Pages

Wednesday, December 11, 2013

Che Ta tajaan sana sini..

Amboi.... sekarang ni ramai sangat dok bercerita pasal wedding Che Ta dengan Zain.

Glamornya setanding dengan artis-artis antarabangsa.

Popularitinya mendadak naik secara tiba-tiba disebabkan oleh angka tajaan.

Ramai orang nak taja sampai mencecah 13 juta seperti yang diwar-warkan oleh semua orang.

Tapi menurut Che Ta dia terpaksa tolak beberapa tajaan lain disebabkan penajaan yang bertindih.

Kalau terima semua sure jumlah tajaan lagi melambung naik lebih dari yang sekarang.

Untung badan orang yang dapat sponsor. Dari hujung kaki sampai hujung rambut tak payah nak pikir dah.

Dari lokasi perkahwinan sampai bab makan-makan pun settle habis semua orang sponsor.

Alhamdullillah rezeki membina masjid untuk Zain Saidin dan juga Rozita Che Wan.

Woww.. tajaan bernilai 13 JUTA ok..

------------------------------------------

Antara penaja wedding Rozita Che Wan & Zain Saidin:

HABIB JEWELS - RM10 JUTA
Barang kemas untuk memastikan Che Ta nampak glamor dan bling-bling di hari bahgia

habib jewel taja che ta

BIANCO MIRMOSA - RM55 000
Busana malam berinai untuk menyerikan lagi suasana

MAN KAJANG - RM250 000
Busana untuk pernikahan dan persandingan

MY BEAUTIFUL HENNA
Sesi berinai untuk naikkan lagi seri pengantin

pasangan sedondon

SETIA CITY CONVENTION CENTRE
Penaja lokasi perkahwinan

setia city mall

KUMPULAN SEGI SERI
Tak lupa juga penaja makanan.. Penting untuk kenyangkan semua orang

------------------------------------------

Sumber maklumat dan gambar kredit beautiful nara, majalah media hiburan, google dan murai.com.

Alahai seronoknya kalau masa N kawen dulu ada orang sponsor :P..

Selamat Pengantin baru kepada Rozita Che Wan dan juga Zain Saidin dari KapasPutih.

Semoga perkahwinan kalian berdua berkekalan hingga akhir hayat.

Abaikan apa yang orang lain katakan. Anggap saja semua tu dugaan dan cabaran. Sahut cabaran mereka yang bersifat hasad dengki. Tak boleh langsung tengok orang lain bahagia. Ada je yang tak kene.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D