About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, May 8, 2013

Nak kena isi minyak?? Ep1

Masuk jer kereta pagi tadi tengok minyak ada lagi 2 bar, so sempat la isi kat KJ nanti. Tapi sampai kat Seksyen 15 bley plak minyak tinggal 1 bar and blinking. 

Aduh, sempat ker. Urm macam keterpaksaan untuk berhenti kat Petronas isi minyak.. Pergi bayar kat kaunter RM 20 jer sebab cik husband sengaja lupa bagi duit minyak. cehh. sampai hati dia.

Dan dengan confidentnya N angkat minyak kaler hijau, 97 tu lar.. Sekali tak keluar pun.. ngeng betul.. Dalam kemalasan pergi balik kat kaunter bagitau minyak tak mau keluar. 

Pastu orang tu cakap dah ok. N pun patah balik ke kereta dan cuba lagi. Memang kuang ajar betul la minyak tu, sengaja nak malu-malu kucing dengan N.

Pastu pergi balik kat kaunter dan cashier tu cakap angkat yang kaler kuning tu. Pastu N cakap nak yang kaler hijau. Serius confident masa tu. Then dia macam "Ooo" dan setkan balik. Sebelum sempat sampai kat kereta N pun patah balik.. Berapa kali dah patah balik, huhu. N macam konpius.. Ehhh yang mana satu yang murah ekk?? Jeng jeng jeng..


N tanya "Encik, mana yang murah ekk". 

Cashier tu cakap "95 2++ , 97 1++". 

Dan dengan kesengalan N tanya lagi, "so mana yang murah?".. 

Ni jawapan terakhir dia "Yang kuning 97"

Dan paling besh cashier tu skit pun tak marah dengan N. Cumanya musti dalam hati dia cakap "kenapa la dungu sangat budak ni, tentulah yang 97 murah, aku dah bagitau harga pun tak paham lagi"..

Haha memang bila dah kelam kabut N macam tak leh nak differentiate kan nombor2 yang dia terangkan tu.. huhu

Pastu terus la N angkat kaler kuning tu.. malunyeee.. Tulah dulu sebelum kawen mmg isi minyak sendiri, tapi pas kawen lupa terus minyak mana nak guna. Nasib baik la N buat muka tembok tanya, kalau guna 95 tadi mmg berapa bar jer naik.

Moral of the story tanyalah kalau tak tahu.. :D.. Tapi jangan jadi dungu macam N ni ok.. Sadis jer pepagi buta dah berdrama dungu kat Petrol Station Petronas.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D