Pages

Sunday, June 30, 2013

Kereta-kereta Baby Asy

Seronoknya Baby Asy.. Sekarang ni dia ada tiga collection kereta. Warna merah tu baru buka 3 minggu lepas.

Memang dah siap planning masa beli bulan tiga tu buka satu dulu yang warna hijau tengah2. Masa tu nak masuk setahun dan tak pandai jalan lagi.

Dan bulan yang sama masa sambut birthday Asy, kakak N bagi pula jeep hijau.

Then bila dah masuk 1 tahun 3 bulan, Asy dah pandai jalan. So barulah buka Kereta merah yang sesuai untuk baby yang dah boleh berjalan sebab kereta tu bley transform jadik skuter.

Kereta warna hijau boleh transfer jadik alat bantuan untuk baby berjalan. Ala-ala macam tolak trolley. Dua2 N beli masa baby sales kat SACC, Shah Alam. Klik sini nak tahu lagi lanjut.

Kereta mewah

Kings Anniversary

I am so lucky you all..

A week ago Kings having their anniversary... Yang ke berapa N not sure.

So on top of that they had share and celebrate their joyness by having sales until 40% off.

40% okay.. almost half price
sales for 3 days



Tapi masa N pergi tu adalah first day derang wat sales. Sebelum masuk ada dalam 2 or 3 orang. Tapi masa N pilih2 keadaan macam dah makin sesak...

Macam mana la tak ramai kalau dah ada speaker besar bagitau ada sales..

So pada hari tersebut N borong 2 roti hotdog dan chicken floss bun. Semua sekali RM6.60.. Murah kan

** sorry tak sempat nak share last week semasa sales.. tak berkesempatan nak buka blog huhu

Saturday, June 29, 2013

Batman Baby

Who is your super hero??

Superman, Batman, Hang Tuah, Cicakman, Ultraman, Kluangman .....

Hurmm.. Father's day dah lepas dan masih segar di ingatan. Masa tu tengah sembang-sembang tetiba timbul topik pasal father's day.

Tanpa berlengah masa N wish papa happy father's day secara bersahaja. Takder salam ataupun ciuman sebab N ni very shy.. cuma bersalam cium tangan nak balik jer.. huhu

Maybe next time nak bagi present or belanja jalan-jalan cari makan :D

So back to the question, who is your super hero??

Of course la my lovely and caring father for ever and ever.. No one cant replace you

My cute little hero.. Always be with me and cheer me all the time..

Baby Batman

Asy: mama dont worry, i will be with you forever and ever.. Jus call my name and i will be right there...... Okay, im going to flyyy

Si comel

Asy: and i will try to make you happy.. dan jadi anak solehah.. ehh soleh

Friday, June 28, 2013

Restaurant Kenanga Kelab Shah Alam

Lepas makan memang seronok la lepak-lepak baca paper dan dengar orang nyanyi.. Siap ada live band lagi. 

Tetiba jer teringat masa zaman praktikal kat Langkawi dulu.

Bila nak clear buffet line syok je dengar live band :D 



Mama and mak tengah syok layan live band. Mama nak nyanyi tapi malu malu meow.. huhu

Makanan tak sempat nak snap.. so takder gambar makanan kali ni. 


Papa tengah baca paper. Kat sini ada ruangan untuk lepak santai sambil baca paper. Dan ketiga-tiga tempat yang ada dalam dining area ni kiteorang guna.. hehe


Lepas layan live band Asy duk main ngan Paksu


Oleh kerana ada Babysitter yang bertauliah, so N dan ayah relak santai. Ayah cam bese la bercinta ngan wechat dia dan mama sibuk tangkap gambar.

Mak cakap dia suka datang sini sebab ada live band. Live band pun orang-orang veteran so sesuai sangat la untuk mama and mak.

Anyway, N baru tahu yang kat tingkat atas ada bilik karaoke. Dulu mama selalu naik ngan papa tapi sekarang dah jarang. Makan and lepak jer kat tingkat bawah.

Tuesday, June 25, 2013

Iklan Pisau Victorinox

Pernah dengar tak jenama Victorinox??

Haaa.. tak pernah.

Pisau Victorinox

Urm, okay.. Pada sesiapa yang tak pernah dengar pasal jenama ni sekarang bolehlah amik tahu. Ianya salah satu jenama yang terkemuka dan terkenal.

Brand Victorinox offer banyak jenis peralatan dan keperluan harian seperti barangan dapur, jam, beg, baju dan minyak wangi.

Dan jenama Victorinox yang berasal dari Switzerland ni terkenal dengan barangan dapurnya iaitu pisau. Sesiapa yang berkecimpung dalam bidang penyediaan makanan mesti dah biasa dengan jenama ni.

Walaupun harganya yang jauh lagi mahal berbanding harga pisau yang lain tetapi ianya tetap menjadi pilihan  kerana pisaunya yang tajam.

Pisau ni tak semestinya digunakan untuk para chef tetapi ianya juga sesuai digunakan untuk kegunaan harian.

Masa N belajar dulu pun memang semua pelajar dibekalkan dengan jenama ni. Tapi boleh kata semua tempat tak kira la universiti ker kolej ker memang semua akan gunakan jenama ni.

Dan last 2 years N hadiahkan untuk mama satu chef knife dan satu paring knife. 

Oleh kerana pisau ni tajam setiap awal penggunaan kalau tangan tak luka memang tak sah. Itu yang sering terjadi kat N :P. 

Agaknya kerana kurang berhati-hati. Takpun sebab jarang ke dapur.. huhu

Pisau ni juga ada dalam pelbagai jenis saiz dan selain digunakan semasa belajar dan kegunaan harian ianya juga sangat sesuai digunakan untuk workload yang banyak dan berat seperti digunakan untuk pekerja restoran, perkerja pasar ataupun kerja-kerja melapah especially masa raya korban.

Tiap kali ada kenduri ataupun raya korban mama mesti akan bawa sekali pisau victorinox yang N bagi tu  sebab ianya tajam dan senang nak potong daging.

Okay, kat bawah ni ada banyak jenis saiz pisau victorinox.. Kalau nak beli boleh email N okay

nadiamus85@gmail.com

Sila jamu mata :D

Pisau tajam

Chef knife from left
Fibrox handle : 25cm
Wood handle : 22cm
Fibrox handle : 22cm
Nylon handle : 19cm
Fibrox handle : 19cm
Fbrox handle : 15cm

Pisau Victorinox

Fibrox handle

Penggunaan fibrox handle sangat sesuai digunakan untuk kerja-kerja basah especially butcher kerana permukaannya yang kesat boleh mengelakkan pisau tergelincir dari genggaman.


Pisau Victorinox

Nylon handle

Penggunaan nylon handle senang dijaga kerana mudah dibasuh dan dibersihkan.

Pisau Victorinox

Wood handle

Penggunaan wood handle sesuai untuk pengguna yang mementingkan keterampilan dan bersifat classy :D

Pisau Victorinox

Chef knife Fibrox handle susunan dari atas:  15cm , 19cm , 22cm , 25cm

Pisau Victorinox

Victorinox Knife Blade

Chef bestfriend

Victorinox Paring Knife and Peeler

Handy small knife

Victorinox Paring Knife

Bilah pisau kecil

Victorinox Paring blade

Pemegang Nylon Pisau Kecil

Victorinox Nylon handle paring knife

Handle untuk paring knife ni tiada pilihan selain dari Nylon

Pengupas

Victorinox Peeler

Bilah Pengupas

Victorinox Peeler blade

Pemegang Nylon Pengupas

Victorinox Nylon handle peeler

Okay, kalau sesiapa nak beli dan tanya harga boleh la email nadiamus85@gmail.com

Minimum purchase:
Chef knife = 5 pcs
Paring knife / peeler = 25 pcs

Buat masa sekarang ni N takder stock dalam tangan so tempahan hanya untuk bulk purchase.

Tapi kalau ada permintaan tinggi dalam kuantiti yang sedikit N akan ambil but please do let know so that N dapat kumpul order :D

Paprid Ayam

Yang macam N ada cakap sebelum ni mak mertua N memang pandai masak..

So, last 2 weeks N menimba la ilmu sikit memandangkan mak nak pindah ke Ipoh hujung bulan ni.


Bahan-bahan untuk buat Paprid ayam:
Ayam yang dipotong kecil
Carrot
Bawang
Bawang putih
Serai
Daun limau purut
Cili kisar
Sos tomato
Sos cili
Sos tiram

1) Tumis bawang putih dan serai
2) Masukkan cili kisar dan kacau sampai masak
3) Masukkan ayam dan kacau sampai hampir masak
4) Masukkan carrot
5) Masukkan semua sos di atas.
6) Sebelum nak tutup api masukkan bawang.

Simple dan sedap.. Boleh juga pelbagaikan sayuran :D

Tak pernah masak pun paprid tapi bila dah ada resepi lepas ni kene masak lah :P

----------------------------------------------------

Iklan kejap


RM 5 jer

Monday, June 24, 2013

Kek Pelangi

Mak Mertua N memang hebat. Macam-macam kek dan kuih dia pandai buat. Latest kek yang mak buat ialah...

Kek PELANGI

hiasan buah ceri

Kek pelangi yang belum dipotong. Semua orang excited nak tengok isi kek ni

Creamy cerry

Close up sikit.. Kasi semua telan air liuqq..

warna warni

Tara.. ada warna ungu, biru, hijau, kuning dan merah..

macam2 warna ada

Urmm yummy.. tapi N tak gemar sangat sebab N tak berapa suka sponge cake. Tapi kalau mak buat chocolate moist cake N bley layan sampai licin.

Semasa proses pembuatan kek ni N takder kat rumah sebab N dan husband anta baby Asy ke Hospital sebab demam.. So bila dah sampai rumah kek dah siap. :D

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Iklan jap ekk..


Murah murah.. RM6 jer

Saturday, June 22, 2013

Nasi Ayam Kelana Jaya

Kalau tak tahu nak makan apa N akan beli nasi ayam ni.


Nasi ayam ni dijual dari lori seberang jalan Giant kecil Kelana Jaya. Sebenarnya kat situ banyak lagi lori-lori lain yang jual makanan.

Ada yang mahal dan ada yang murah, tapi nasi ayam N beli ni memang affordable RM4.30 okay. Dan dekat lori ni pun ada jual makanan panas bergoreng. Sedap juga

Lain-lain makanan untuk kudap-kudap adalah Ubi ketok. Setiap kali pergi cuci mata musti beli kuih ni. Sedapp.. Saper yang tak pernah makan pergilah cuba seketul, musti rasa tak cukup lepas tu..seketul 50sen yer

Selain tu ada juga lori jual burger, laksa, mee, kuih muih, nasi berlauk dan kadang kala ada juga buah-buahan. Waktu N beli ni adalah hari bekerja, hujung minggu tak pasti buka or tak. Do check it out yaa..

Friday, June 21, 2013

Air Asam Jawa

Pernah minum air asam jawa tak. Kalu pernah mesti beli kat kedai kan.

Sebenarnya kalau nak minum boleh jer buat sendiri kat rumah. Caranya memang sangat mudah dan boleh jimatkan duit okay..

Hari ni N nak ajar macam mana nak buat air asam jawa semudah ABC.

A: Cedok asam jawa lebih kurang 5 - 6 biji (ikut selera masing-masing) ke dalam gelas.
B: Kemudian masukkan gula satu camca besar dan air panas.
C: Gaul sehingga gula sebati dengan air dan tapis.

melegakan batuk

Dah siap tapis boleh lah minum. 

Tapi sebelum tu kalau nak minum panas bolehlah isi penuh air panas tapi kalau nak minum suam isi air panas sikit saja dan kacau. Bila gula dah sebati baru tambah air sejuk, kacau, tapis dan sedia diminum.

alternatif selain kordial

Air asam jawa bukan saja sedap diminum tapi boleh dijadikan pengganti minuman kordial yang lain dan juga untuk melegakan batuk :D

Tip besh: Air asam jawa juga enak diminum sejuk dan dalam masa yang sama boleh sejukkan badan yang panas, so masukkan dalam peti ais sebelum minum yaa :D

Thursday, June 20, 2013

Baby Asy sakit

2 minggu yang lepas N dari tempat kerja bergegas balik ke rumah sebab mak cakap Baby Asy panas.

So, malam tu N dan husband bawa baby Asy pergi Hospital Klang.

Daripada luar memang nampak ramai sangat orang. Terkejut juga sebab sebelum ni kalau pergi tak pernah seramai macam ni.

Sampai jer terus bagi Mykid Asy. Masuk dulu dalam bilik untuk cek berat Asy 9 kg lebih.

Then tunggu untuk bayar di kaunter pendaftaran. RM1 jer sebab hospital kerajaan kan. Dah bayar lebih kurang dalam pukul 10.15 malam then hantar kad masuk ke bilik doktor (khas untuk orang yang demam).

Lama gila tunggu sebab ramai yang amat. Nombor N masa tu 62 tapi masa tunggu baru nombor 52. Dalam pemerhatian sorang yang masuk ambil masa selama 20 ke 30 minit..

N dapat masuk pukul 12.30, siap baby Asy sempat tidur kejap.

Bila masuk Doc amik darah sebab Doc suspek Denggi. Siap kene cucuk dua2 tangan sebab darah tak keluar.

Husband N pegang kuat dan Baby Asy memang meronta-ronta dan jerit2. Tapi bila tengok jarum tak masuk pun lagi.. Huhu.. tapi bila dah masuk lagi kuat dia jerit..

Kesian kat dia. Kalau orang besar sakit, baby cam dia musti la lagi sakit..

Doktor letak darah dalam mesin and bila keluar result doc cakap yang sel darah putih dia tinggi, maksudnya ada infection. So doc bagi pilihan samada nak duk dalam war or balik jer.

Lepas discuss dengan husband kiteorg decide untuk balik jer. Then pergi amik ubat kat kaunter. Dapat ubat demam, antibiotik, vitamin dan nousal drop.


Dah sampai rumah.. See tangan dia. kesian..


Sebelum tidur siap mandikan sebab dia yak yak and untuk sejukkan badan dia yang panas.. Lambat betul batuk dia nak reda sebab bila batuk banyak la buat dia panas dan demam..

Wednesday, June 19, 2013

Berdiet dengan Yogurt

N berdiet?? hehe. Takderlah nak diet. Sebenarnya dah tak tahu nak makan apa since perut masih kenyang. Tapi still kena isi perut. So N singgah Giant dan beli Yogurt.

Niat di hati masuk Giant sebab nak beli tembikai susu murah tak sampai RM1. Tapi oleh kerana takut tak manis so baik la N beli yogurt dan potong buah kat office tu.

Tengah semua orang syok makan mee, laksa and nasi, N pula layan yogurt dan buah.

marigold yogurt campuran pic mangga

Selalu sangat duk beli yogurt mixed fruits, so kali ni N beli campuran Pic Mangga pula. Dan buat masa sekarang ni brand Marigold tetap menjadi pilihan.

yogurt bersama apple dan pear

Tak lupa potong kecik buah apple dan juga pear yang ada dalam simpanan.. Penuh satu mangkuk dan siap share dengan officemate :D

Sunday, June 16, 2013

Sweetest Junk Bundle

Yo yo.. salam ahad semua..

Buat apa di hujung minggu ni. Soping-soping cuci mata.. Apa kata g sopinng cuci mata kat sweetestjunk.blogspot.com

N memang menggemari baju tak kira la dari yang baru sampai la ke baju pre-loved/ bundle. Oleh kerana habit N yang tak terkawal ni, telah menyebabkan bilik N banjir dengan baju bajan.

N bahagia bila uruskan baju. Bila selak langsir nampak baju-baju tapi nightmare bila tiap kali nak keluar tak tahu nak pakai apa dan rasa macam tak der baju. 

Walhal, kalau baju-baju tu ada perasaan mesti diaorang akan naik rimas nak termuntah sebab terpaksa bersesak-sesak tergantung dengan baju-baju lain.

So, N decide buat satu blog untuk jual baju preloved. Semuanya koleksi dalam tangan yang perlu dijual dengan segera.

Macam-macam ada. Dress pendek/ panjang, kemeja lengan pendek/ panjang dan shirt pendek/ panjang sedia ada untuk dipilih.

Okay, tak lupa untuk selit satu gambar untuk tatapan semua. Bawah ni adalah cardigan bintang. Memang sesuai digunakan di tempat yang sejuk. N tak nak dah sebab N jarang pergi tempat sejuk, office N pun tak sejuk. 

Baju ni tak dimasukkan lagi dalam blog sweetest junk so kalu ada sesape yang nak bolehlah email or comment yer. Size baju S-M dan stretchable.


Jangan lupa masuk blog SweetestJunk untuk tengok lagi banyak baju..

Saturday, June 8, 2013

Santai bersama ubi kelapa gula

Di hari minggu ni apa kata kita bersantai dengan ubi kelapa gula. Sedap makan. Memang tak cukup lah.. huhu


Cara-cara nak buat:

1. Rebus ubi kayu or keledek hingga lembut.
2. Sementara tunggu ubi masak, gaulkan kelapa yang telah diparut dengan gula.
3. Ubi yang dah dimasak, dikupas kulitnya.

Cara-cara nak makan:
1. Cubit sikit ubi dan tempek kelapa gula ikut suka hati.
2. Dan campakkan dalam mulut.. nyum nyum..

Adoii.. teringat pula kesedapannya. terliur glurpp

Friday, June 7, 2013

Makan2 at Chawan, Bangsar

My favourite place zaman belum kawen dulu. Dah kawin boleh kira berapa banyak kali pergi.

Chawan Restaurant
Bangsar


Ni nasi impit / lontong. Rasanya sedap, first time makan. Makmertua yang order. Tapi rasanya macam diletak santan dan kuahnya masis sikit.


Favourite order N dan suami. Nasi tomato.

Nasi tomato + ayam masak merah + dal + papadam + jelatah timun


Sagu santan ni tak sempat nak rasa dah habis. Memang N tak order apa malam tu tapi duk sibuk suap budak kecik sorang ni makan.


Menu lain yang famous yang selalu N dan husband order ialah nasi beriani. Kedua-dua nasi beriani and nasi tomato mmg marveles la rasanya. Postion dia pun banyak sesuai dengan harga yang dibayar. Berbaloi-baloi tau.

Minuman yang famous ialah coffee dia. Ada pelbagai jenis dan tiap kali pergi husband mesti order. Suka and  katanya.

Makanan semua sedap-sedap tapi kalau nak datang sini parking agak susah. Kena melilau cari parking. Kalau datang siang hari boleh terus parking dekat Bangsar mall.

Wednesday, June 5, 2013

Laundry bag penyelamat baju

Setakat hari ni N dah ada lebih 10 laundry bag collection. Daripada yang kecil sampai yang besar semua pun ada.

 Tapi dua daripada collection N dah koyak dan tak bley guna. huhu. Kat bawah ni laundry bag yang dah diisi dengan baju:


Laundry bag ni ada 2 jenis:

1. Laundry bag untuk baju
N selalu guna laundry bag ni untuk basuh baju kurung sebab malas nak basuh tangan dan untuk jaga kesihatan tangan :D. 

Tak lupa juga baju-baju yang lembut, dress labuh, jubah ataupun baju kait untuk mengelakkan benang tercarik ataupun tertetas (baju kurung).

2. Landry bag untuk pakaian dalam
Pada N basuh mesin lagi bersih dari basuh tangan so N akan masukkan pakaian dalam ke dalam laundry bag bulat yang macam kat dalam gambar atas sebelum dimasukkan ke dalam mesin. 

Laundry bag ni memang amat sesuai especially untuk pakaian dalam yang ada besi sebab laundry bag yang N beli ni ada lapisan plastik di atas dan bawah. 

Tujuan plastik ni adalah untuk menjaga besi dalam pakaian dalam daripada terbengkok sana dan sini dalam mesin basuh.

Pakaian dalam yang tiada besi pun boleh juga guna laundry bag yang ada plastik mahupun tiada plastik. 

Penggunaan laundry bag untuk pakaian dalam yang tiada besi adalah untuk elakkan pakaian dalam tersebut daripada melingkar dan mengikat semua baju-baju yang ada dalam mesin :D

Laundry bag ni ada banyak bentuk. Empat segi ada, oblong pun ada (bulat dan panjang).

Saiz laundry bag:

1. Kecil
Digunakan untuk basuh baju yang bersaiz kecil ataupun untuk sehelai pakaian sahaja. 

2. Besar
Digunakan untuk basuh baju yang besar terutamanya baju kurung ataupun jubah. Boleh isi lebih dari sehelai baju.

Takpun boleh guna untuk simpan comforter ataupun toto yang tak dipakai.

Saranan untuk saiz laundry bag:

Cucian sehelai baju satu laundry bag lagi bersih dan lagi elok sebab baju tu boleh conquer bag tu dan tak diganggu dengan baju lain. 

Kalau isi lebih dari 2 mungkin baju dalam bag tu akan jadi padat dan melekat maksudnya tak dapat nak bergerak bebas. 

Sebab tu la kalau nak basuh baju takleh masuk penuh sampaikan baju tak leh nak pusing2. Sama la juga dengan laundry bag. Untuk elakkan bag tu dari berat dan tak leh pusing cukuplah isi dalam 2 or 3 baju dalam satu bag.

So sekarang ni nak basuh guna tangan lagi ker?? Haa kalau you all rasa malas g lah beli laundry bag. Memang memudahkan kerja harian. Kat mana-mana tempat pun ada. Kalau nak  beli yang kecik bolehlah g Mydin sebab murah tapi kalau nak beli yang besar pergi la beli kat Daiso. RM5 jer untuk pelbagai saiz.. Berbaloi-baloi..