About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Friday, May 3, 2013

Perang bendera pilihan raya


Sebulan sebelum nak pilihan raya lagi kat tempat N dah dipasang dengan bendera2 parti. Memula sikit tapi bila dah makin lama bertambah banyaklah pula. Memang terasa kehangatan pilihan raya, lagi-lagi pula bila Dr Mahathir turun.

Bukan main semangatnya Papa nak pergi sebab nak jumpa Dr Mahathir punya pasal, tapi last2 tak dapat pergi sebab masa tu takde kat kawasan Shah Alam. Kalau dapat pergi pun boleh tengok dari jauh jer sebab semua orang pun semangat kobar-kobar nak berjabat tangan dan berjumpa dengan Dr M. Itupun kalau berkesempatan, tak kira lagi dengan bodyguard dia yang berapa ramai tu, of course la duduk kat keliling.

Haa berbalik pula citer pasal bendera tadi, oleh kerana Shah Alam ni ada banyak roundabout yang memang kalau orang luar masuk memang boleh sesat lah, so banyak lah bendera telah ditepekkan kat bahu-bahu jalan. Well, N tak berapa kisah sangat macam mana semangatnya parti-parti ni nak berkempen dan promote parti masing-masing tapi apa yang N tengok macam dah lebih kurang perang bendera pula.

Masing-masing tak nak kalah, sampaikan dekat roundabout pun penuh dengan bendera sampaikan takleh nak nampak jalan. Bila bawa kereta especially kat roundabout, terpaksalah N mengintai-ngintai jalan dari celahan bendera. Pandai betul tukang pacak bendera ni sebab diaorang akan gunakan setiap ruang yang ada dengan sebaik yang mungkin.

Dalam keghairahan mereka yang memacak bendera untuk dapat duit dan juga parti-parti yang bertanding untuk merebut kerusi telah membuatkan diaorang lupa diri dan membahayakan orang ramai. Pic kat atas ni boleh tahan lagi dan N amik dekat area Klang. Kalau depan lagi kat traffic light memang penuh ngan bendera tapi tak sempat nak snap.

Nanti balik kerja jap lagi kalau sempat, N snap beberapa gambar perang bendera :D

Lagi dua hari lagi nak ngundi, berkobar-kobar tak rasa nak tahu saper menang???

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D