About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, July 1, 2011

Hati dan Akal

Dilemma dalam membuat keputusan.. Pernah tak you all semua hadapi detik yang macam ni??

Bila akal mengatakan YA.. Tetapi dalam masa yang sama hati meronta-ronta mengatakan TAK..




Kenapa Hati dan Akal sentiasa tidak serasi bersama..

Hati: Kalu nak diikutkan hati aku nak sangat bergabung dan serasi bersama kau, Akal.

Akal: Urm ye ker, Kenapa kau berkata begitu?
Hati: Kan ker seronok kalau setiap keputusan yang kita buat adalah kerana kehendak kita berdua.

Akal: Kalu engkau nak kita bergabung dan serasi bersama, engkau dan aku nak jadi apa?
Hati: Kalu kita bergabung of course la kita akan jadi hati. (Memang hati ni ikut hati sendiri jer buat keputusan)

Akal: Oh macam tu la pula yer.. Tapi siapa nak jadi akal?
Hati: Akal?? Perlu ker akal, cukup lah sekadar ada hati saja. Hati lebih penting.

Akal: Eh, wahai hati, engkau dah lupa ker akan kejadian yang pernah berlaku suatu masa dahulu. Engkau membuat keputusan tanpa mempedulikan pendapat aku.
Hati: Kejadian, kejadian apa? Yang mana satu yaa.. Adakah kejadian yang engkau maksudkan semasa Si Boyboy memberikan hadiah paling mahal semasa hari lahir setahun yang lepas.

Akal: Tidak, bukan kejadian yang tu. Kenapa engkau hanya teringatkan kejadian yang indah sahaja tanpa mempedulikan kejadian yang sebaliknya. Kejadian yang aku maksudkan ialah, semasa engkau membuat keputusan untuk setia bersama Boyboy walaupun engkau tahu yang dia ada hati lain.

Hati: Tetapi bukan salah aku, Boyboy sendiri sudah berjanji walaupun wujud sejuta hati di dunia ini, dia akan tetap memilih aku.
Akal: Itulah engkau, membuat keputusan sesuka hati. Engkau abaikan nasihat aku. Sekarang ni aku nak tanya, adakah engkau gembira dengan keputusan yang engkau buat tu.

Hati: Tidak, aku tidak sangka Boyboy akan buat aku macam ni.
Akal: Wahai hati, kadang-kadang tu aku rasa engkau ni memang buta. Kalu dia cintakan engkau kenapa dia berkahwin dengan hati lain?

Hati: Aku terlalu percayakan kata-katanya. Aku terlalu ikutkan hati sehingga aku tidak nampak sebarang cela padanya.

Akal: Hati, walaupun engkau sentiasa tidak endahkan aku, aku tidak pernah puas untuk mengeluarkan pendapatku. Dan aku juga tak pernah salahkan engkau. Kadang-kadang tu bila aku penat ngan pe'el ko aku sengaja bagi kau menang dan bagi engkau buat keputusan supaya engkau boleh belajar dari kesilapan.

Hati: Yer la Akal, aku minta maaf yer.

Akal: So sekarang ni engkau nak bergabung lagi ker?
Hati: Urm, tak payahlah akal, kalu takder bimbingan nanti susah pula.

Akal: Haa.. aku setuju sangat dengan keputusan engkau kali ni. Kalu nak bergabung pun tak semestinya aku kena jadi hati, sebab akal merupakan tunjang utama dalam membuat segala tindakan. Haa, engkau pun lepas ni kena kawal sikit hati, aku ni wujud lagi tau..

Hahh.. macam tu alkisahnya, kadang-kadang kita sedar yang kita buat kesilapan tapi  kita seringkali menipu diri sendiri sehingga satu masa terjadilah perkara yang tidak diigini. Bila dah jadi, baru nak menyesal sebab tak ikut kata akal.

Meskipun setiap manusia dikurniakan dengan akal, tetapi ianya selalu diabaikan. Akal seringkali membuat kita berfikir apa yang terbaik tetapi hatilah yang kena pandai membuat pilihan berdasarkan pilihan daripada akal dan bukan hati semata-mata :D

13 comments:

  1. Lama2 tgk muka ngko nie macam kenal pulak rasanya, Ko Net yek?

    ReplyDelete
  2. urm.. rasanya N takder kawan nama lan, ni abglan kawan kakak n boy kan :D

    ReplyDelete
  3. he he he... betul le Net nie ke ke, ha'ah!! Ha'ah... nie le abglan yg slalu dok dtg rumah tue wak ka ka

    ReplyDelete
  4. ohh.. kalu abglan tak tegur, mmg nad tak perasan la.muka pakai topi tu lain ,tak cam la plak :P

    ReplyDelete
  5. he he yeke, abglan memula mmg rasa ada iras². Tapi memula anggap pelanduk dua serupa aje he he... dah tua nie lembab sket wak ka ka. Abg lan panggil Nad Miss N jele kat sinie yek... kang kompius lak reader N kat sinih :)

    ReplyDelete
  6. yup mmg tol tu N. kita kkdg mmg sering kali menipu diri sendiri kan :D

    ReplyDelete
  7. a'ah, kadang2 kita tahu tapi buat2 tak tahu, konon2 everything is okay T.T

    ReplyDelete
  8. wow! tak pernah jumpa entry mcm ni! hebat akal dan hati berkata2..

    ReplyDelete
  9. sememgnya akal dan hati mempunyai peranan msing2 .. :)

    ReplyDelete
  10. imbobo, haha.. sebagai panduan dalam kehidupan

    ReplyDelete
  11. miezah, yurp.. betul tu, setuju :D

    ReplyDelete
  12. wah best entry ni...ada peranan dan mksud tersendiri :)

    ReplyDelete
  13. @sobri yaacob, a'ah.. setiap menda yang tercipta musti ada kegunaannya

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D