Pages

Wednesday, November 28, 2012

Website font yang best



Banyak font yang N ambil dari page ni. Page ni mesra pengguna sebab senang nak view setiap font. Kalau nak download bley terus klik kotak font tersebut dan tidak ada pop-up window or window lain yang keluar. Dah tengok kesemua font.



Website ni pula, font banyak tapi agak leceh sikit nak view sebab setiap page ada 10 jenis font jer. Total page yang ada 407 page. Baru page 29 pun dah rasa macam malas. Macam mana nak sampai page yang ke 407?? Tapi part download senang, klik jer box download sebelah font tu. N dapat buka sampai page 29 jer, yang page 30 macam ada problem.



Fontspace sama macam dafont, setiap page ada 10 jenis font je. So kena sentiasa klik page number. Kalu berkenan bley klik download box kat bawah font. Website ni ada 100 page dan N baru jer habis tengok semua page dari pagi tadi (berselang seli dengan kerja la of course).

Banyak betul font yang N download harini especially dari fontspace, ibarat masuk super market pastu seret semua coklat yang ada atas rak masuk dalam trolley. Cuma yang bezanya coklat tu kena bayar, tapi yang font ni free jer, asalkan N guna untuk diri sendiri. Kalau free next post N akan tayangkan font yang N dah cekau..

Friday, November 9, 2012

@ PWTC 2


Hari Selasa baru-baru ni kan N ada pergi PWTC. Tapi N tak sempat nak post pic sekali. So pic yang kat atas ni pic Dewan Merdeka untuk konvo bulan 12 ni. Dan dewan ni digunakan juga untuk Anugerah Skrin yang akan berlangsung malam ni. Kat bawah ni pentas untuk Anugerah Skrin. Derang tengah set up kan stage masa tu.


 Lepas masuk tengok-tengok dewan kiteorang keluar pergi tengok bilik VIP and lain-lain. Sepanjang perjalanan tu ada mural lukisan berkenaan dengan Sejarah Malaysia. Cantik-cantik

Tuesday, October 30, 2012

Paint Tool Sai Meow

Awal tahun ni N ada download Paint Tool Sai. Konon-konon nak wat doodle comel. Tapi tak sampai satu hari N dah give up. Tak pandai nak guna. Ada juga follow tutorial dari blogger-blogger lain tapi tak boleh juga. Tak jumpa pun tool untuk curve..

Then baru-baru ni N buka beberapa blog yang doodle guna Paint Tool Sai. Cantik-cantik, suka tengok. Geram jer rasa sebab tak dapat nak buat sendiri. Then lagi sekali N buka paint tool sai tu setelah sekian lama berhabuk dalam folder. Godek punya godek masih tak jumpa tool curve.

Ish.. geram betul rasa. Last-last N pun google. Rupa-rupanya bukan N sorang jer tak tahu, ada juga orang lain yang tak tahu pasal tool curve tu.. Bila dah dapat tau kat mana N pun buka paint sai. Seronok rasa, berjaya juga... So, kat bawah ni first doodle N guna Paint tool Sai, ala bese-bese jer ni :D


Tapi bila dah wat, N ada satu lagi masalah. N tak reti nak transparentkan background dia.. huuhuu

Tuesday, May 15, 2012

Asyraf day out


Ni first time Asyraf keluar pergi TESCO. Dalam keta dia tido jer, tapi bila dah masuk tesco, bukan main lagi dia berjaga. Bila dah rimas duduk dalam stroller, merengek-rengek minta dukung... 

Saturday, April 28, 2012

Asyraf DAY 1


Ni pic asyraf masa hari pertama. Muka dia kembang n cute. Baik jer dia, tak nangis pun. Agaknya dia tahu mama dia masih penat dan perlukan rehat.

N bersalin pada pukul 5.10 pagi. Lebih kurang pukul 9 lebih pagi misi hantar Asyraf. Excited juga la masa tu walaupun mata masih khayal dan kepenatan.

Tuesday, January 24, 2012

The United Buddy Bear Pavillion

Hari ni N ikut papa n mama tengok patung-patung bear dekat Pavillion KL. Setiap patung yang dilukis melambangkan sesebuah negara yang terdapat di seluruh dunia. Memang bergambar sakan lah kitaorang kat sana. Jom kita layan gambar-gambar yang N tangkap, banyak tau. Kalau nak tengok kena sabarlah yer :D



Malaysia United Buddy Bear drawn by our Malaysian Artist, Imuda.
Lukisan yang melambangkan perhubungan yang harmoni tidak kira bangsa :D









United Buddy Bear dekat air pancut.




United Buddy Bear dekat entrance Pavillion. 




Naga kat entrance dalam Pavillion, naga ni seolah-olah terkeluar dari dinding.


Naga panjang dalam Pavillion.


Dalam Pavillion ada banyak hiasan sempena Chinese New Year.


Bahagian luar kat entrance Pavillion.





Im here!!



Ni sisi belakang United Buddy Bear, pun cantik juga.


Mama tunjuk lukisan seorang dancer yang seakan-akan terperangkap kat belakang United Buddy Bear ni.


Ramai orang suka bergambar dengan Love United Buddy Bear ni sebabnya ada lambang LOVE.





Mama with Blue Polka Dot United Buddy Bear.


"Hands up everyone!!" command dari papa dalam pic.
Pergh takut juga derang dengan papa yer. Hehe.. Papa ni guna kuasa apa la yer.

Tahun naga, haruslah bergambar dengan Naga United Buddy Bear barulah ada Ong. Ngeh ngeh



World Peace!!
Jeng jeng jeng .. perut siapa lebih besar??


Ada satu mama bear yang kecik tersesat pula :P



Cuba United Buddy Bear ni hisap curut. Ish tak baik untuk kesihatan.. 


Papa bergambar dengan France United Buddy Bear. Serius cantik dan unik sebab badan bear ni siap tersembul lagi :D.


Haa cuba teka negara mana yang famous dengan tikar terbangnya..


Mama bergambar dengan United Buddy Bear Albert Einstain.


On the way balik masuk Lot ten jap, sempat lagi mama bergambar dengan si bangau :D


Perasan tak ada blog KapasPutih kat signboard tu. Rasanya tak der pula buat advertise blog kat situ.. Ngeh ngeh.. Perasan jap..


Papa n mama berehat seketika sebelum dihalau oleh pengawal keselamatan kat situ. Huhu.. Nasib baik dia datang tegur baik-baik, kalau tak jadi macam sorang adik tadi yang pijak rumput, siap kene tiup wisel lagi dengan pak guard tu. 


We are in the mirror!!


N n little baby. Nasib baik baby dalam perut, kalau tak mesti dia dah tunjuk peace.
7 month ++. Lagi dua bulan, lepas baby dah keluar nanti mama (N) tunjuk balik pic ni kat baby yer.
Pic kita bergambar dengan United Buddy Bear :D

Anyway, United Buddy Bear ni akan kekal kat Pavillion sampai 15 February 2012. Jangan lepaskan peluang, rugi siapa yang tak pergi tau.