About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Sunday, February 27, 2011

Tukang jahit Bandung??

N perlukan pertolongan..

dekat mana tempat jahit yang boleh jahitkan baju pengantin?? terutamanya baju gaun perempuan.

N dah buntu sangat ni. cari gune google pun tak jumpa. kalu yang keluar pun bukan di Bandung. Blogwalking pun tak berhasil coz semua orang citer pasal shopping, makan, tempat untuk dilawati dan juga penginapan.

kepada sesiapa yang pernah buat tempahan baju pengantin di Bandung amatlah dialu-alukan untuk memberi seberapa banyak maklumat dan lokasi untuk tukang jahit Bandung.

dan last sekali kalu taktau tempat untuk jahit dan mungkin ada yang beli sahaja kain lace tetapi tempah kat Malaysia, N amatlah berbesar hati untuk tahu tukang jahit mana yang bley jahit dengan cantik dan murah di Malaysia ni dan lagi satu dalam masa yang terdekat coz wedding on 14 may 2011..

Thanks..

Saturday, February 26, 2011

Bloglist Anastasyea Bulan Mac 2011



BLOGLIST BY ANASTASYEA

kali ni buat pertama kalinya N join Bloglist event.. haa apa yang menarik??

sebenarnya N pun tak tau, N pun masih baru dalam dunia blog.

apa yang N tau, hanya orang2 yang terpilih dan bertuah saja akan diletakkan dalam bloglist cik Anas ni..

agak2nye dapat ker blog N ni masuk dalam senarai. layak ker?? tengok kat comment pun ramai betul yang dah join, masih ada harapan?? huhu

dah la pertama kali join, before these teringin gak nak join contest2 yang dilakukan oleh blogger2 tapi memandangkan semua contest tu memerlukan setiap peserta untuk mengetag rakan blogger, terus jer ilang semangat nak join coz N takder rakan blogger, yang ada sekarang ni follower jer.. takder lagi rakan2 yang buat blog.. seronoknya orang lain blogging bersama rakan2 mereka.. huhu..

bley ker nak tag follower, tak kenal pun mereka. tak ker nanti derang cakap buang tabiat. huhu.. N pun dalam proses untuk belajar berkenal2 ngan blogger2 lain dan juga blogwalking. teringin juga nak mengenali dengan lebih rapat..

okay, sekarang ni apa yang N bley buat just wait n see, kalu N bernasib baik tersenarai la blog N yang tak seberapa ni kat dalam bloglist Anastasyea :D (sambil tersengih sorang2, mmg takder keje betul budak N ni). wish me luck yaa..

** anas: link blog anas, N dah selitkan dalam bloglist title OTHERS

Friday, February 25, 2011

Makin berusia, makin berharga..

Topic pagi ni di HOTFM bercerita pasal

"MAKIN BERUSIA, MAKIN BERHARGA"

petikan diambil dari Harian ............ >> tidak pasti surat khabar mana :P

then ada satu panggilan masuk. yang tepon ni perempuan

dan memang dia bantah keras ngan tajuk nih terutamanya yang sudah berkahwin pastu nak cari lagi sorang bini yang masih muda.

walaupun peratus kaum perempuan yang suka dengan lelaki berusia mencatat jumlah yang tinggi tapi kalu dah kahwin udah2 la tu.setia ajelah pada yang satu.

seperti yang dinyatakan oleh pemanggil ni, macam mana kalu seorang perempuan boleh berkahwin dengan dua orang laki??

walaupun perempuan takleh kahwin dua, tetapi cuba la faham wahai suami akan perasaan seorang isteri. wahai suami2, cuba anda bayangkan apa perasaan anda sekiranya isteri anda bukan sahaja cintakan anda tetapi mencintai dua orang insan yang bergelar lelaki..

perkara sebegini takkan terjadi tetapi kalu pada lelaki memang boleh terjadi..
apa yang pemanggil ni cuba luahkan sama jer apa yang N sentiasa fikirkan

tetapi N rasa tak berani nak bincang lebih2 walaupun pada hakikatnya N memang tidak menyokong poligami.. kalu perempuan diwajibkan hanya setia pada seorang suami, tetapi mengapa  ooo ooo ooo ooo ooo ooo ooo.. (N terpaksa padam balik apa yang N dah taip coz N tak nak tersilap cakap, buruk lak padahnya, so pandai2 la agak apa yang N cuba sampaikan)

haaa..... N dah tension cakap pasal mende2 ni.. dah taip pun terpaksa padam balik coz ianya kan salah satu sunnah Nabi. N ada terbaca dalam satu page ni, bercerita berkenaan poligami.

Nabi saw menikah buat kali kedua pun setelah Khadijah ra meninggal dunia. dan perempuan yang dinikahi adalah seorang janda. Nabi saw tidak pernah menduakan Khadijah ra.

jika poligami merupakan sunnah nabi kenapa sunnah2 nabi yang lain tidak diteladani seperti berpuasa, solat tahajud dan lain2. mengapa mengikuti sunnah2 yang enak2 sahaja..

silalah ke page ni kalu nak baca dengan lebih lanjut, infonya memang sangat menarik (bahan yang N tulis tidak sama ngan page asal coz N translate memandangkan page tu ditulis dalam bahasa indonesia)

dan ada lagi satu page:

isteri2 baginda semuanya pernah menjadi janda kecuali Sayyidah Aisyah ra yang dikahwini pada usia beliau masih kanak2.

N bukan la seorang yang pakar agama, kiranya N tersalah letak maklumat tolong tegur yaa..

adeii.. N dah terlajak jauh plak.. okay kite sambung plak ke perbincangan HOTFM yer.. dalam perdebatan tajuk hangat padi tadi ada la satu ayat yang memang N ingat sampai sekarang..

ayat ni diluahkan oleh kakak FAFAU kesayangan N.. wahwah.. dah jadik kesayangan la plak.. i loike .. hehe :D FAFAU cakap:

"apa faedahnya dapat ngan lelaki berusia ni, nak buat loan pun tak lepas"

hahahaaaa... memang ayat ni N rasa lucu betul coz memang betul pun apa yang dia cakap... kuikui.. tetapi biler FAFAU cakap macam ni N terpikir la plak akan satu perkara yang mana kalu bukan sebab loan atau duit so mungkinkah ini dikatakan cinta sejati?? hebat la lelaki berusia tu ekk

cintakan hati atau cintakan poket tebal?? mungkin dua2 haha :P

bak kata pepatah:
walau sekaya mana pun manusia di muka bumi ini
cinta tidak sesekali boleh dibeli.

pepatahku:
cinta memang tidak boleh dibeli,
tetapi dengan duit kita boleh beli barang yang disukai oleh orang yang kita cintai, boleh bagi rumah, keta, dan macam2 lagi. kalu takat cinta jer tak cukup kalu tak der duit :(

dan lagi satu pepatah dari kakak bilik masa duk asrama dulu namanya kak lin:
hari-hari duk cakap i love u, i love u, i love u,
kalu boleh makan kenyang tak per la jugak.

wakakakaaa.. direct giler ayat dia tuh.. makan dalam betul huhu.. bila kenangkan balik apa yang dia cakap tu memang kelakar la rasa.. huhu miss her

masa HOTFM hebat mendebatkan isu ni sempat lagi MR tunang menyelit,
"haaa, tak risau ker, makin berusia, makin berharga"

N pun apa lagi, mencebik ar.. dan tak reply apa2 pun kat dia. jus cakap dalam hati:

"alah tak heran la, kalu ko nak carik awek lagi muda, aku pun boleh carik lelaki yang lagi berusia, yang lagi matang dan tahu macam mana nak jaga hati orang pompuan" tetapi nak yang bujang.. lelaki berusia yang masih beristeri no no no..

MR tunang sempat tutup radio coz tak nak N mencelah.. haha.. lekas2 N buka balik. dan ada pendengar yang call dan cakap orang yang berusia lebih pandai melayan perempuan.. 

haaa so MR tunang, anda tak rasa tercabar ker ngan orang yang sudah berusia tetapi masih dapat berdamping dengan awek muda, tunang awak ni pun masih bergelar awek muda :D

pikir2 kan la ekk..

Sunday, February 20, 2011

Sambungan Doddle

urmm tak ada apa nak update arini.

N just nak tunjuk second doodle yang N wat..

aritu kan N ada upload first doodle, yg ni:


actually, N tak brape puas ati so N decide nak wat lagi satu.. tema tetap sama, LOLLYPOP..

this is the result, tadaaaa:


takder la cantik sangat tapi N rasa puas ati la skit berbanding yang pertama tuh hehe (perasan sendiri)

takleh nak layankan juga perasaan ni, kalu nak perfect kene lar banyakkan latihan. kalu takat baru nak ceburkan diri takleh menaruh harapan yang tinggi.

apa yang N bley cakap dalam pengalaman N conteng2 ni, N rasa kesabaran sangatlah penting. terus terang N katakan, oleh kerana nak habiskan lukisan pertama dengan cepat, hasil yang N dapat >> tak santik, tak beshh.. so, untuk lukisan yang kedua N wat ngan perlahan2, sambil berfikir dan tidak tergesa2.. so hasilnya>> okay la dari yang pertama..

kejadian ni memang N jadikan pengajaran dan N berharap satu ari nanti N dapat menigkatkan quality doodle N :D

Dulu masa N sekolah and masuk U, N memang suka sangat lukis huruf2. dan tak dinafikan sampai sekarang N suka buat.. so, pic kat bawah ni N wat lepas lukis LOLLYPOP comel tu:


haa, inilah patern yang N suka wat tu.. N dapat inspirasi ni daripada kakak N.

anyway, penah terpikir tak kedua2 perkataan ni.. yang mana betul.. 

DODDLE or DOODLE??

Wednesday, February 16, 2011

suara siapa yang anda rindui?? HOTFM

hi hi..

okay kita sambung entry pagi tadi yer..

tajuk: suara siapa yang anda rindui??

urmm seperti bese pastinya ada panggilan dari para pendengar.. 

ada yang rindu nak dengar suara ibu bapa yang telah meninggal dunia, sedih la rasa. walaupun ibu bapa masih hidup tapi tak dapat dibayangkan, satu ari nanti derang pastinya akan kembali ke Maha Pencipta.

 ada yang rindu suara penyanyi, Mawi. pastu FBI siap nyanyi n terus kene sound ngan caller yang mengatakan dia nak dengar suara real Mawi.. wakakaa lawak tul la caller tu n FBI pun sama.. pagi2 dah menceriakan ati N

dan tak kurang jugak ada yang rindukan suara bekas kekasih. dan yang paling sadis, bekas kekasihnya pun dah siap berkawin dan ada anak dah. hebat betul kan penangan cinta. urmm hanya yang pernah berpisah sahaja yang tau perasaan macam nih ataupun yang pernah ditinggalkan coz perpisahan tu bukannya dengan kerelaan hati, so sad. tapi pernah tak terpikir kalu kita rindu nak dengar suara bekas kekasih, adakah bekas kekasih memikirkan perkara yang sama??
___________________________

anyway, tengahari tadi N makan spaghetti bolognase, MR tunang masak.. nyam nyam. kenyang betul coz banyak, tapi dapat gak habiskan coz ada selingan photo shoot.. huhu. lama tak posing2, banyak gak snap

okay, bak kata Fafau dalam melodi, layannnnnnnnnnnnnnn:


**pic N bersama spaghetti dan lagi satu baju yang N pakai tu baju bundle, dress paras atas lutut.. kaler hijau lumut dan coklat.. suke2 (tersengih sorang2, ngeh ngeh)

Pagi bersama HOTFM

pagi ni sampai ofis sedikit lewat gara2 menunggu MR tunang.. urmm huhu

jem agak teruk, keluar jer tol batu 3 terus jer tersekat.

selalunya dalam perjalanan ke tempat keje kami memang sentiasa buka radio saluran HOTFM.

Deejay: Fafau, FBI dan juga AG

tapi pagi ni Fafau tidak ke udara coz dia sakit tekak dan hilang suara..

cian dia, slalunya kalu dia ke udara memang meriah skit suasana pagi.

apa yang N perasan la pasal Fafau ni tiap kali perbincangan sesuatu topic Fafau ni musti tidak akan bersependapat ngan DJ yang lain..

okay, N bagi contoh la.. 

kalu pasal isu poligami pasti Fafau tidak akan setuju tetapi DJ lain semestinya bersetuju. 

kalu isu BOLA, Fafau pasti akan menyokong pihak lawan yang disokong oleh DJ2 lain.

actually ada banyak lagi lah.. N dah tak ingat ar, tapi yang pastinya memang bertentangan pendapat ngan DJ2 lain..

N tak penah jemu untuk dengar celoteh pagi DJ2 HOTFM, tiap2 jawapan dan isu yang diperdebatkan tidaklah berat sebelah, memandangkan masih ada orang yang menyokong dan juga tidak..

seronok betul bila mereka cuba pertahankan jawapan masing2, ditambah pula dengan panggilan telefon daripada pendengar2.

walaupun ada yang menang dan juga kalah dalam perdebatan isu2 yang ditimbulkan mereka kedengaran sentiasa ceria..

xtau la kat belakang tabir macam mana plak. tapi rasanya okay kot.. setiap DJ2 semuanya ada personaliti yang berbeza dan semua pun besh2.

ehh sebenarnya N nak citer pasal topic dalam HOTFM pagi ni, tapi dah terlajak plak citer pasal DJ2.. huhu

urmm entry dah panjang, N pun ada keje, so better N stop jap.. nanti N sambung next entry pasal:

SUARA SIAPA YANG ANDA RINDUI?

Tuesday, February 15, 2011

Doddle..

semalam N ada buka satu blog. blog ni memang menarik perhatian ngan lukisan doddle nya yang cantik

hurmm.. apa tu doodle sebenarnya??

apa yang N tau doddle ni bermaksud lukisan yang dibuat secara tidak formal ataupun tidak ditekankan tetapi ianya dilakukan hanya untuk mengisi masa. Ianya juga dilakukan semasa seseorang  sedang melakukan sesuatu yang tidak menarik minatnya.

contoh untuk situasi ini ialah pembelajaran yang panjang dan tidak menarik terutamanya di dalam kelas
mendengar lecturer/ cikgu sedang mengajar tetapi tangan menconteng2 buku nota

haa N rasa mesti semua orang penah buat

okay, kalu nak tau lebih lanjut pasal doddle boleh la klik  doddle wiki ni

anyway, semalam N ada doddle:

bukan dalam kelas tetapi kat umah je, mmg sengaja N nak wat..

nak menguji diri sama ada berseni ataupun tidak

taraa.. selamat mencuci mata:


masa ngah tgk doddle drawing dalam blog tu N terpandang lollypop atas meja.

pastu N rasa menarik juga kalu lukis lollypop.. so kat atas la hasilnya :D

My first doddle.. first doddle ke walaupun sebelum ni pun suka main conteng2.. ??

Saturday, February 12, 2011

Photo editing

semalam N ada buka salah satu online photo editing namanya picnik.

N dapat tau pun bila ada salah sorang blogger ping post dia yang ada citer pasal picnik.

N siap cuba lagi dan memang besh.

yang lagi menarik, tak perlu register sebagai member.

tapi kalu register ataupun jadik pengguna yang berbayar lagi lah banyak feature bley guna.

anyway, kat bawah ni pic yang N edit, selamat mencuci mata :D

pic asal:


dan yang ni dah edit:


N sempat edit satu jer coz dah ngantuk sgt mlm tadi :P

saper yang rasa berminat nak edit gambar boleh la klik sini picnik

Thursday, February 10, 2011

Padang Shah Alam

N baru jer upload old pic dari hp. memory hp dah penuh sampai tahap dah tak leh nak snap ar.. :P

pics lama haruslah N delete..

then N jumpa pic anak buah semasa kami sekeluarga beriadah di Padang Shah Alam.

N tak tau nama padang tu, tapi berhadapan ngan masjid besar dan juga muzeum shah alam.

okay this is the pics.. do enjoy

ni lah anak buah N, namanya Luqman:

 N saje nak crop.. suker sangat :D

 yang ni pic full:atas padang

biler dah penat berlari atas padang,
air ribena diserangnya :)

pics kat atas diambil menggunakan HP Sony Ericsson model C905, 8.1 mp..

pics yang diambil cantik tapi kene pandai adjust setting.. kalu tak, pics nampak bese jer dan kebanyakan masanya blur

tak seperti HP nokia, cameranya takder auto soft dan juga anti gegar (yang ni N kurang pasti coz slalunya asik blur jer).

sesuai dipakai semasa hari terang untuk elakkan pic yg diambil kabur


okay,cukuplah pasal camera HP yer. asalnya nak citer pasal padang ni :P huhu

sedikit info berkenaan ngan padang ni:
- terletak berhampiran dengan masjid besar, muzeum, dan juga hotel blue wave.
- dijadikan tempat beriadah ataupun berkelah bersama keluarga ataupun rakan2
- kat sini port orang tayang keta :P
- petang2 ada org main bola kat sini
- dijadikan tempat untuk perarakan seperti perarakan hari merdeka
- paling ramai masa waktu petang terutamanya hujung minggu slalunya ramai org bawak anak2 kecik main kat padang ni dan juga waktu malam yang mana kebanyakannya anak2 muda

Monday, February 7, 2011

Gengblogger

Sejak N join Gengblogger N rasa macam diri N ni kecik sangat.

rupa2nya banyak betul yang N tak tau pasal dunia blog ni.

macam2 mende.. mega tag.. text link.. backlink.. html.. icon.. dan segala macam lah

dan yang part yang N respect tu, budak umur 15 tahun pun bley tau mende2 alah ni. siap wat tutorial lagik.

seingat N la waktu umur 15 tahun dulu rasanya N tak kenal lagi alam cyber ni..

kalu ada pun tu yang chatting gune mirc tuh. pastu dah habis sekolah baru lah nak kenal ngan myspace dan frienster.

dan yg paling besh FB pun baru jer wat tahun lepas.. haha mmg ketinggalan betul la N ni.

Blog ni dah lama wujud tapi N cume tulis untuk diri sendri jer memandangkan takder sorang pun rakan2 yang ada blog.. kirenya macam private diary lah.

tapi kalu ada kawan untuk share lagi besh :D

then bile dah lama tak update rasa terdetik lak nak aktifkan balik n join gengblogger dan belajar2 untuk blogwalking

anyway, N rasa semenjak N masuk gengblogger macam2 mende yg N blaja dan berharap akan ada ramai blogger2 yang sedia tunjuk ajar di samping berkongsi info..




Saturday, February 5, 2011

Apa kelas Baju Bundle!!

"Apa kelas la pakai baju bundle ni.. Dah la bekas orang lain, ntah orang tu berkurap ke apa.. Isshh geli, xmo la"

haa.. tolong bawa bertenang yer.

musti ada yang penah dengar kan ayat nie.. xpun saper2 yang baca blog nipun terpikir mende yg sama.

tapi macam mana yer nak ubah pemikiran negatif org lain terhadap baju bundle.. ??

well, N tak penah salahkan saper2 kalu derang berpikiran camni coz dulu N pun dua kali lima jer :P huhu..

tapi itu dulu kay.. sehinggalah N menemani seorang kawan yang nak tengok2 baju bundle kat pasar malam.

pemikiran masih lagi sama.. okay.. urmm mmg masih tak berubah lagi tanggapan negatif tu.. huhu

seyius N cakap pertama kali ke bundle mmg ala2 terpaksa jer nak pegang baju2 yang ada, urmm geli. dah kata nak layankan kawan kan..

tu kali pertama, okay kali kedua pegi dah rasa macam bese skit.. dan percaya ataupun tak, N ada berkenan ngan beberapa lai baju dan N beli..

okay good for the starter.. hehe

minggu yang seterusnye pegi lagik ngan room mate shakira n the geng..

oleh kerana N suke baju jenis kait so N pegi bahagian baju kait dan jumpa yg berkenan.. ada dua (tak ingat la beli ari yg sama or tak).. 

kaler favourite pink n brown.. mmg cantik giler RM20

kat bawah ni N pakai yang brown, N pakain masa g Sabah. ni kat kaki gunung KK.. sejuk grr..



minggu yang seterus dan seterusnya N dah start g ngan class mate plak yg kebetulan baru masuk kolej kediaman N namanya Intan Shakila :) (miss her so much)

haa yang paling besh nya rakan shopping kali ni mmg satu kepala dan oleh kerana kami dah jadik peminat bundle yang setia kami diberikan harga special oleh salah sebuah gerai bundle yg terdapat kat pasar tu..

kirenya abg tu mmg sentiasa menanti kami setiap minggu.. bahagia betul..

memang nampak betul perbezaan, kalu ngan kami, rege dia bagi cincai, tapi kalu ngan org lain mmg mahal skit RM10 untuk 3 or 2 lai.. nge hehe

mungkin kami ni selalu datang dan selalu beli dalam kuantiti yg bnyak.. so tu yg buat abg tu tak kisah. dan dalam masa yg sama mungkin abg tu suke ngan kami coz kami ni chomellll.. hehe (tolong jgn mare kay, sesekali nak perasan)

dan yg paling tak dapat nak lupe bile dah penghujung semester, N duduk sebilik ngan Intan coz bilik lama N, org lain dah masuk semasa N pegi praktikal kat Langkawi ngan Intan.

Lepas praktikal kami lepas gian baju bundle dan setiap minggu ampaian kami hanya dipenuhi ngan baju bundle :D suke2


pas kering kami mmg bergambar sakan la ngan "baju yang baru basuh"... hehe.. sorry tak dapat nak tunjuk.. dalam cd, kene punggah2 kalu nak post..

apa yang N bley cakap kebanyakan baju yg N ada semuanya N beli kat bundle..

okay.. dah citer panjang ni musti u oll nak tau kan kat mana.. haa lokasi bundle yg N pegi ni kat Pasar Dungun, Terengganu..

Last N pegi tahun 2006, pas tamat Diploma kat UiTM sana N pulang ke Shah Alam..

no more bundle, no more burger RM1, no more nasi goreng ayam RM2.50, no more roti bom kaya, no more cotton candy, no more pop corn

ohh i jus miss Dungun so much.. huhu

especially gerai bundle..musti abg tu dah tak ingat kami.. huhu

okay, kalu nak kenang lagi mmg tak gune, of course taktau zaman bile lagi leh g sana kan..

so baru2 ni N ketemu gerai bundle yang N suke pegi kat Shah Alam ni.. before this mmg tau tapi tak berapa nak besh coz seperti yang semua maklum bundle kat Shah Alam ni semuanya tertumpu pada bundle untuk org laki..

tapi kali ni mmg dah ada bundle pompuan.. lokasi terletak kat Stadium Shah Alam Seksyen 13. dulu org gelar sebagai Car boot sale ataupun Pasar Karat..

sebelum ni N dah ada wat entry untuk Car boot sale ni.. so sape2 especially gurl yang tercari2 baju bundle leh la klik kat sini.. banyak yang dijual kat sana dan banyak gambar yg N post untuk entry tu..

anyway, N ada baca pasal bundle kat beberapa blog, so sesape yang rasa nak pegi bley la refer blog ni kay, Bundle RM2 Gunung Keriang, Kedah:

tubelawak

lagi satu menurut kata room mate N (Intan) kat Sabah pun ada jugak pasar Bundle.. katanya kat sana lagi besh coz besarrrrrrrrr sangat.. aduhh meleleh jer N dengar huhu.. 


lain2 kat pasir mas kelantan. menurut kata rakan kat sana lagi gerun.. orang yang pegi sana macam kene rasuk antu, haa leh tak bayangkan sales yang slalu JUSCO wat untuk membercard  yang mana ada adegan tarik menarik.. haa macam tulah situasi kat bundle sana.. mmg kawan sorang ni tak brani kuar keta.. haha kelakar jer rasa.. mungkin nak kene tgk ngan mata sendri baru leh caya..


salam sayang,

Friday, February 4, 2011

Ibu tua menjual kerepek..

 Salam pagi,

N ada cerita nak dikongsikan bersama pagi ni. Ianya berlaku 2 ari yang lepas semasa N sedang bekerja.

Meja N terletak bersebelahan dengan meja receptionist, kirenya kalu org luar masuk jer bley terus la nampak muka N tercongok kat front office tu.

so, nak dipendekan cerita, masa ngah sibuk2 nak habiskan keje datang la sorang makcik bersama ngan bungkusan besar kerepek.

sebenarnye bukan sekali jer tapi sebelum ni pun penah datang jugak.

to be honest, N mmg tak selesa kalu ada org datang nak jual apa2 kat N. N always refuse to buy, same goes with this makcik.

but at the same time, N tersangat2 kesian kat makcik ni. N mmg suke makan kerepak tapi N jarang nak beli.

sebab selalunye N 'cilok' kerepek budak office :P

yang lagi kesian bile makcik ni bagaikan merayu org2 kat ofice untuk beli kerepak dia.

pastu ada la salah sorang office mate yg keluar dan beli sebungkus. itupun mungkin dasar kesian kepada makcik tu.

pas tu makcik tu sekali lagi pujuk N untuk beli, tapi cam bese N tolak.

lama jugak la makcik tu duk kat depan office, then dia kuar pergi jual kat students yg tengah lepak2 minum kat luar.

dari dalam ofis N nampak ada students yg beli.

biler N pikir2 balik, N rasa serba salah ngan situasi yg macam ni.

N rasa kesian coz makcik ni dah tua sangat tapi masih lagi mencari rezeki dan ternyata skali N tak membantu langsung. sepatutnya dah masa makcik ni berehat2 dan bukan lagi mencari rezeki untuk diri sendri.

rasanya tak salah kalu N beli sebungkus kan.

mana anak2 dia, tergamaknya derang biarkan mak merayu2 kepada orang ramai untuk membeli.

dalam masa yang sama N teringat mama. tak mungkin sama sekali N akan biarkan mama meniti hari tuanya begitu kelak.

tak salah kalu ibu bapa berkeras untuk mengisi masa lapang dengan menjual tapi apa yg N lihat di mata makcik ni perkara yg sebaliknya.

''kalu ada org beli lagi 5 bungkus dapat la bayar duit sewa rumah''
''kalu ada org beli lagi dua bungkus dapat la makan nasi berlaukkan ayam''

macam mana kalu dialog ni sentiasa bermain di dalam hati makcik ni tiap kali dia merayu org untuk beli

huhu..

bile dipikir2 kan, lain betul zaman dulu dan sekarang ni. kalu dulu anak 5 orang ibu bapa sentiasa bekerja keras untuk sesuap nasi. mungkin semua permintaan tak dapat ditunaikan tetapi keperluan asas masih dapat dipenuhi.

tapi bile anak2 dah besar hanya segelintir saja yang masih ingat pengorbanan ibu bapa.

N berharap selagi N hidup N akan sedaya upaya menjaga dan tidak menyusahkan papa dan mama. (tapi papa dan mama masih lagi penin ngan perangai anak dia yang sorang nih :P )

anyway, wajarkah perbuatan N terhadap makcik tu.. salah ker kalu N tak beli??

urmm mungkin kalu makcik tu datang lagi sekali N akan beli walaupun hanya sebungkus. at least N dapat bantu dia skit kan..

Wednesday, February 2, 2011

Flower Card

Bunga kertas

Dah lama sangat nak buat bunga kertas macam yg kat bawah ni:



tak pun yang ni:


ataupun yang ni:


pastu dah siap selitkan ngan lady bird, seyius somel..


tapi malangnya bahan2 tak pernah nak ada. asal g cari pembalut hadiah jer tak jumpa yg cantik pun

ishh.. geram jer rasa

dari hari ke hari asik ngadap pic flower card nih dan berharap satu ari nanti berkesempatan untuk wat salah satu design kat atas

dah siap bley la bagi pada yg tersayang :D nge hehe..

bahan2 yg perlu ada:
pembalut hadiah
kertas warna
reben
dawai (batang bunga)
gam dan gunting
ayat2 manis (bergantung kepada tujuan kad tu dibuat)

anyway, kalu N berjaya buat kad di atas ataupun yg serupa denganya N akan post kay :D

salam sayang,