About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, November 28, 2012

Website font yang best



Banyak font yang N ambil dari page ni. Page ni mesra pengguna sebab senang nak view setiap font. Kalau nak download bley terus klik kotak font tersebut dan tidak ada pop-up window or window lain yang keluar. Dah tengok kesemua font.



Website ni pula, font banyak tapi agak leceh sikit nak view sebab setiap page ada 10 jenis font jer. Total page yang ada 407 page. Baru page 29 pun dah rasa macam malas. Macam mana nak sampai page yang ke 407?? Tapi part download senang, klik jer box download sebelah font tu. N dapat buka sampai page 29 jer, yang page 30 macam ada problem.



Fontspace sama macam dafont, setiap page ada 10 jenis font je. So kena sentiasa klik page number. Kalu berkenan bley klik download box kat bawah font. Website ni ada 100 page dan N baru jer habis tengok semua page dari pagi tadi (berselang seli dengan kerja la of course).

Banyak betul font yang N download harini especially dari fontspace, ibarat masuk super market pastu seret semua coklat yang ada atas rak masuk dalam trolley. Cuma yang bezanya coklat tu kena bayar, tapi yang font ni free jer, asalkan N guna untuk diri sendiri. Kalau free next post N akan tayangkan font yang N dah cekau..

Friday, November 9, 2012

@ PWTC 2


Hari Selasa baru-baru ni kan N ada pergi PWTC. Tapi N tak sempat nak post pic sekali. So pic yang kat atas ni pic Dewan Merdeka untuk konvo bulan 12 ni. Dan dewan ni digunakan juga untuk Anugerah Skrin yang akan berlangsung malam ni. Kat bawah ni pentas untuk Anugerah Skrin. Derang tengah set up kan stage masa tu.


 Lepas masuk tengok-tengok dewan kiteorang keluar pergi tengok bilik VIP and lain-lain. Sepanjang perjalanan tu ada mural lukisan berkenaan dengan Sejarah Malaysia. Cantik-cantik

Tuesday, November 6, 2012

PWTC di waktu kerja.. jalan-jalan

Holaa.. Actually N baru balik dari PWTC. Memandangkan bulan 12 ni kolej ada buat konvo, so N dan beberapa orang klik yang lain pergi la buat lawatan kejap. Nak tengok kat mana dewan, bilik persalinan, tempat pendaftaran, bilik VIP dan bilik untuk jubah.

Tapi masa kiteorang tengah tour dewan untuk event tu, ada kru-kru tengah sibuk pasang pentas and backdrop untuk Anugerah Skrin 2012 yang akan diadakan pada 9 November 2012. Ish seronoknya kalau boleh masuk tengok secara LIVE. Selalunya tengok kat TV jer.

Then lepas tour kiteorang g lepak makan kat McD, The mall. Nyamm.. Nyamm. Tengah-tengah makan hujan turun. Memang dah masuk musim tengkujuh la sekarang ni. Tapi apa-apa pun yang penting, kiteorang semua selamat meredah hujan sampai ke kolej walaupun masing-masing tak tahu jalan pulang :P

Monday, November 5, 2012

Hujan Oh Hujan!!

Hujan oh hujan kenapa ko timpa kayu..

macam mana aku tak timpa katak panggil aku, katak panggil aku..

Seronoknya kalau hari-hari hujan. Sejuk jer rasa. Kalau time tak hujan boleh tahan panas la juga office ni. Harap jer ada aircon tapi cam tak leh nak berfungsi, fiuhh.. Nak kena buat aduan nanti, kalau tak sampai ke sudah la kepanasan.

Tapi tak semua orang rasa lega and besh kalau hujan. Macam oficemate N, N sendiri tak leh nak bayangkan la, tiap kali hujan lebat yang lama mesti banjir rumah dia, cian dia. Baru-baru ni air naik rumah dia sampai ke betis, penat la kawan tu duk cuci rumah. Dah la anak pun sakit, kepala pun tak berapa nak betul sebab tengah pregnant, dugaan sungguh.

Kes lain pula, kelmarin N pergi jalan-jalan ke kolam ikan husband kat Klang. Oleh kerana ipar tak tahu jalan, kiteorang dah masuk salah jalan. Siap masuk Kapar dan patah balik ke Klang. Sepanjang perjalanan tu, perumahan di belah kiri dan kanan jalan dah naik air. Panjang pula tu, ala la siannya derang nak kena kemas and cuci rumah. Apa-apa pun N bersyukur sangat sebab rumah N tak banjir, sebab kalau banjir N takut N yang sibuk main air ngalahkan bebudak kecik :P

Friday, November 2, 2012

Berkongsi kasih??

Siapa agaknya orang yang sanggup berkongsi kasih?? Wujud ker orang tu.

Pagi tadi N dengar Hot FM, derang ada kupas pasal isteri-isteri yang upah penyiasat persendirian untuk skodeng husband derang. Bayaran untuk upah tu RM1500 hingga RM3000. 

Then ada sorang guy yang perasan gentlemen call and dia cakap mana-mana perempuan yang buat macam tu adalah perempuan yang bodoh!! Mengganggu privacy orang lain dan katanya lagi lelaki kan boleh kahwin sampai empat. Dalam perkahwinan kena ada kepercayaan dan kejujuran. Dan dalam Malaysia ni semua lelaki gentlemen.. <<<<<< tak semua... huhu

Ush... memang serius lar N sangat sentap bila dengar statement dia. Nampak sangat lar this guy memang ada  pasang niat nak kahwin lebih dari seorang. Malang betul la saper bersuamikan guy macam ni. Cara dia cakap memang sangat bersemangat. Siap bagitau lagi kalau suami boleh percaya isteri kenapa isteri tak boleh percaya suami. Tapi persoalan kat sini, kalau tak buat salah kenapa nak kelam kabut, caller tu memang kelam kabut ar, macam ada buat salah jer.

Pada N, N pun tak bersetuju dengan upah penyiasat sebab semua tu buang duit jer tapi tak bermakna N sokong statement2 dia yang lain. Kalau fikir-fikir memang la suami boleh percayakan isteri sebab isteri tak boleh kahwin banyak, tapi kalau isteri nak percaya kat suami memang susah la sebab lelaki kan boleh kahwin lebih, tak kira la kalau isteri benarkan or tak.

Memang la lelaki boleh kahwin lebih dari satu tapi perempuan mana yang sanggup nak berkongsi kasih. Sekarang ni ramai lelaki yang kahwin lebih dari seorang. Kalau perempuan boleh taat dan setia kepada seorang lelaki tapi kenapa ada segelintir lelaki yang tak boleh nak buat benda yang sama. Mentang-mentang la si isteri dah beranak pinak, badan naik, tak kurus and tak cute macam sebelum kahwin, boleh pula pergi cari orang lain.

Bila tanya kenapa, nanti dijawabnya Lelaki kan boleh kahwin empat. Memang boleh kahwin empat, tapi siapa yang sanggup. Kalau benarkan pun dalam keadaan yang terpaksa sebab cintakan suami. Tetapi, kalaulah terjadi benda yang sebaliknya, adakah lelaki akan terima?? Berkongsi kasih?? Memang samua orang akan jawab tak boleh sebabnya perempuan kena setia dengan seorang suami sahaja. Hahh..

Nota kaki: Di sini N nak mengatakan yang lelaki memang boleh kahwin lebih dari satu tapi tak bermakna jua N sokong. Boleh kepada yang berkemampuan dari segi zahir dan batin, dan yang paling penting layanan kena sama rata tanpa mengguris perasaan mana-mana pihak. Renung-renungkanlah baik buruknya..