About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, December 31, 2012

GOODBYE 2012



Selamat tinggal 2012.. 

Banyak betul peristiwa-peristiwa yang N lalui pada tahun ni. Yang besh, gembira, sedih, terasa hati, bengang.. Semua pun ada. Memang dah lumrah yang kita ni cuma manusia biasa yang akan menempuh pelbagai dugaan. Dan secara terus terang tahun ni memang banyak menguji kesabaran dan iman N yang lagi nipis dari kulit bawang..

Anyway, review tahun 2012 N:

Awal tahun, January 2012
Masa tu N pregnant 7 months, perut dah nampak. Dan tak der istilah nak pakai baju kurung, sebab tang getah kain kurung dah tak leh nak lepas perut yang tengah memboyot.

Feburary 2012
Kandungan dah 8 bulan, makin besar perut, selera makan semakin bertambah. Sangat melampau, kalah mama dinosour.

March 2012
N melahirkan seorang anak yang comel dan "sihat". Oleh kerana anak lahir bulan March makanya kami anak beranak bley raikan birthday sama-sama pada tahun depan. (N 7/3/ husband 2/3)

May 2012
N dapat lagi sorang anak buah dan dia merupakan satu-satunya bunga di antara adik beradik dan juga sepupu dia. Sangat baik dan senang nak jaga. Good girl

Bulan ni juga N tubuhkan satu lagi blog khas untuk menceritakan perihal anak N yang baru sorang ni.

August 2012
Kali kedua beraya bersama husband dan kali pertama beraya bertiga bersama ahli keluarga baru (anak)

November 2012 - December 2012
Bertungkus-lumus membuat persiapan untuk konvo kolej dan berjalan dengan lancar terkedek-kedek sikit pada hari kejadian.

Sebenarnya banyaklah lagi nak cerita, tapi memandangkan sekarang ni sangat busy, blog pun jarang-jarang N update.. huhu

Sekian penutup bicara untuk tahun 2012 :D
Buang yang keruh dan ambil yang jernih untuk tahun hadapan takpun esok.

pss.. malam ni nak tengok bunga api.. yeyee..

Monday, December 17, 2012

N dah gemuk!!

Unbelievable.. From S to L. ngeng ngeng, konon-konon dulu nak gemuk. Tapi bila sekarang dah gemuk lain pula ceritanya.


I am very proud of my additional tummy and i call it as sacrifice of a mother.. Pengorbanan. ngeng ngeng.. After giving birth to my lovely Hero, Muhammad Asyraf, i loss 8-9kg (include my lovely 3.1kg son weight). Then after few months later my weight reduce and i can fit several of my pants and jeans. 

I am not too desperate to rid off my weight, because i still have big size cloth to wear. But i am very please to reduce a bit so that i can fit all my S size cloth easily (walaupun dah besar N masih pakai lagi jean yg size kecik tu, lebih kurang macam tak sedar diri ar jugak). Actually i am very satisfied with my weight right now because it really suit me (everyone said so), but i have a problem with my additional tummy.

There are several people asking about my tummy.. "Nad mengandung ker" "Madam, Madam Nadia tu mengandung ker".. Then my kening dah jadik macam Ziana Zain. Tak sangka pula that my additional tummy ni very obvious. Ramai yang cakap perkara tu normal but for me ianya tak berapa nak normal (macam takleh nak terima kenyataan) cause before pregnant perut N flat and tegang..Mana ada gedebih-gedebih or perut lembik-lembik ni.

Ramai orang cakap kalu nak kurus part perut kena la wat sit-up. Maybe pas ni bley la wat sit-up skit-skit. Hurm.. malas betul.. ngeng..

Saturday, December 1, 2012

Cara nak lembutkan hati manusia yang keras


N baru baca satu blog ni. Info yang disampaikan sangat la berguna. So N nak share lah dengan semua orang.

Cara nak lembutkan hati manusia yang keras. Dalam blog yang N baca ni sihatbebas-azmi, dia ada sediakan 7 kaedah yang mana menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran, zikir dan juga niat (rumi). 

N paling suka kaedah yang ke-dua, paling simple dan mudah diamalkan iaitu dengan kaedah niat dan zikir. Cara-caranya:

>> Beristighfar sebanyak tiga kali dan berniat untuk lembutkan hati si polan.

>> Kemudian baca "Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir"

>> Lepas dah baca beberapa kali, hembuslah ke atas si polan tanpa disedarinya. Takpun kalau si polan tengah tidur nyenyak bolehlah baca dan hembus atas tapak tangan dan letakkan di hatinya (dada)

Nak tengok kaedah-kaedah yang lain, masuk la blog cik azmi ni yer.