Pages

Friday, May 24, 2013

Bento at Restaurant Kelab Shah Alam Selangor

Dah bosan tak tau nak makan kat mana. Apa kata cuba makan di restaurant kelab shah alam selangor seksyen 13. Macam-macam ada termasuklah buffet, set dan juga ala carte.

Baby sibuk baca menu


Sibuk budak kecik ni nak tengok menu. Macam paham jer dia baca..

macam kat rumah sendiri jer

Penat mentelaah menu sampai pengsan. Haaa seronok la dia boleh bantai landing atas sofa. Memang saja nak duk kat sofa untuk kawal budak kecik ni.

restaurant kelab shah alam selangor

Okay, masa pergi tu N order Bento Chinese Set. Harga RM 15.00 termasuk air syrup :D

makan di restaurant kelab shah alam selangor

Dalam set tu ada:

nasi putih + fillet ikan masam manis + shitakee goreng + ayam goreng + brocolli + tembikai + air syrup

Rasa memang terbaik dan sedap. Memang berbaloi dengan harga yang dibayar. Kalau datang lagi nak try set malay pula. Tapi untuk set bento lunch hanya offered pada hari isnin, rabu dan jumaat kalau tak silap

Siapa nak cuba bolehlah kunjung ke restaurant kelab shah alam selangor. Restaurant tu ada kat atas bukit sebelah Tesco Besar Shah Alam, Seksyen 13.

For more information masuk la site ni http://www.kelabshahalam.com/

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D