About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Tuesday, June 4, 2013

Puasa hari yang ke-dua

Last week N dah berjaya puasa satu hari :D. So, this week puasa lagi satu hari. Malam tadi siap pasang alarm jam 4.45 pagi untuk bagun sahur. Tapi tak bunyi alarm lagi baby Asy dah bangun. Duk pusing sana sini, siap tepuk-tepuk nak kasi tidur balik tapi masih tak mahu tidur.

Cek kepala dan badan. Takut dia tak selesa sebab demam. Tapi alhamdullillah tak panas pun macam malam semalam. Kalau demam lagi terpaksalah buka baju seluar dia dan lap dengan napkin basah macam malam semalam.

So, bila tak mau tidur balik memang dah sah lah yang dia tengah lapar. N bangun, dukung dia dan terus ke dapur buat susu. Habis jer minum susu sambil tutup mata terus dicabutnya botol dan bagi kat N. Hehe kelakar tengok dia, memang ngantuk sangatlah tu.

N pun sambung tidur sampailah alarm bunyi. Bangun g dapur buat milo, potong pear sambil ngunyah roti gardenia coklat. Memang favourite N dari dalam perut lagi.. hehe tipu la tu kan. Makanan sahur N:

Makanan sahur yang ringkas

Sahur N pagi tadi:

air milo + roti gardenia coklat + sebiji pear + air kosong

Tak banyak kan. Tapi bila dah habiskan pear terasa full yang amat perut ni. roti bley habis dalam 5-6 kali ngap tapi nak habiskan pear lebih kurang 17 minit. Berzaman nak habiskan sebab dah kenyang plus rasanya yang betul-betul manis buat N tak tahan.

Memang betullah kata kawan, makan sebiji pear pun dah boleh buat perut kenyang. Memang serius kenyang. Habis makan, minum air 2 gelen (2 gelas jer) gosok gigi dan sambung tidur. Macam ular kekenyangan. Twiggies pun tak sempat nak makan sebab dah kenyang..

Note to Asy: Sorry anak mama, mama dah makan roti Asy, nanti balik kerja mama ganti balik. Tapi jangan risau twiggies Asy mama tak makan sebab dah kenyang, tapi kalau tak kenyang memang mama dah makan :P

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D