About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, December 31, 2012

GOODBYE 2012



Selamat tinggal 2012.. 

Banyak betul peristiwa-peristiwa yang N lalui pada tahun ni. Yang besh, gembira, sedih, terasa hati, bengang.. Semua pun ada. Memang dah lumrah yang kita ni cuma manusia biasa yang akan menempuh pelbagai dugaan. Dan secara terus terang tahun ni memang banyak menguji kesabaran dan iman N yang lagi nipis dari kulit bawang..

Anyway, review tahun 2012 N:

Awal tahun, January 2012
Masa tu N pregnant 7 months, perut dah nampak. Dan tak der istilah nak pakai baju kurung, sebab tang getah kain kurung dah tak leh nak lepas perut yang tengah memboyot.

Feburary 2012
Kandungan dah 8 bulan, makin besar perut, selera makan semakin bertambah. Sangat melampau, kalah mama dinosour.

March 2012
N melahirkan seorang anak yang comel dan "sihat". Oleh kerana anak lahir bulan March makanya kami anak beranak bley raikan birthday sama-sama pada tahun depan. (N 7/3/ husband 2/3)

May 2012
N dapat lagi sorang anak buah dan dia merupakan satu-satunya bunga di antara adik beradik dan juga sepupu dia. Sangat baik dan senang nak jaga. Good girl

Bulan ni juga N tubuhkan satu lagi blog khas untuk menceritakan perihal anak N yang baru sorang ni.

August 2012
Kali kedua beraya bersama husband dan kali pertama beraya bertiga bersama ahli keluarga baru (anak)

November 2012 - December 2012
Bertungkus-lumus membuat persiapan untuk konvo kolej dan berjalan dengan lancar terkedek-kedek sikit pada hari kejadian.

Sebenarnya banyaklah lagi nak cerita, tapi memandangkan sekarang ni sangat busy, blog pun jarang-jarang N update.. huhu

Sekian penutup bicara untuk tahun 2012 :D
Buang yang keruh dan ambil yang jernih untuk tahun hadapan takpun esok.

pss.. malam ni nak tengok bunga api.. yeyee..

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D