About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Wednesday, January 30, 2013

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~

Nak join klik banner kuning kat bawah ni yer:



Jumlah follower terkini: 912546

Secara jujurnya, tujuan N join segmen ni sebab nak hadiah..
N nak buku nota , tapi kalu dapat top up saja pun okay. 
Tapi kalau tak dapat apa, hurmm takper la. Cukup syarat untuk memeriahkan segmen jer :D

Anyway, segmen ni sampai 9 February 2013 jer kay..

Thursday, January 24, 2013

POTLUCK..


Jumaat lepas office N ada buat potluck, seronok dapat makan-makan. Banyak sangat lauk sampaikan siap tapau bawa balik.


Menu yang ada pada hari tersebut:

Pulut kuning : Rendang limpa : Nasi impit : Kerutup ayam : Sayur campur : Ayam masak hijau : Ikan goreng : Tempoyak : Togeh masak air : Sambal udang : Gulai tempoyak udang : Buah tembikai

Memandangkan N duk umah mentua dan tak masak, so N bawa buah tembikai. Nasib baik la masa N tanam tembikai kat tepi rumah Giant, tembikai tu sempat masak. Isinya merah dan manis. Memang puas hati :D

Pas habis makan potluck, N pun duduk relak sambil telek2 gambar. Edit sikit then masukkan dalam FB. Hasil editing..





N group merah. Dan ayat memang baik punya. Gagah berani la sangat kan. hehe

Looking forward for next potluck, tapi ada pula yang dah cop nak bawa tembikai.. aisehhh man

Monday, January 21, 2013

I love blogwalking Part 3

Sambungan, ni yang paling last :D

Pastu, N suka blogwalking sebab bila blogwalking N akan dapat banyak info yang berguna. Contohnya macam isu-isu semasa dan isu-isu yang dah lapuk. Daripada personal blog sampailah ke blog yang bukan personal memang banyak cerita berkenaan dengan isu-isu umum yang menarik perhatian. 

Memang elok sangatlah orang macam N ni, sebabnya bila dah balik rumah, bukan kata nak baca surat khabar, nak pegang pun takleh. Semuanya gara-gara raksasa gorgon kecik. Kalau dia dapat surat khabar tu, musti dia akan masukkan dalam mulut, sampaikan bila dia poo poo keluar cebisan lipatan kertas katalog hypermarket. Boleh kata bukan surat khabar jer, segala jenis barang lah dia akan masuk dalam mulut..


Blogwalking pun baik juga untuk merelakkan mata, bila dah ngadap kerja dari pagi ke petang bley jadi juling mata ni. So nak betulkan alignment mata ke tempat asal, ngadapla kejap blog dan tak lupa beri seketul dua komen untuk hilangkan stress. Lagi besh kalau blog yang N ngadap tu ada banyak gambar, memang boleh cuci habis la mata ni.

Friday, January 18, 2013

I love blogwalking Part 2

Sambungan entry semalam.. layan..


Reason kedua pula, nak intip blogger favourite. Blogger favourite N ramai, nak bilang ngan jari pun tak cukup dan nak kata pergi blog diaorang selalu pun tak juga. Kadang-kadang tu bila free N pergi la ngada-ngada kat blog diaorang and baca perkembangan terbaru. 

Selalu berangan sorang-sorang konon-konon nak jadi cantik macam blogger ni la, nak jadi pandai main code-code macam blogger tu la, pastu nak macam ni macam tu.. pastu last-last berangan banyak sangat satu apa pun tak jadi.. :P

mekasih anak mama :D

huhu.. thanks coz sedarkan mama

Then, saja nak ramaikan kawan. Bila N comment-comment blog orang lain, diaorang pun akan datang blog N dan comment. Pastu bila dah lama-lama bley la jadi kawan. Bila dah syok, follow la pula, then blogger tu pun akan follow N balik. 

Tapi ada jer yang tak follow dan N tak kisah pun. Kalau follow tu kira bertuah la N, mungkin masa tu blogger tu terpijak entry N yang kebetulan okay sikit masa tu kan..

Bersambung lagi esok :D

Thursday, January 17, 2013

I love blogwalking Part 1

N suka sangat blogwalking, buka tingkap rumah orang ngendap sikit-sikit pastu tutup balik, pastu tak puas tingkap sebab kecik sangat buka pula pintu rumah orang lain ngendap banyak-banyak pastu tutup balik, pastu ......... ulang-ulang sampai lebam nak termuntah depan PC.


Sebenarnya banyak sangatlah tujuan N blogwalking ni. 

Salah satunya sebab N gedik nak kabor kat orang ramai kampung yang N ada blog walau tak semenggah mana. Part yang paling best kalau blog yang N pergi tu ada widget recent visitor. Free-free jer link blog N keluar kat situ. Ye la mana ada blog yang nak letak blog N dalam bloglist pilihan kan, N memang sedar N ni siapa. 

Dan lagi satu, widget visitor comment. Kalau N selalu masuk blog yang sama dan komen setiap entry memang ada kemungkinan nama akan keluar kat widget tu. Sebenarnya lebih kurang macam trick la nak hebahkan link blog sendiri tanpa merayu-rayu kat owner blog supaya letak dalam bloglist, kalau orang femes lain citer lah kan, dah tentu tak perlu nak rayu bagai ni. 

Tapi memang kenalah rajin sikit, N tiap kali blogwalking kalau tak bagi comment memang tak sah. Mustinya nak tinggalkan jejak, kalau takder widget comment pun takper sebab motif nak bagitau kat owner blog yang N baca entry yang dia penat-penat dan bertungkus lumus buat tu. 

Kalau bernasib baik ada lah orang yang akan klik blog N bila baca comment. Tengok pula gambar profile macam  ala ala hot mama gadis cun kan, terus jer nak amik tahu siapa gerangannya.. Hehehee.. Tapi rasanya bukan N seorang jer yang pikir macam tu kan, you all pun sama juga. Dah nama pun blogwalking. 

Blog yang ada widget recent comment pun best juga. Lepas comment, musti link blog N keluar kat widget tu.

Okay, ada banyak lagi sebab dan tujuan N blogwalking, tapi memandangkan entry ni sangat panjang so  N sambung esok jer kay. :D

Wednesday, January 16, 2013

Meal satisfaction @ Murni Discovery

Hayy.. N baru pulang dari Murni Discovery Restaurant. First time pergi makan lunch kat sana. Memandangkan tukang bawa tak ingat jalan, we all pakai GPS jer. Tulis jer Murni Discovery, memang dah ada dalam GPS.

Tadi masa makan memang ada buffet lunch. Untuk first timer, N memang sangat puas hati dengan makanan yang disediakan. Lauk-lauk memang pelbagai dan murah. Kalau N pergi beli kat kedai lain or lori-lori peniaga tu, maunya kena rm7-rm8. Portion or nasi yang dia bagi memang banyak especially untuk gegirl yang comel macam N ni, tapi believe it or not, N dapat habiskan. Sampaikan member ingat N amik nasi separuh. hehe

Kat sana N makan:

> nasi putih
> udang kecik goreng garing dalam 10 ekor
> 3 ketul kecik taufu lembut
> 3 ketul kecik ayam kari
> 4 hiris bendi goreng
> 3 ketul kecik nangka masak lemak
> kuah ketam sikit
> secoet sambal belacan

Total semua RM5.80 (termasuk harga ais kosong 30sen), murah kan. Yang beshnya, dia nya udang goreng. Tak pernah lagi N jumpa udang goreng kecik-kecik untuk makan lunch. Oleh kerana udang yang digoreng tu garing so tak perlulah nak bersusah payah kupas kulitnya, dari kepala sampai ker ekor N telan sekali harung, kalah raksasa gorgon.

Menyesal pula amik sikit. Tapi takperlah, memang motif amik sikit-sikit semua lauk untuk merasa. Kalau dah selalu pergi, boleh lah aim lauk apa yang sedap.

Member cakap menu ala carte dia menarik juga, tapi masa dalam kedai tu lupa lak nak tengok menu dia. Anyway, N takder amik sebarang gambar, tapi N ada browse dan jumpa site Azuan Haidi ni. Siap ada gambar lagi.. Check it out :D

** N tak pasti Murni Discovery ni kat mana tapi dalam GPS tu dia tulis SS2, PJ. Untuk information you all yang nak g sana, tempat tu memang crowded, nak park pun susah. Tapi bila dah pergi memang puas hati.. Blurppp...

Tuesday, January 15, 2013

Online game Shop Empire 2

Okay, hari ni jom kita check it out game yang kedua iaitu Shop Empire 2. N paling suka game ni berbanding dengan game Diner


Dalam game ni kita boleh pergi 5 negara untuk bina mall, tapi untuk level 1 kita cuma dapat 1 negara jer dulu. So, kalau nak ke negara yang lain, pemain kena bina mall berdasarkan kepada goal yang diberi.


Dan setiap kali dapat income player boleh guna duit tu untuk upgrade dan beli lagi shoplot. Bila dapat lepas satu level, player akan dapat unlock beberapa shoplot baru yang boleh ditambah dalam mall.

Nak main klik sini

Monday, January 14, 2013

Jangan potong que aku..

"Eii budak, ko ni kenapa. Takleh nak sabar ker?" Kenyataan ni hanya dalam hati :D

Hadoi!! sakitnya la hati N ni. Semalam pergi kenduri kawen cousin husband kat Melaka, tengah-tengah gosok and basuh botol susu anak bley pula ada sorang girl ni terus mencelah letak pinggan and basuh tangan. 


N pun tengok jer dia sambil gosok botol susu, pastu ada lagi sorang girl pun kelam kabut juga nak basuh tangan tapi N terus jer sua botol kat paip and bilas botol.

Ish geram la tengok perangai orang yang macam tu, dah la budak-budak lagi, tapi tak pandai nak hormat orang lagi tua. Tak silap N, rupa macam budak tingkatan 2 pun ada. 

Cara diaorang memang dah betul, pandai beratur tapi tak reti nak tunggu giliran. Apa la yang kelam kabut sangat. Ngalahkan orang yang nak kahwin pula.

Nasib baik la rumah orang, kalau rumah N memang budak tu dah kena sound baik ar dengan N. pastu lecture satu jam pasal hormat orang tua, sure dia akan ingat sampai ke tua.. Pastu suruh ketuk ketampi kan.. Ngeh ngeh.. hehe

Saturday, January 12, 2013

Bila nak kawen weii..

Heloooo semua.. Pekabor? Perasan tak you all, sekarang ni ramai orang perempuan yang berusia, lambat benornya nak menikah. Yang paling sadisnya, tiap kali jumpa sedara mara, musti ada suara-suara sumbang yang tanya:

"Cik ngah woi, bila hang nak kawin??"

Kepada sesiapa sahaja yang mengalami situasi macam ni memang bley wat kepala serabut. Ramai kawan N yang dah kawin tapi yang tak kawin pun ada juga. Yang paling terdekat dengan N of course la kawan ofice.

Kesian la Minah ni, sampai sekarang ni takder bau-bau pun yang mengatakan dia nak kawin. Orangnya bley tahan, pakai tudung, belajar dah cukup tinggi macam orangnya yang tinggi, haaa nak apa lagi..

Oleh kerana N sangat la perihatin kat dia, so N pergi kat dia dan tanya:


amy: ko ni dah kenapa wei??

Hahahahaa.... kesian dia sebab dapat kawan macam N ni. Dah tahu yang dia takder boyfriend tapi saja gatal mulut cari pasal.. Ngeh ngeh.. Bengang gila member tu.

Tapi N ada isi perut juga la tanya bila nak tunang instead of bila nak kawin :D.. Tapi macam lebih kurang jer gitu hehehe

Friday, January 11, 2013

Morning with nasi lemak..

Morning you all.. Arini breakfast nasi lemak. Sarapan pagi yang sangat popular kat Malaysia ni :D


Kasi cuci mata sikit..

Nasi lemak kerang

Setiap hari duk beli nasi kat makcik lori ni tapi tak pernah pun N order kerang, so pagi ni nak la pekena sekali. Nampak cam sedap, kerang pun besar, tapi bila dah makan, rasa macam tak nak beli dah la. Liat la, macam makan chewing gum pula.. huhu..

So, moral of the story. Jangan terpedaya ngan rupa parasnya yang nampak sedap lagi mengiurkan. Semua tu tipu belaka. Baik la makan ngan ayam goreng yang bese N beli tu, lagi mengancam :D. Anyway, tak semua perubahan tu baik, maybe N tak der luck hari ni.

Thursday, January 10, 2013

Buruk la bila perempuan meludah..

Ptui ptui....


Kelmarin masa nak balik kerja, kawan singgah kejap KFC sebab ada inquiry pasal package birthday party anak dia. So dia pun park la kereta kat tepi jalan jer. Then, tengah N duk syok tunggu dia sambil cuci mata bley pula ada seorang minah ni dengan selambanya meludah kat tepi jalan.

Yang paling sadisnya, budak ni perempuan. Pastu, N tengok muka dia muda belia lagi weii.. Tapi perangai dah macam tu, memang tak sopan la.

N pula memang geli dan tak suka bila tengok orang ludah-ludah ni. Yakss.. Kalau ludah tu masuk dalam longkang ker takper la juga kan, takder la orang lain nampak bila lalu kat tempat tu. Takpun kalau lelaki yang meludah tu boleh dimaafkan lagi la walaupun geli geleman, tapi yang takleh nak terima sebab dia ni perempuan.

Masa dia berlalu pergi lepas ludah tu, dia buat muka biasa jer. Takder pun nak toleh kiri kanan or rasa malu. Nampak sangat la gegirl ni dah biasa buat macam tu. Ish, perempuan-perempuan kat luar sana jangan la meludah, kalau boleh lelaki pun sama la yer. Tak faham betul kenapa la ada segelintir orang nak meludah-ludah, especially kat tempat awam. Macam tak hormat orang lain pula rasa.

Wednesday, January 9, 2013

No Internet No poya-poya

Hahahaaa.. Bila takder Internet, hariku sangat indah dan seronok terpaksa redha.

Internet


N ada lagi beberapa minit jer lagi untuk punch card balik rumah. Dan sekarang baru dapat detect yang line Internet baru nak ada tapi ala-ala cam biskut chipsmore gitu.

Bila dah takder Internet N jadi sangat baik sebab N akan buat kerja tanpa berpoya-poya kat dalam blog and surf tenet. So hasil daripada usaha N hari ni, N dapat siapkan banyak kerja berbanding semalam. 

Sebenarnya semalam duk sibuk wat entry baru, tapi bila dah nak siap bley plak Internet jadi error.. So, semalam pecah record takder entry. Makanya, azam tahun 2013 untuk post entry setiap hari dah tercalar sikit dek kerana ketiadaan Internet.

Sebenarnya elok juga sebab Internet ni jahat untuk orang yang baik macam N. Ianya melalaikan N salah guna. Kalaulah Bos tahu kebaikan tiada Internet di office, rasanya mesti dia potong line Internet dengan secepat yang mungkin. Tapi nasib baik la Internet tu penting untuk email kerja dan juga printing, so memang takleh la nak buang Internet. Hahhaaa haaaa 

Sekian, N nak balik.. Daaaa..

Monday, January 7, 2013

Derma organ

Siapa yang sanggup derma organ? Apa hukum dia. Haram, sunat, harus or what??


N baru baca kisah seorang bapa yang mendermakan organ anaknya yang dah meninggal kepada beberapa orang. Apa yang si bapa ni fikir agaknya. Sanggup dia bagi sebahagian daripada anak dia kat orang lain. Mulia sungguh hati bapa perempuan ni.

Berapa ramai orang yang sanggup buat keputusan macam ni. Takpun siapa yang sanggup dermakan organnya setelah dirinya meninggal dunia. Kalau fikir 100 kali pun mungkin masih tak berani nak decide.

Bersyukurnya N hari ni, Allah lengkapkan N dengan semua organ-organ penting untuk N jalankan kehidupan. Semua anggota badan pun cukup, luar dan dalam semuanya lengkap.

Sebenarnya boleh kata keseluruhan tubuh kita, boleh dermakan untuk orang yang memerlukan. Dari anggota badan yang kat luar macam kaki, tangan, kulit and etc sehinggalah yang bahagian dalam yang merangkumi jantung, hati, buah pinggang and etc.

Pernah tak tengok orang OKU. Especially yang kudung tak der kaki tangan or buta or bisu. Kesian kan. Macam mana la derang harungi hidup. N yang serba lengkap ni pun dah macam-macam peel.

Bila dengar orang nyanyi terus rasa iri hati sebab suara orang tu sedap. Walhal kalau takder suara (bisu) lagi susah.

Bila tengok pelakon yang cute jer cam Rita Rudaini terus rasa down sebab kalu dapat muka cute macam tu musti Aaron aziz angkat.. Ngeh ngeh.. Walhal ada orang lain yang lahir tak sempurna. Kalau setakat cantik takkan ke mana kan. Tapi masih rasa tak sedar diri..

Urmmm So mulai dari sekarang kenalah belajar untuk bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah :D. Sesungguhnya semua makhluk ciptaan-Nya sangat indah.

** N tak berapa nak faham berkenaan hukum derma organ sebab ada website yang cakap ianya haram dan lain-lain ada cakap sunat or harus. Kelirulah..

Sunday, January 6, 2013

Saturday, January 5, 2013

Penangan Blog Fatin Liyana

Rasa nak sambung la short entry kelmarin pasal blogwalking. Sebenarnya, kelmarin N ada blogwalking beberapa blog dan baca update dari blog Fatin Liyana. Dah agak lama tak buka blog dia nih, dulu-dulu ada juga buka.


Dan N buka kelmarin pun sebab ada budak ofis ni sibuk la cakap yang dia ada buka blog Fatin Liyana sampai 4 jam lamanya. Hahhh tak tau la apa yang dia jampi kat si fatin tu takpun apa la yang si fatin ni jampi kat readers dia yer.. Hebat betul la penangan si fatin yang comel tu <<< see see.. sebab dia comel la, member tu ngadap jer blog dia.. Kalau orang yang tak berapa nak comel macam N ni saper la nak pandang kan..

Tapi memang la tak nafikan yang N dulu pun, berejam-rejam la juga ngadap blog si Fatin ni.. Hehee.. Pandai la dia bergaya and life dia sangat seronok. Semua cerita dia memang menarik. N ni bukan la kategori die hard fan, tapi saja-saja la nak cuci mata. Dia pun selalu travel, suka tengok gambar-gambar dia kat negara orang lain and dia punya life style.

Tapi bukan blog fatin jer, blog orang lain pun suka juga. Cam blog Yuyu Zulaikha, update terbaru dia sekarang ni pasal pertunangan dan dia dalam Cover page untuk majalah Dara. Hebat sungguh la budak ni, dah la genit, comel lak tu. Rasa nak lempang-lempang pula pipi dia tu.. Pastu nak timang dia tinggi-tinggi hehehe geramm sungguh la..

Lagi satu blog pula, blog si Lyssa Faizureen, blog dia ni macam-macam tutorial dan juga tips ada. Blogger ni macam genit ala ala si budak yuyu tu, tapi real size tak berapa nak pasti pula.

Anyway, sekarang ni bukan kata nak blogwalking, nak update pun susah.. Huhuhuuu.. Tapi memandangkan N dah berazam, so N akan pastikan setiap hari ada entry. :P

Friday, January 4, 2013

Online Game Diner City

Suka main games tak?? N sukalah sangat-sangat. Bley kata hantu game la. Tapi N suka strategy and online game. Salah satu game yang N suka ialah Diner City (www.silvergames.com).


Sebelum main player diberi 2 pilihan, samada nak jadi owner kedai sushi or kedai western. Once dah pilih, player akan diberikan sejumlah modal untuk memulakan perniagaan.Modal dia tak banyak pun dan cukup untuk beli satu barang. 

Then bila dah running kedai, baru lah income masuk. Setiap level ada beberapa hari yang akan diperuntukkan. Player akan dapat ke level seterusnya sekiranya player tu dapat peratusan yang lebih banyak dari pesaing. 

So untuk dapat peratus yang tinggi, tiap kali income masuk, player boleh la beli equipment untuk menjana lagi income. Setiap equipment mempunyai fungsi yang berbeza tak kira la samada dari segi penambahan pax ataupun income per entry.

Banyak lagi games yang besh dari site ni. Kalau nak main masuk la www.silvergames.com. Ada lagi game lain yang N main kat site ni, nanti N buat review lagi yer :D

Happy gaming everyones.. Esok cuti bley la main games. Wink wink

Thursday, January 3, 2013

Suatu ketika dulu..

Dah lamanya N tak Blogwalking. Dulu bila ada masa mesti buka blog-blog lain. Then bagi komen seketul dua, walaupun N tahu yang blogger tu memang takkan reply balik pun komen N tu. Almaklumlah, kalau dah sampai ratusan komen memang tak dapat la blogger tu nak layan semua kan. Sian la dia..

Tapi yang N tak fahamnya ada juga orang lain yang marah bila komen derang tak dilayan or blogger tu tak lawat balik blog derang.. Heeheee.. Bila pikir-pikir, kelakar juga dunia blogging ni :D..

Macam biasa hari ni pun short entry since N berhempas pulas bekerja seharian, tak cukup masa macam selalu.. Hopefuly enrty N esok lagi panjang :D Daaaa..

Wednesday, January 2, 2013

Hari baru di tahun baru..

Seronok tak sekarang ni dah tahun 2013. Pejam celik cepat jer masa berlalu. Sebenarnya nak cerita pasal azam hari ni, tapi dah nak habis waktu kerja baru teringat yang sebenarnya salah satu azam N tahun 2013 ni nak update blog setiap hari.. 


Tapi N dah terlupa. So buka la jap blog sebelum balik rumah, tapi tak dapat la cerita pasal azam sebab dah takder masa, tomorrow i think kalau berkesempatan :D

Happy Day everyone..

Tuesday, January 1, 2013

WELCOME 2013


Selamat datang 2013..

Cepat jer masa berlalu.. Semalam 2012, hari ni dah 2013. Makin lama N dapat rasakan yang N ni dah makin tua. Bila tengok cermin jer, dah nampak cam kedut-kedut sikit sebab usia makin meningkat malas jaga muka.

Dan sedikit sebanyak N rasa agak terkilan sebab banyak benda yang N nak buat belum lagi terlaksana. Banyak sangat komitmen dan halangan yang berada di tengah perjalanan. Kalau boleh tepis guna pemukul lalat kan bagus.

Kadang-kadang tu rasa macam nak menangis. Rasa macam ragu-ragu jer dengan keupayaan diri sendiri.

Tapi N berharap yang tahun 2013 akan menyinari hidup N sekeluarga. blink.. blink..