About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, November 29, 2011

Perlukah memberitahu semua rahsia untuk membuktikan kejujuran?













Siapa kata kalau berahsia bererti kita tidak jujur? Perlukah memberitahu semua rahsia untuk membuktikan kejujuran? Subjektif betul soalan ni. Nak kata perlu pun boleh, nak kata sebaliknya pun boleh.



Kenapa perlu? dah kata rahsia. rahsia kan perkara tersirat yang memang kita tak nak orang lain tahu. Kalau dah bagitahu bukan rahsia dah la namanya. Hahh.. Dilemma betul. Nak bagitau ker tak nak. 


Kalau tak bagitau nanti sampai berjanggut pun tak settle2 masalah tapi kalu bagitau boleh terbela ker nasib? Tak ke nanti memudaratkan dan aibkan diri sendiri / orang lain. Daripada elok-elok orang tak tahu, alik-alik jer semua orang tahu. Tapi tu lah risiko yang kena terima sekiranya ada rahsia yang terpaksa dibongkarkan semata-mata untuk selesaikan masalah.


Dan kenapa pula tak perlu? Kalau tak ada kaitan tak perlu beritahu la. Apa motif kan nak cerita semua perkara yang tersembunyi, selagi ianya tidak memudaratkan.


Sebenarnya tak semua rahsia kita kena kongsi ataupun cerita. Selalunya perkara yang aib, baiklah kita simpan sendiri dalam hati. Tak salah kalau nak berahsia terutamanya perkara-perkara yang telah lama berlaku / tidak berapa nak membanggakan sangat dan juga perkara-perkara pahit yang kita sendiri pun tak rasa nak imbas kembali. Lagipun kalau kita tak cerita, tak der siapa yang tahu pun. Tak rugi apa-apa dan orang pun tak banyak tanya. 




Tapi semuanya terpulang kepada diri sendiri. Ada sesetengah orang tu lagi senang ceritakan rahsia-rahsia diri kepada pasangan ataupun rakan-rakan semata-mata nak tunjukkan kejujuran dan tak mahu ada rahsia di antara mereka. Dan yang lagi setengah tu lebih suka mendiamkan diri saja. Bukan bermaksud tak nak berkongsi tapi biarlah ianya menjadi rahsia diri ;).




No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D