About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, September 19, 2011

Im back.. Merdeka Merdeka

Holaa.. Im back..

Dah sebulan lebih N tinggalkan blog kesayangan ni. Dan baru hari ni rasa ada mood nak post entry baru.

Dalam masa sebulan lebih ni macam2 benda yang terjadi. Rasa rugi pula tak dapat nak cerita dalam blog.

Anyway, esok2 bila ada kelapangan N akan cerita.

Okaylah, event terdekat yang kita sambut baru2 ni ialah hari merdeka so N tak nak lepaskan peluang untuk ucapkan SELAMAT HARI MERDEKA DAN SELAMAT HARI MALAYSIA kepada seluruh rakyat Malaysia. :D

Seperti yang kita sedia maklum, Kemerdekaan baru2 ni disambut pada 16 September iaitu pada Hari Malaysia.

Lazimnya, setiap kali ada event2 macam ni, N pasti tidak akan ketinggalan. Kalau tak tengok bunga api pada malam merdeka N semestinya akan bangun awal2 pagi untuk tengok perarakan di dataran. Tapi kadang2 tu bunga api N tengok, perarakan pun N pergi sekali :D

Tapi masuk tahun ni, dah 2 tahun N miss bunga api dan perarakan. Just tengok dalam TV jer. Rasa sangat2 berbeza bila kita boleh merasai situasi yang sebenar. Perasaannya memang tak bley nak digambarkan dengan kata-kata. Rasanya terlalu hebat.

Masa N tengok perarakan di TV hari jumaat yang lepas, terasa sedikit hiba sebab tak dapat nak tengok depan mata sendiri. N memang jenis yang suka nak join event2 macam ni.

Dan ada satu part yang N suka menjelang sambutan kemerdekaan ni bila lagu Merdeka dan lagu Jalur Gemilang dimainkan. Perarakan dalam TV yang N tengok tu, lagu dipasang pada akhir event. Seronok jer nyanyi dengan semua orang yang ada kat dalam TV tu, tapi tak nyanyi habis pun sebab tetiba rasa sedih.

Dan masa tu la tetiba teringat beberapa tahun yang lepas masa tengok bunga api sambil menyanyikan lagu merdeka dan jalur gemilang dengan sekuat hati dan penuh semangat. Moment merdeka yang sangat indah :D

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D