About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, January 17, 2013

I love blogwalking Part 1

N suka sangat blogwalking, buka tingkap rumah orang ngendap sikit-sikit pastu tutup balik, pastu tak puas tingkap sebab kecik sangat buka pula pintu rumah orang lain ngendap banyak-banyak pastu tutup balik, pastu ......... ulang-ulang sampai lebam nak termuntah depan PC.


Sebenarnya banyak sangatlah tujuan N blogwalking ni. 

Salah satunya sebab N gedik nak kabor kat orang ramai kampung yang N ada blog walau tak semenggah mana. Part yang paling best kalau blog yang N pergi tu ada widget recent visitor. Free-free jer link blog N keluar kat situ. Ye la mana ada blog yang nak letak blog N dalam bloglist pilihan kan, N memang sedar N ni siapa. 

Dan lagi satu, widget visitor comment. Kalau N selalu masuk blog yang sama dan komen setiap entry memang ada kemungkinan nama akan keluar kat widget tu. Sebenarnya lebih kurang macam trick la nak hebahkan link blog sendiri tanpa merayu-rayu kat owner blog supaya letak dalam bloglist, kalau orang femes lain citer lah kan, dah tentu tak perlu nak rayu bagai ni. 

Tapi memang kenalah rajin sikit, N tiap kali blogwalking kalau tak bagi comment memang tak sah. Mustinya nak tinggalkan jejak, kalau takder widget comment pun takper sebab motif nak bagitau kat owner blog yang N baca entry yang dia penat-penat dan bertungkus lumus buat tu. 

Kalau bernasib baik ada lah orang yang akan klik blog N bila baca comment. Tengok pula gambar profile macam  ala ala hot mama gadis cun kan, terus jer nak amik tahu siapa gerangannya.. Hehehee.. Tapi rasanya bukan N seorang jer yang pikir macam tu kan, you all pun sama juga. Dah nama pun blogwalking. 

Blog yang ada widget recent comment pun best juga. Lepas comment, musti link blog N keluar kat widget tu.

Okay, ada banyak lagi sebab dan tujuan N blogwalking, tapi memandangkan entry ni sangat panjang so  N sambung esok jer kay. :D

2 comments:

  1. Betul3.. Sekurang2nya boleh tolong up kan trafik ke blog kita kan ? Mieza pulak biasanya akan ping kat group2 or mana2 ping site setiap entri Mieza.. Peduliklah dorang nak baca ke taknak. Haha! Then, apa yang Mieza wajib buat ialah, membalas semua jejak yang telah ditinggalkan oleh mereka2 yang sudi singgah ke blog Mieza & tinggalkan komen.. In Shaa Allah.. =)

    ReplyDelete
  2. bab ping-ping ni N tak reti sangat la. bley la try nanti

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D