About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, May 30, 2011

Asmara TV3


Wawa.... citer apa ni.. Besh sangat ker cerita ni.. sampaikan bila N edarkan flyers dinner student punya commercial class semua pun bagi alasan nak tengok citer ni..


Urmm musykil plus jeles skit.. macam ramai jer yang follow citer ni. N tak suka tengok citer sambung2 tapi bila semua orang tengok dan N sorang jer tak tengok, euhhh tak besh lor.. :(

tapi kalu N follow musti akan termiss satu episod nya.. musti haru lah pastu T.T huhhu.. bukan senang nak follow cerita dalam TV, nak ke mana-mana pun susah nanti.. :P

Walaupun N tak tau la citer pasal Asmara ni, tapi kalu citer yang bukan sambung2 macam Wonderpet, N tahu lah.. ngehhh.. tetiba jer kan..


anyway, tengah duk cari pic asmara ni tersinggah kat satu blog.. ada la blogger ni citer skit pasal citer asmara ni dan satu perkara yang menarik perhatian N ialah blogger ni ada sertakan sekali doa untuk mengatasi kekecewaan.. 

tak sempat nak baca habis blog dia, so N akan letak link dia kat sini so that N akan kembali semula ke blog dia.. Saper nak doa tu bley la klik sini yer >> Doa Mengatasi Kekecewaan

Double wedding.. mana lagi cantik??

Kelmarin (sabtu), N pergi wedding salah seorang anak kenalan mak mentua di dalam sebuah kem polis. Walaupun ketika itu hujan (nasib baik tak basah kuyup huhu..) tetapi majlisnya tetap meriah dengan kehadiran ramai tetamu.

Pertama kali kot masuk kem polis, kalu kem askar tu memang sedari kecil dah biasa :D.. N tertanya juga macam mana nak masuk kem polis ni, bukan sebarang orang bley masuk. Tapi husband cakap tunjuk je kad kawen :)..

N rasa saper2 yang duduk dalam kem memang beruntung betul kalu nak buat majlis coz kawasan dalam kem memang besar dan dah tentu la tak payah bayar mahal2 nak sewa dewan.. kalu dalam kem nak wat kat dalam dewan pun bley, nak buat ala2 wedding garden pun bley coz banyak kawasan berpadang :D

Tempat parking pun ada, senang betul..

Okaylah, berbalik pada tajuk di atas, wedding yang N pergi kelmarin merupakan wedding kepada 2 pengantin, tetapi bukan kembar yer, mereka ialah adik dan kakak. kedua-duanya perempuan..

sweet kan :D

Senang betul kalu buat double wedding macam ni yer, susah sekali jer then bley relaks.. kos pun kurang berbanding buat majlis yang berasingan.

Tetapi...... di mana ada kebaikan di situ juga ada keburukan.. sebenarnya tak buruk mana pun dan tak effect majlis tapi mulut2 orang jer yang buruk..

Di kala sedang makan, N terdengar perbualan satu family yang duduk semeja dengan N.. Dari apa yang N dengar derang membezakan kecantikan di antara dua pengantin.. 

Haa.. rasanya perkara2 macam ni memang dah lumrah. Dan tak leh nak salahkan saper2 kan. Biasalah tu, kalu ada yang cantik of course la akan ada yang tak brape nak cantik juga :P

Memandangkan isu ni pun dah terbangkit N nak amik kesempatan untuk menunjukkan gambar wedding bestfren N.. Double wedding jugak..

jom kita tengok gambar ni

dua pasangan pengantin sedang bersanding..




dua pasangan pengantin tengah buat outdoor photography..



masa kawan N tunjuk pic ni semua orang pun cakap menda yang sama kat dia :D.. 

**kawan N yang pakai baju putih kat atas ni.. cantik sangat dia masa wedding.. sweet..

Friday, May 27, 2011

FaceBlog

N baru join Face blog :D




Cantik tak rantai N.. U oll ada ker?? ngeh ngeh :P

Sadis..


U oll pernah tengok tak cerita Mantera Anjasmoro kat TV3, haaa.. N bukanlah pengikut setia sebab N memang tak suka tengok cerita sambung2 ni tapi malam tadi saja jer la nak layan.


Tengah syok2 layan cerita ni dan tunggu jap iklan ( sambil kacau husband yang tengah melantak tido :P ), tetiba jer pak mentua yang baru balik tukar channel sport >> badminton.. N pun ?????? erk.. QUESTION MARK..

Dengan hati yang sedih, keliru, marah pun ada skit terus jer kejut husband dan ajak balik umah mama. Bergegas ke bilik dan kemas semua barang dan cepat2 keluar dari bilik sambil bawa beg galas n tas tangan. Siap kene tegur ngan husband lagi sebab nampak kelam kabut, tersentap jap. Dah la tak dapat tengok citer tu sampai habis pun , pastu kene tegur plak.. T.T

Nasib baik Pak Mentua.. husshhh.. Tinggalkan beg kat luar dan masuk balik bilik coz tak jumpa kunci nak panaskan enjin keta. Duk senyap2 tunggu husband masuk bilik dan seperti biasa tolong dia tengok dia ngemas barang.. hehe :P

Sampai umah mama, kemas2 apa yang patut dan tido..

tido N tak macam ZZZZzzz tapi bertukar jadi *&^%$#@!?.. (bukan mencarut kay, tapi marah plus sentap skit)

Thursday, May 26, 2011

Bulu Mata Kepit

Suasana di pagi hari... sambil curl kan bulu mata >> N sedar yang bulu mata ni tak lentik T.T huhu

N: (sibuk curl kan bulu mata)
Cik husband: Hari-hari sepit bulu mata, kalu bulu mata tu bley cakap musti dia akan cakap macam ni >>> "aku dah la tak lentik, sakitnya kene kepit"..

N: (ngeh.. ngeh.. senyum cam kerang busyuk..)
Cik husband: Haaaaahaaa haa.. (Gelak jahat lepas kenekan N :P)

End.. dah nak sambung keje :D

Wednesday, May 25, 2011

Bosan Tips 5 - Design New Header

Halooo... N baru jer siap design Blog Header. Seronok rasa dan tak sabar nak tukar :D. 

Dah bosan rasa ngan header sekarang ni. Semalam N tengok2 content wedding guest book yang N buat guna Publisher, then tetiba rasa macam nak buat blog header plak..

Header lama..


Header baru


Cantik tak.. :D

Untuk header ni N guna publisher jer coz N tak reti gune dan tak der Photoshop software pun.. Haa apa lagi.. saper2 yang tak reti guna photoshop macam N, pergi la godek2 publisher.. walaupun tak sehebat photoshop tapi sonok woo kalu dah reti guna..

Wednesday, May 18, 2011

Bosan Tips 4 - Self Snap

Tips bosan kali ni ialah Menangkap gambar sendiri. Kalu u oll ni dah tahap bosan gila, apakata u oll ambil kamera, letak kat tripod or kat mana2 yang bley letak then buat aksi2 comel dan snap diri sendiri.. Tips ni bukan sahaja bley hilangkan bosan tetapi bley kurangkan stress coz bila u oll tengok pic sendiri of course la u oll akan tersenyum sorang2 macam kerang busuk dan terperasan yang pic u oll tu cantik..

haaa.. tips ni boleh juga diamalkan semasa sedang menunggu kawan, boyfren, tunang or sesaper sahaja sebelum keluar jalan2.. daripada melayankan perasaan marah kerana terpaksa menunggu, lebih baik u oll cheer up skit dengan mengambil gambar sendri. lagipun tak rugi apa pun, dah alang2 melaram dan make up sebelum keluar baik la potretkan diri dalam gambar dulu, kalu dah keluar pun tak tentu lagi nak bergambar kan kan..

pic kat bawah ni N amik masa tengah tunggu tunang (sekarang suami).. lama betul tunggu tau..





banyak kan.. sebenarnya banyak lagi tapi ni jer yang N edit. letak banyak2 nanti u oll sakit hati plak.. ngeh ngeh.. walaupun tengah marah tapi N tetap ceriakan diri depan kamera untuk dapat hasil yang baik.

masa self snap ni N pakai dress belang2 beli kat bundle, white cardy, sepit rambut rama2, rantai burung hantu dan jam..

apa yang diperlukan untuk self snap:

> baju
> aksesori
> make up (kalu dah cantik tak pyh la make up)
> kamera (paling penting)

Monday, May 2, 2011

Princess N

Baru update blog kawen N. ni saja nak menggedik tempel muka kat sini pula.. hehe

Bley tak kalu nak jadi princess.. Princess N ;D

saja perasan cantik walau hakikatnya tak pun.. huhu.. lagi gambar crown N klik sini