About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, June 24, 2011

Just listen..

Kadang-kadang tu kita bercerita sebab kita nak orang mendengar..

Kadang-kadang kita luahkan perasaan sebab kita tak nak pendam seorang diri dan tak mahu kena serangan mental..

Kadang-kadang kita nak kongsikan perkara-perkara yang kita suka dengan orang yang kita suka sebab kita nak dia tahu apa yang kita suka..

Kadang-kadang kita merungut bila ada yang tak kena sebab kita ni manusia yang ada perasaan dan bukannya patung..

Kadang-kadang kita memang suka nak cakap pasal benda yang buat kita betul-betul excited sebab kita seronok nak berkongsi cerita..

Tapi kadang-kadang tu kita tahan diri kita daripada berkata-kata bila:

dia menjawab apa yang kita kata sebab dia tak suka ataupun tak setuju,
dia jadikan suasana seolah-olah macam pertandingan pidato,
dia persoalkan balik cerita kita,
dia perkecilkan kita macam kita ni baru hidup setahun,
dia tak mahu dengar dan nampak sangat macam seolah-olah kita yang terhegeh-hegeh,
dia lemahkan semangat kita

Kadang-kadang tu kita bercerita sebab kita nak orang mendengar saja.. Just listen..

Kalau satu hari nanti kita mendiamkan diri, tolong jangan tanya kenapa..

2 comments:

  1. setuju sangat. sometimes we only need someone to listen to us. and kalo diorang tak cakap pape pon takpe dah. as long as dia dengar apa yang kita nak luahkan.

    nice entry. :)

    ReplyDelete
  2. yurp, kadang2 kita nak orang mendengar jer..

    thanks ciklaila :D

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D