About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Saturday, January 5, 2013

Penangan Blog Fatin Liyana

Rasa nak sambung la short entry kelmarin pasal blogwalking. Sebenarnya, kelmarin N ada blogwalking beberapa blog dan baca update dari blog Fatin Liyana. Dah agak lama tak buka blog dia nih, dulu-dulu ada juga buka.


Dan N buka kelmarin pun sebab ada budak ofis ni sibuk la cakap yang dia ada buka blog Fatin Liyana sampai 4 jam lamanya. Hahhh tak tau la apa yang dia jampi kat si fatin tu takpun apa la yang si fatin ni jampi kat readers dia yer.. Hebat betul la penangan si fatin yang comel tu <<< see see.. sebab dia comel la, member tu ngadap jer blog dia.. Kalau orang yang tak berapa nak comel macam N ni saper la nak pandang kan..

Tapi memang la tak nafikan yang N dulu pun, berejam-rejam la juga ngadap blog si Fatin ni.. Hehee.. Pandai la dia bergaya and life dia sangat seronok. Semua cerita dia memang menarik. N ni bukan la kategori die hard fan, tapi saja-saja la nak cuci mata. Dia pun selalu travel, suka tengok gambar-gambar dia kat negara orang lain and dia punya life style.

Tapi bukan blog fatin jer, blog orang lain pun suka juga. Cam blog Yuyu Zulaikha, update terbaru dia sekarang ni pasal pertunangan dan dia dalam Cover page untuk majalah Dara. Hebat sungguh la budak ni, dah la genit, comel lak tu. Rasa nak lempang-lempang pula pipi dia tu.. Pastu nak timang dia tinggi-tinggi hehehe geramm sungguh la..

Lagi satu blog pula, blog si Lyssa Faizureen, blog dia ni macam-macam tutorial dan juga tips ada. Blogger ni macam genit ala ala si budak yuyu tu, tapi real size tak berapa nak pasti pula.

Anyway, sekarang ni bukan kata nak blogwalking, nak update pun susah.. Huhuhuuu.. Tapi memandangkan N dah berazam, so N akan pastikan setiap hari ada entry. :P

2 comments:

  1. Huhu . Blog Fatin Liyana and Yuyu Zulaikha memang best . Lyssa tak setanding mereka ^^

    ReplyDelete
  2. Lyssa: Ececehh.. saper kata blog lyssa tak besh?? Nak kene geget orang tu.

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D