About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, January 7, 2013

Derma organ

Siapa yang sanggup derma organ? Apa hukum dia. Haram, sunat, harus or what??


N baru baca kisah seorang bapa yang mendermakan organ anaknya yang dah meninggal kepada beberapa orang. Apa yang si bapa ni fikir agaknya. Sanggup dia bagi sebahagian daripada anak dia kat orang lain. Mulia sungguh hati bapa perempuan ni.

Berapa ramai orang yang sanggup buat keputusan macam ni. Takpun siapa yang sanggup dermakan organnya setelah dirinya meninggal dunia. Kalau fikir 100 kali pun mungkin masih tak berani nak decide.

Bersyukurnya N hari ni, Allah lengkapkan N dengan semua organ-organ penting untuk N jalankan kehidupan. Semua anggota badan pun cukup, luar dan dalam semuanya lengkap.

Sebenarnya boleh kata keseluruhan tubuh kita, boleh dermakan untuk orang yang memerlukan. Dari anggota badan yang kat luar macam kaki, tangan, kulit and etc sehinggalah yang bahagian dalam yang merangkumi jantung, hati, buah pinggang and etc.

Pernah tak tengok orang OKU. Especially yang kudung tak der kaki tangan or buta or bisu. Kesian kan. Macam mana la derang harungi hidup. N yang serba lengkap ni pun dah macam-macam peel.

Bila dengar orang nyanyi terus rasa iri hati sebab suara orang tu sedap. Walhal kalau takder suara (bisu) lagi susah.

Bila tengok pelakon yang cute jer cam Rita Rudaini terus rasa down sebab kalu dapat muka cute macam tu musti Aaron aziz angkat.. Ngeh ngeh.. Walhal ada orang lain yang lahir tak sempurna. Kalau setakat cantik takkan ke mana kan. Tapi masih rasa tak sedar diri..

Urmmm So mulai dari sekarang kenalah belajar untuk bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah :D. Sesungguhnya semua makhluk ciptaan-Nya sangat indah.

** N tak berapa nak faham berkenaan hukum derma organ sebab ada website yang cakap ianya haram dan lain-lain ada cakap sunat or harus. Kelirulah..

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D