Pages

Friday, June 3, 2011

Give away Part 1

Jus a short update berkenaan dengan give away yang sekarang ni ramai orang buat kat blog masing-masing..

Sebenarnya N dah daftar blog sejak tahun 2007.. tak sangka dah agak lama yer tapi N buat blog N ni just sekadar diary syiok sendiri. Tak berharap pun orang lain datang baca.

Kekadang tu update kekadang tu bersawang jer blog N, tapi bermulanya tahun 2011, terdetik plak nak publish blog kepada orang ramai.. N mula draftkan semua entry2 N yang lepas, kenapa ye?? Mungkin N bley citer kemudian.

Kemudian terus bergiat aktif menulis blog dan mula menyertai kelab2 yang dikhaskan kepada blogger2. Blogwalking tu tak payah cakaplah, tiap kali online jer sure N buka dulu dashboard jenguk entry2 yang menarik dan tunggu update dari blogger yang memang N berkenan sangat :D..

Sejak N aktif update blog, N dah pandai skit ar comment2 entry blogger lain.. tak kenal pun, tapi urmm hentam jer la, tak harap pun blogger tu jenguk blog N, tapi kalu jenguk pun suka jugak.. hehe

Dari hari ke hari N berblogging walaupun syok sendiri update blog, N rasa macam makin banyak jer benda yang N tak tahu.. huhu

Contohnya macam megatag, backlink, HTML dan segala bagai code2 yang ada.. Dan tak lupa juga churp2, nuffnang, infinity, mangga dan lain2 advertisment company.. hahhh sampai sekarang pun tak tahu menda alah ni walaupun pernah terbaca pasal menda ni semua. lembab betul N ni T.T

Asal buat blogwalking jer musti terpampang pelbagai jenis iklan.. Adakah kerana ingin menambah bilangan follower dan juga pengunjung, ramai blogger2 buat Give Away?

Berbaloi ker buat Giveaway kalu semata2 nak dapat duit lebih dari Ads2 yang menaja blogger2 ni??

* Harap2 tak der blogger yang terasa dengan apa yang N tulis ni yer.. N jus tulis apa yang terlintas di dalam fikiran jer dan tak bermaksud apa2 pun.. Anyway, entry ni akan bersambung di lain masa, nantikan Give Away Part 2.. chill :D

** Sorry la yer coz bebel entry ni terpanjang pula, ingat nak buat short entry jer.. huhu

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D