Pages

Wednesday, January 16, 2013

Meal satisfaction @ Murni Discovery

Hayy.. N baru pulang dari Murni Discovery Restaurant. First time pergi makan lunch kat sana. Memandangkan tukang bawa tak ingat jalan, we all pakai GPS jer. Tulis jer Murni Discovery, memang dah ada dalam GPS.

Tadi masa makan memang ada buffet lunch. Untuk first timer, N memang sangat puas hati dengan makanan yang disediakan. Lauk-lauk memang pelbagai dan murah. Kalau N pergi beli kat kedai lain or lori-lori peniaga tu, maunya kena rm7-rm8. Portion or nasi yang dia bagi memang banyak especially untuk gegirl yang comel macam N ni, tapi believe it or not, N dapat habiskan. Sampaikan member ingat N amik nasi separuh. hehe

Kat sana N makan:

> nasi putih
> udang kecik goreng garing dalam 10 ekor
> 3 ketul kecik taufu lembut
> 3 ketul kecik ayam kari
> 4 hiris bendi goreng
> 3 ketul kecik nangka masak lemak
> kuah ketam sikit
> secoet sambal belacan

Total semua RM5.80 (termasuk harga ais kosong 30sen), murah kan. Yang beshnya, dia nya udang goreng. Tak pernah lagi N jumpa udang goreng kecik-kecik untuk makan lunch. Oleh kerana udang yang digoreng tu garing so tak perlulah nak bersusah payah kupas kulitnya, dari kepala sampai ker ekor N telan sekali harung, kalah raksasa gorgon.

Menyesal pula amik sikit. Tapi takperlah, memang motif amik sikit-sikit semua lauk untuk merasa. Kalau dah selalu pergi, boleh lah aim lauk apa yang sedap.

Member cakap menu ala carte dia menarik juga, tapi masa dalam kedai tu lupa lak nak tengok menu dia. Anyway, N takder amik sebarang gambar, tapi N ada browse dan jumpa site Azuan Haidi ni. Siap ada gambar lagi.. Check it out :D

** N tak pasti Murni Discovery ni kat mana tapi dalam GPS tu dia tulis SS2, PJ. Untuk information you all yang nak g sana, tempat tu memang crowded, nak park pun susah. Tapi bila dah pergi memang puas hati.. Blurppp...

3 comments:

  1. Sedap pulak dengar menu tu.. Lapor terus nih.. Haiyak! =)

    ReplyDelete
  2. wah bestnyer..semua amik sikit2x yeh..diet ek??hehe

    ReplyDelete
  3. Mieza: memang sedap sampaijilat jari

    cheery: amik sikit2 bukan sebab diet tapi nak merasa semua jenis makanan. sikit-sikit pun bertimbun juga la satu pinggan

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D