About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, November 2, 2012

Berkongsi kasih??

Siapa agaknya orang yang sanggup berkongsi kasih?? Wujud ker orang tu.

Pagi tadi N dengar Hot FM, derang ada kupas pasal isteri-isteri yang upah penyiasat persendirian untuk skodeng husband derang. Bayaran untuk upah tu RM1500 hingga RM3000. 

Then ada sorang guy yang perasan gentlemen call and dia cakap mana-mana perempuan yang buat macam tu adalah perempuan yang bodoh!! Mengganggu privacy orang lain dan katanya lagi lelaki kan boleh kahwin sampai empat. Dalam perkahwinan kena ada kepercayaan dan kejujuran. Dan dalam Malaysia ni semua lelaki gentlemen.. <<<<<< tak semua... huhu

Ush... memang serius lar N sangat sentap bila dengar statement dia. Nampak sangat lar this guy memang ada  pasang niat nak kahwin lebih dari seorang. Malang betul la saper bersuamikan guy macam ni. Cara dia cakap memang sangat bersemangat. Siap bagitau lagi kalau suami boleh percaya isteri kenapa isteri tak boleh percaya suami. Tapi persoalan kat sini, kalau tak buat salah kenapa nak kelam kabut, caller tu memang kelam kabut ar, macam ada buat salah jer.

Pada N, N pun tak bersetuju dengan upah penyiasat sebab semua tu buang duit jer tapi tak bermakna N sokong statement2 dia yang lain. Kalau fikir-fikir memang la suami boleh percayakan isteri sebab isteri tak boleh kahwin banyak, tapi kalau isteri nak percaya kat suami memang susah la sebab lelaki kan boleh kahwin lebih, tak kira la kalau isteri benarkan or tak.

Memang la lelaki boleh kahwin lebih dari satu tapi perempuan mana yang sanggup nak berkongsi kasih. Sekarang ni ramai lelaki yang kahwin lebih dari seorang. Kalau perempuan boleh taat dan setia kepada seorang lelaki tapi kenapa ada segelintir lelaki yang tak boleh nak buat benda yang sama. Mentang-mentang la si isteri dah beranak pinak, badan naik, tak kurus and tak cute macam sebelum kahwin, boleh pula pergi cari orang lain.

Bila tanya kenapa, nanti dijawabnya Lelaki kan boleh kahwin empat. Memang boleh kahwin empat, tapi siapa yang sanggup. Kalau benarkan pun dalam keadaan yang terpaksa sebab cintakan suami. Tetapi, kalaulah terjadi benda yang sebaliknya, adakah lelaki akan terima?? Berkongsi kasih?? Memang samua orang akan jawab tak boleh sebabnya perempuan kena setia dengan seorang suami sahaja. Hahh..

Nota kaki: Di sini N nak mengatakan yang lelaki memang boleh kahwin lebih dari satu tapi tak bermakna jua N sokong. Boleh kepada yang berkemampuan dari segi zahir dan batin, dan yang paling penting layanan kena sama rata tanpa mengguris perasaan mana-mana pihak. Renung-renungkanlah baik buruknya..

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D