Pages

Wednesday, July 31, 2013

MR Sambal Seksyen 15, Shah Alam.

Hai you all.. Azan dah berkumandang.. Bolehlah makan solat Zohor yer.

Tengah-tengah puasa ni tiba-tiba jer teringat Nasi Pattaya kat Mr Sambal Seksyen 15, Shah Alam.

Masa first time pergi makan kat sana N pergi dengan husband, anak and makmertua.

Mak mertua order Nasi Goreng Seafood, walaupun portionnya kecil tapi rasanya menepati selera. Memang puas hati mak mertua malam tu. Harga dalam RM6.90 kalau tak silap.

Goreng-goreng

N pula order Nasi Goreng Pattaya. Pun marvelous juga. Sedap dan portion telur dia banyak. Kenyang dan sangat puas hati. Harga RM5.50 kot seingat N.

Goreng-goreng

Husband order urm .. tak ingat dan tak sempat nak snap sebab tengah syok layan nasi goreng pattaya yang sedap.. hehe

Anak pula tak order apa-apa. Suap jer apa-apa yang tak pedas kat dia dan dia nganga jer :D

Bayiku

Sunday, July 28, 2013

Last Breakfast and Lunch before Puasa..

Ramadhan day 18

Fiuhhh.. bila menjelang puasa ni agak susah nak update blog.

Sebenarnya sebelum bulan puasa lagi dah berazam nak update berkenaan dengan bulan ramadhan tapi masa macam singkat jer.. huhu

Anyway, bila buka blog arini terjumpa la post yang sepatutnya disiarkan satu hari sebelum puasa, tapi disebabkan N tulis entry tu sebelum nak balik so agak tak sempat nak habiskan ayat. :P

So this is the entry:


Okay, this is the last meal of breakfast and lunch for today before perform puasa tomorrow.. :D

Selalunya N beli nasi berlauk ayam goreng, lori, Kelana Jaya. Tapi pagi tadi saja nak ada kelainan. 

N beli Nasi berlauk ayam dan juga daging. Yang daging N makan masa breakfast dan ayam goreng N makan masa lunch.

Anyway, apa yang N boleh comment ialah lauk dagingnya agak kurang menepati citarasa N memandangkan rasanya yang manis tak sesuai dimakan sekali dengan lauk gulainya yang juga manis.

Tapi kalau yang ayam goreng tu memang buat nasi berlauk tu super purrrrrrr - fect... meowww meow

Kalau u all nak rasa nasi berlauk ni lepas raya baru makcik tu meniaga balik :D

Tuesday, July 23, 2013

Online sketch pilihan N

Ramadhan day 13

N suka doodle and sketch. Tapi bila dah lama tak buka terus jer lupa website sketch ni.

So sekarang ni haruslah N masukkan dalam blog. Di samping tu dapatlah share sekali dengan you all.. 

N ni takder la reti mana nak lukis-lukis macam lukisan mona lisa tu, tapi saja nak isi masa lapang. okaylah, siapa-siapa yang reti lukis ataupun tak, bolehlah cuba dan explore.. Sangat menarik tau :D

One Motion



---------------------------------------------------------------
Pencil madness




---------------------------------------------------------------
Jayweeks




---------------------------------------------------------------
Odo sketch




---------------------------------------------------------------
Pixlr




---------------------------------------------------------------

Dan tak lupa ucapan:


Wednesday, July 10, 2013

Selamat berpuasa dari kapas putih

Ramadhan day 1

Today is our first day of Ramadhan. So far sejak sahur 4 jam yang lalu N okay, masih lagi bertahan.. hehee..macam budak kecik pula kan

Cumanya lepas mandi pagi tadi N dah masuk toilet tiga kali sebab teguk air banyak sangat. Ada la dalam dua gelas milo dan dua gelas air kosong.

Tiap kali puasa jer musti macam tu. Ye la bila dah masuk imsak tak bley nak minum dah kan satu hari.

Anyway di awal bulan yang mulia ni N tak nak ketinggalan untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua dan banyak-banyaklah beramal :D

Saturday, July 6, 2013

I am so content..

Wawiii.. N betul-betul super duper busy this week. Banyak betul aktiviti dan kerja yang wajib dilaksanakan.

Dah akhir hari bekerja pun masih ada lagi kerja yang terabai. Tak cukup tangan nak buat semua.

Dan harus lah hari isnin N sambung sampai habis. Memang hectic, penat dan agak serabai sebab kerja semua ada dateline. 

Boleh kata semua tarikh dateline dekat2 jer. Selang berapa hari jer huhu..

Walaupun rasa menyampah dengan kerja2 yang memerlukan dateline ni tapi N rasa puas hati dan suka sebab N feel very content.

Boleh kata setiap hari banyak jer benda boleh cerita sebab buat banyak benda. Memang masa N dipenuhi dengan banyak aktiviti.

Tapi sayangnya tak dapat nak update dalam blog. Memang tak der ruang waktu nak bercengkerama dengan bloh..huhu


Dah lama tak tepek muka.. hihi

Baru lepas habis kelas dengan satu group.. Tengah tunggu lagi satu group :D


Makan semua.. Nyum nyum

Friday, July 5, 2013

Tutorial Clear Skin (Smart Blur)

Dah agak lama tak buat tutorial.. So harini jom kita belajar macam mana nak lembutkan gambar ataupun clear skin..


Gambar sebelum dan selepas..


Macam biasa kena pilih gambar dahulu.


Oleh kerana gambar yang N pilih ni agak gelap, so apa kata kita cerahkan dulu gambar. Klik sini untuk tutorial cerahkan gambar.

Kemudian klik butang filter arahan no 4.


Lepas tu akan ada satu pop-up folder window akan keluar. Clear skin ada dua:

Smart blur - Melicinkan (lembutkan) struktur gambar
Noise reduction - Mengurangkan bintik-bintik hitam dalam gambar

 Tapi N pilih yang smart blur clear skin. Nak guna dua-dua pun takder masalah.


Lepas pilih smart blur clear skin akan ada satu lagi pop-up window akan keluar.

Drag button sehingga dapat gambar yang dikehendaki..

Harus diingat, selepas clear skin dilakukan ke atas gambar, saiz gambar tersebut akan berkurang :D

Then last sekali, bolehlah save :D