About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, January 10, 2013

Buruk la bila perempuan meludah..

Ptui ptui....


Kelmarin masa nak balik kerja, kawan singgah kejap KFC sebab ada inquiry pasal package birthday party anak dia. So dia pun park la kereta kat tepi jalan jer. Then, tengah N duk syok tunggu dia sambil cuci mata bley pula ada seorang minah ni dengan selambanya meludah kat tepi jalan.

Yang paling sadisnya, budak ni perempuan. Pastu, N tengok muka dia muda belia lagi weii.. Tapi perangai dah macam tu, memang tak sopan la.

N pula memang geli dan tak suka bila tengok orang ludah-ludah ni. Yakss.. Kalau ludah tu masuk dalam longkang ker takper la juga kan, takder la orang lain nampak bila lalu kat tempat tu. Takpun kalau lelaki yang meludah tu boleh dimaafkan lagi la walaupun geli geleman, tapi yang takleh nak terima sebab dia ni perempuan.

Masa dia berlalu pergi lepas ludah tu, dia buat muka biasa jer. Takder pun nak toleh kiri kanan or rasa malu. Nampak sangat la gegirl ni dah biasa buat macam tu. Ish, perempuan-perempuan kat luar sana jangan la meludah, kalau boleh lelaki pun sama la yer. Tak faham betul kenapa la ada segelintir orang nak meludah-ludah, especially kat tempat awam. Macam tak hormat orang lain pula rasa.

4 comments:

  1. MM pun tak suka orang yang jenis suka meludah merata2 nih.. Takde adab langsung..

    ReplyDelete
  2. yurp.. geli la kalau ternampak orang ludah, kalau tak nampak lain la pula citer kan

    ReplyDelete
  3. haha,,memang tak senonoh..cheery pun xsukew..BTW cheery follow sini yeh..suka blog u..

    ReplyDelete
  4. cheery: yurp, tak senonoh. suke masuk la selalu, N ni tak banyak tetamu.. huhu

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D