About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, July 28, 2011

Lelaki lebih mendapat impak apabila putus cinta..

Kelmarin N pergi potong rambut ngan Mr Baby.. haha. kelakar kan bunyi.. tetiba jer panggil husband dalam blog dengan nama baby, tak pernah2.. ngeh ngeh.. gara2 terbaca paper metro yang mana berita first page tu menceritakan pasal mak nyah yang dipanggil Baby. Cute betul kan bila laki2 ni kita panggil Baby..

Okay, tersasul plak cerita menda lain. Kita masuk balik tajuk tadi yer. Lepas N dah potong rambut, tiba lah giliran Mr Baby plak. N pun bersenang lenang lah atas sofa sambil baca Maskulin Magazine. Actually, N memang dari dulu suka sangat baca magazine ni, tapi tak pernah beli pun. ngeh ngeh

Seronok juga tengok2 magazine orang laki ni coz kalu tengok iklan2 dalam magazine ni memang ngalahkan pompuan lar. Siap ada segala bagai produk, termasuklah sun block perlindungan untuk kulit :D. N tak berapa  kisah sangat kalau laki suka pakai produk2 kecantikan coz memang segelintir kawan laki N pun memang titik beratkan hal2 macam ni. Lagipun tak salah kan..

Tengah2 belek magazine ni N terjumpa satu article yang agak menarik. Tak berapa nak ingat tajuk yang sebenar tapi lebih kurang macam ni la: Kaum lelaki lebih mendapat impak/tertekan berbanding wanita apabila putus cinta..


Masa baca tu rasa macam musykil juga. Ayat tu seolah-olah mengatakan yang wanita ni macam tak tertekan jer bila putus cinta.

Berdasarkan apa yang N masih ingat, lelaki mendapat impak yang lebih berbanding wanita apabila putus cinta kerana lelaki menjadikan wanita sebagai sumber inspirasi untuk meluahkan kasih sayang berbanding wanita yang lebih mengutamakan keluarga.

Pada pendapat N la, sebenarnya menda ni terpulang la kepada individu tu kan.. Tapi tak bermaksud nak bangkang Fakta yang N baca ni.. Yurp, ianya satu FAKTA yang telah dikaji selidik, bukannya andaian sesiapa.

Artikel ni juga ada sediakan TIPS SELEPAS PUTUS CINTA:

1. Paling penting, Bantu diri sendiri untuk mengatasi masalah ni kerana orang lain boleh mendengar tapi kalu nak bantu memang susah sangat2. Cuba relakskan diri seperti berkunjung ke Spa. Semoga urutan dan juga proses2 yang you all lakukan kat spa dapat kurangkan impak putus cinta tu.

2. Jangan dengar cerita dari kawan2 yang boleh mendatangkan kesan negatif (pasal SI DIA). Seperti perkara2 yang boleh melemahkan jantung ataupun membuatkan you all lagi bertambah2 kecewa dan super sakit hati ..

3. Rapatkan diri dengan rakan2 ataupun keluarga. Mengadulah segala perasaan you all kat mereka2 ni, memang pastinya mereka akan sentiasa menyokong you all.

4. Terima la kenyataan yang you all berdua memang betul2 dah takder jodoh. Cari la orang lain, cuba call kawan2 lama yang dah lama tak contact tu. Kalu ada yang masih single boleh la usha2 kay.

5. Lakukan perubahan seperti mencantikkan diri. Ini penting terutamanya untuk menaikkan keyakinan diri.

6. Luangkan masa dengan hobi2 yang sedia ada contohnya membaca, bercucuk tanam, menghias rumah, memancing, ubahsuai kereta, memasak, blogging, dan lain2..

7. Lakukan aktiviti sukan yang digemari seperti main bola sepak, takraw, badminton, berbasikal, berenang dll.

N tulis apa yang N ingat jer kay dan ada yang N tambah2 skit hehhe.. :D
Selamat membaca..

10 comments:

  1. sya belum pernah rasa putus cinta dan taknak rasa sbb tahu ia mesti menyakitkan hehe

    ReplyDelete
  2. @imbobo, yurp, minta2 dijauhkan :D

    ReplyDelete
  3. bukan wanita ke? yang lebih kecewa

    ReplyDelete
  4. betul... bukan senang nak cari...hu2.. Ini la yang aku alami sekarang..hu2

    ReplyDelete
  5. @bro ahmad, pada N, tahap kekecewaan antara laki n pompuan ni sama jer, tapi kalu kajian dah buktikan, tak leh nak kata apa lar

    ReplyDelete
  6. @nizam ijam, bawa bersabar la ekk nizam. chill okay :D

    ReplyDelete
  7. he he.. yeke? ye kot wak aka ka!!

    ReplyDelete
  8. pernah jugakla rasa....huuuu(TnT)...tipula kalau xsakit....huhu

    ReplyDelete
  9. @regreatnosoul, yurp.. mungkin apa yg terjadi ada hikmahnya. jgn sedih2 kay

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D