Pages

Tuesday, October 29, 2013

Heaven and Earth - Tin version

Pernah minum tak air Heaven and Earth ni.

Walaupun N tak pernah beli tapi N suka sebab rasanya sedap.

Cik husband selalu beli dan N pula akan ngecek.. hehe

Hero Market, Kelana Jaya PJ sekarang ada offer air ni. Satu tin RM 0.99. Actual price RM 1.35.


Dulu Cik Husband beli dalam bentuk botol tapi sekarang ni dah ada dalam bentuk tin.

Ada tiga perisa: Markisa/Passionfruit, Jasmine, Lemon.

N beli Markisa dan Jasmine. Dua-dua sedap tapi N lagi suka Jasmine. 

Bau dan rasanya menyamankan

Thumbs up!!

** Offer sampai 10 november kalau tak silap.. :P

What to do with leftover..

N rasa sejak dua menjak poket kering ni N memang sangat menghargai leftover food yang ada kat rumah..

So pagi-pagi lagi dah bukan main semangat masak nasi dan panaskan lauk yang tak habis malam tadi.

So nasi dan sup ayam ni N makan untuk lunch hari ni.


Pastu sambal bilis yang N bawa ke ofis semalam pun masih ada lagi.

So calit atas roti untuk breakfast.. Nyum nyum

Monday, October 28, 2013

Baby love to play..

Semalam we all pergi Tesco..

Dan macam biasa budak kecik ni sangatlah excited sampai tak mau jamah pun breakfast.

Usik sikit-sikit, pastu ngamuk minta dilepaskan.


Lepas habis makan terus bawa dia g main. 

Sekadar masuk dalam machine game tu aje sebab Tokma dah pesan jangan biasakan dia. 

Nanti takut sampai ke besar nak main menda tu.

Kesian dia.. Selalu dapat main siap goyang-goyang.. Kali ni dapt merasa duduk je :D

Takperlah next time je kay.

Thursday, October 17, 2013

Lapuk Journey: Sambutan raya

Sebulan plus yang lepas company ada wat majlis sambutan hari raya.


N ditugaskan jadik photographer :P

Takder la hebat mana setakat guna mode auto je.. hik hikk

Pada siang hari, seperti majlis raya sebelum ni pastilah ada pertandingan anyam ketupat

Tahun lepas N jadi organiser dan juga peserta tapi  kali ni bagi la peluang kat orang lain.

Cukuplah jadik organiser je, takleh tamak2 :P


Petang pula ada pertandingan menyanyi dan khemah tercantik.

Di malam hari selepas Magrib barulah majlis berlangsung. N dan partner sibuk cari budak2 dan juga tetamu2 untuk pertandingan prince and princess (kanak2) dan juga best grooming (tetamu dewasa)

Semua pun cantik2 sampai pening kepala tak tahu nak pilih yang mana satu..

Juadah raya pun tak terkira banyaknya. Semua sedap2 tapi memandangkan sangat busy so tak berkesempatan nak rasa semua juadah. Huhu



Event raya berjalan dengan lancar. Walaupun penat tapi N still enjoy.. Harap-harap ada lagi event yang macam ni di masa akan datang :D

Wednesday, October 16, 2013

Baby Photography ahhhhhh...

Asyraf pandang mama..

Asyraf sini mama nak ambil gambar.

Asyraf jangan pergi jauh-jauh

Asyraf boleh tak duduk diam 10 saat, HP mama dah lah tak canggih macam HP ayah..

Asyraf!!!!!!

Kalau bab tangkap gambar N memang sangat excited. Tapi perasaan excited tu lama-lama tukar jadi geram sebab model yang N nak tangkap tu tak reti nak duk diam.

Lagi pula guna HP kamera Samsung galaxy young. Basic capture je

Berbeza banyak dengan HP lama N tu Sony Ericson C905

Tapi apa-apa pun N kena bersyukur dengan apa yang ada :D

kedekut muka

Inilah hasil dari sesi fotografi bersama anak. Gambar belakang, kepala dan sisi lagi banyak dari gambar yang nampak muka..

baby comel

Boleh kata gambar yang nampak muka tu 2 dari 10.. huhu

** Kalau mama ada duit mama nak sangat Nokia Pure View tak pun Galaxy S4 Zoom yang semestinya khas untuk kaki gambar macam mama..

Friday, October 11, 2013

HERO MARKET KJ dah buka

Perhatian kepada warga  Kelana Jaya, Petaling Jaya...

HERO MARKET dah buka hari ni dan open ceremony hari AHAD 13/10/13..

Pagi-pagi lagi N dah pergi dan buat kad siap dapat buku kupon lagi..

Excited sangat.. N make a quick tour sebelum naik office.

Sampai ofice terus buka buku kupon tu.. Seronoknya rasa sebab ada barang yang boleh dapat lagi murah.

Dah siap cadang nak exchange kupon dengan oficemate lagi supaya dapat item tu banyak :D

Then, tengah hari tadi N pergi lagi sekali..

N beli:

Pakchoy 3 batang 45 sen (0.99/kg)
Kailan 3 ikat 84 sen (0.99/kg)
Sebiji kobis kecil 37sen

hotdog honey chicken frank RM1.99/packet
filamen crab RM1.99/packet

Lain-lain:

Ayam RM4/kg
Sotong RM14/kg
Kentang RM0.99/kg
Baby lettuce RM0.99/2 biji

tu je yang N ingat.. Tak dapat nak upload katalog sebab pc N harini lembap betul.. huhu

Jom la serbu ramai-ramai untuk opening ni.. Harga semua murah-murah :D

Masa ni la nak ambil kesempatan untuk membeli belah.. Ada oficemate sorang ni beli 3beg plastik total RM52.00 je okay

Lokasi: Belakang Giang kecik dan bersebelah dengan VISION kolej.