About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, May 22, 2013

Jom ganti puasa

48 days to go..

Dah ganti puasa girls??
Berapa hari lagi?


Last kinder bueno yang ada dalam simpanan dan N dah bagi kat oficemate yang tengah puasa sekarang ni. Saja nak bagi sebagai pembakar semangat untuk berpuasa. Dia kena ganti banyak hari sebab masa dia bersalin tu dalam bulan ramadhan.

N jer yang tak mula lagi. :P. Aduh susahnya. Satu dugaan dan cabaran buat N. Kan besh kalau boleh pas kat orang lain tolong gantikan. huhu. Malas betul rasa macam nak kena babab jer. Nanti bila dah nak masuk Ramadhan baru terhegeh-hegeh nak ganti. Selalu sangat macam tu, ish menci menci..

Bila cakap pasal Ramadhan ni teringat pula Ramadhan tahun 2011, masa tu N tengah pregnant. Baru 2 or 3 bulan masa tu. Memang pada awal pregnancy, kesihatan N agak kurang. So Ramadhan tahun tu N cuma dapat bertahan selama setengah bulan. Lagi setengah bulan tu kira puasa separuh hari la.. kira oklah kan dari tak puasa langsung.. hehe

Husband ada cakap puasa dulu, pastu kalau rasa tak boleh tahan baru buka. Tapi N ikut nasihat husband tercinta tu selama setengah bulan jer. So start hari yang ke 16, N dah macam buat-buat lupa.. Ish ish.. Tak baik tul N ni kan, jangan ikut perangai comel N ni kay..

Sebenarnya N tak lupa, tapi bila N berpuasa, dalam jam 2 or 3 N dah mula rasa tak senang, kepala dan badan rasa berat. Nak melepek jer kat surau. Tak boleh dah nak wat kerja. Tapi nak buka puasa rasa macam sayang sebab tinggal lagi berapa jam.

Oleh kerana N tak nak jadi apa-apa pada diri dan juga baby dalam perut, so setengah bulan berikutnya puasa half day :D. Menjelang tengah hari jer N merayap carik mamam.. hehe.. Nasib baik masa tu ada juga  sorang oficemate yang tengah pregnant dan mabuk dia lagi teruk dari N. Kesian dia, berapa hari jer dia dapat puasa Ramadhan.

Serius la N cakap bila tak dapat puasa bulan ramadhan memang tak rasa nikmat sangat. Berpuasa ramai-ramai di bulan ramadhan memang syiokk..

So sebelum meraikan Ramdhan tahun lepas terpaksa la N ganti puasa selama setengah bulan.. diulang semula setengan bulan aje kay.. huhu nasib baik sempat ganti...

Itu cerita tahun lepas.. Cerita tahun ni.. Seminggu lagi kene ganti.. Bilaaa?? Erkk

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D