About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, June 22, 2011

Dulu dan sekarang Part 1

Perasan tak you all yang sekarang ni dunia dah makin maju. Teknologi tak payah cakap lar, makin hari dah makin canggih..

Kalu kita tengok remaja-remaja zaman sekarang ni (even budak2 sekolah rendah or menengah), memang dah terbiasa dengan penggunaan alat-alat berteknologi tinggi ni. Boleh kata dah tak boleh nak berenggang lah.

Tapi hari ni N nak citer sikit pasal penggunaan surat menyurat dan email dengan bantuan Internet. Rasanya semua orang pun dah tahu kan apa tu Internet. Kalu tak tahu cer tanya kat PakCik Google kerna dia lebih arif dalam hal ni :P. 

DULU - Snail mail

Okaylah, you all masa dulu-dulu pernah tak berkirim surat mahupun kad raya/ birthday ngan kawan-kawan.


















Well, N masa zaman sekolah dulu-dulu kalu ada masa memang N akan berkirim surat ngan kawan-kawan. Rumah pun jauh dan kalu nak jumpa memang tak tahu zaman bila boleh ketemu. So, suratlah N gunakan untuk bertanya khabar.

Ingat lagi dulu zaman N berutus surat ngan kawan, bila nampak jer sampul surat nama N, punyalah excited gila nak buka. Dah lepas baca jer apalagi, selongkar semua barang-barang especially pen warna-warni dan kertas kajang or kertas warna warni. 

Tapi kalu time tu rasa macam dalam kreatif mode, sampul surat pun N buat daripada kertas majalah :D, macam besh jer kalu sampul tu lain daripada yang lain. 


Tapi sekarang ni tak tahu lah boleh buat macam tu ker tak, coz rasanya Pos Malaysia dah keluarkan standard yang dibenarkan untuk sampul surat. Sila rujuk Pos Malaysia yer :D


SEKARANG - Email

Tapi zaman sekarang ni dah lain. Kebanyakan orang menggunakan email tak kira la untuk urusan rasmi mahupun tidak. Sebabnya, penggunaan email lagi cepat dan mudah. Dah tak payah nak keluarkan kos untuk beli sampul surat, kertas kajang dan juga setem.  Tangan pun tak lenguh nak menulis :D. 

Bila usia dah makin meningkat, N pun dah jarang-jarang nak berutus surat.. Bukan sebab sekarang ni boleh guna email, tapi sekarang ni dah sangat busy :P. Urmm paling tak besh, dah lost contact dengan kawan-kawan yang duduk jauh..

Tapi, sekarang ni walaupun zaman dah canggih, surat menyurat masih lagi diamalkan terutamanya untuk urusan rasmi :D

** Sekali sekala kalu dapat real surat/ kad yang di pos ke rumah oleh kawan alangkah seronoknya rasa :D

semua pic di atas dari pakcik google, sila klik gambar untuk pergi ke sumbernya

2 comments:

  1. tu la kan..jauh nah perbezaan dulu dan sekarang :D

    ReplyDelete
  2. a'ah, memang berbeza.. tulis tangan bertukar ke taip menaip :D

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D