbangkit N nak amik kesempatan untuk menunjukkan gambar wedding bestfren N.. Double wedding jugak..

jom kita tengok gambar ni

dua pasangan pengantin sedang bersanding..




dua pasangan pengantin tengah buat outdoor photography..



masa kawan N tunjuk pic ni semua orang pun cakap menda yang sama kat dia :D.. 

**kawan N yang pakai baju putih kat atas ni.. cantik sangat dia masa wedding.. sweet..

2 comments:

  1. waa buat kenduri sekali.
    jimaaaaattt.
    =)
    pengantin-pengantin sangat cantik.

    ReplyDelete
  2. yurp.. cantik2, one of them is my fren :D.. tetiba lak rasa bangga.. ngeh ngeh.. :P

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D