About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, May 27, 2013

Makan-makan at Restaurant Kelab Shah Alam Selangor


Sempena Mother's Day last 2 weeks N, family and Mak teh family serbu makan kat Kelab Shah Alam Selangor.

siap ada satay 2 cucuk

Ini nasi goreng kampung yang N order. Ada telur mata kerbau + papadom pet + hirisan timun tomato + satey ayam 2 cucuk

makan kat kelab shah alam selangor seksyen 13

Pakteh nya order kuew teow hainan tak silap..

memang layan habis

Fish and chip papanya. Memang marvelous la rasa.. Jilat sampai siku ni

dengan kuah black pepper


Lamb chop maktehnya order. Tak tau apa rasa sebab N tak suka kambing..

N dan keluarga

Dari kiri makteh, kakak and daughter, mama, papa

dessert

makteh order dessert caramel ice cream.. uishh sedapp.

belayar ke dunia ais krim

Yang ni tukang bayar punya. Dia request chocolate jer.. Perut dah kenyang  memang layan habis banana boat ni.. Bila masuk jer satu scoop ais kerim ni dalam mulut rasa macam dibawa belayar..

Layarkan ku ke alam ais kerimmmm.. Yayyyy!!

Makan-makan at Restaurant Kelab Shah Alam Selanngor, Seksyen 13. Terletak kat atas bukit sebelah Tesco Shah Alam..

Sunday, May 26, 2013

Makan at Foodtree OWG

14 May 2013

Happy Anniversary Dear Husband!!

Seminggu sudah berlalu. It's our second year of anniversary as husband and wife. Perlulah rasa bangga dan bersyukur kerana hubungan kita dapat kekal sehingga sekarang.

Alam perkahwinan ni memang banyak cabaran dan dugaan especially pada awal perkahwinan.
Okay tak perlu celoteh panjang la yer. Memandangkan kami sibuk dengan kerja masing2 of course la takder masa nak keluar celebrate bagai kan. 

So husband suruh singgah sekejap Foodtree, makan-makan dan spend masa berdua-duaan sebelum balik ngadap sorang budak kecik yang comel kat rumah tu.

Tapi since ada anak ni, pergi ke mana saja musti bawa anak. Tengah makan pun tetiba N feel guilty. Teringat kat anak yang tengah tunggu kepulangan N.

Ishh terceloteh pula.. Okay kita berbalik pada kisah makanan yang N nak cite ni. Malam tu N order Nasi Goreng Nanas. Dalam Nasi goreng ni ada udang yer. Harga dalam RM9.00 ke bawah. Tak ingat harganya. Rasanya sedap.. nyum nyum


Husband order nasi goreng kampung. Tak sempat nak tangkap gambar tapi rasanya memang sedap.




Ini pula durian crepe.. Rasa agak kurang sebab krim jer yang banyak dari isi durian.


Honey Green Tea ni N request. Asalnya Green Tea sahaja tapi N suh dia tambah Honey.


Dessert Ice Mango Sagu favourite husband tercinta. Memang selalu sangat order mende ni. Dalam tu ada ais yang dikisar halus + nata de coco + sagu + kordial. N rasa biasa-biasa jer sebab rasa kordial tu tak memenuhi selera N :D

Kalau nak pergi Food tree ni terletak dalam bangunan Only World Group, Glenmary Shah Alam. Sederet dengan bangunan Peogeot or Mazda. Ataupun masuk wesite derang ni OWG

Kat sana pun ada mainan untuk budak-budak, masuk entry ni yer untuk tengok.

Saturday, May 25, 2013

Birthday Gift untuk budak-budak

Pencil case for birthday gifts from Hinode RM5 shop

Last Saturday N attend birtday party budak yang mak mertua jaga. Ada dua beradik disambut sekali. Masa Mak bagitau hari sebelum tu N tak dengar. So pada hari kejadian kelam kabut lah N g carik hadiah. Takkan la nak pergi tangan kosong kan.

So, sebelum amik husband kat tempat kerja dia so N, anak dan adik ipar merangkap stroller bergerak anak pergi la ke Carrefour Aeon. Ingat nak beli set alat tulis yang N rasa memang sesuai untuk budak2. Harga RM5 jer setiap set. Dulu ada juga datang beli untuk anak buah, sebab tu la target bende yang sama jer.

Sekali masa dah sampai set tu dah takder. Rasanya masa N beli tu waktu derang nak buat clearance. Sebab tu la murah dan ramai yang beli. 

Bengang pula rasa bila tak dengar makmertua ada cakap pasal birthday party tu sebab kalau tau sehari awal boleh la N pergi beli hadiah derang kat Kaison Paradigm. Macam-macam ada dan semua pun comel-comel dengan harga yang sangat berpatutan.

Tapi bila dah last minute ni.. Aduhh.. penin dah N tak tau nak beli apa. Tengok barang2 lain memang nampak menarik tapi agak mahal pula memandangkan N pun tengah berbudget. 

So, tanpa buang masa N singgah la Hinode Shop yang ada kat sana. Memang besh dan macam2 boleh amik tapi yang tak beshnya ada barang yang lebih dari RM5.

Kata terkenal dengan satu barang RM5, ala-ala macam Daiso lah. Tapi bila tengok tag harga cecah sampai belas-belas. Huhu.. Last-last N amik dua oblong pouch or pencil case comel untuk birthday girl and boy.

Cute monkey brown pouch for handsome birthday boy and another cute bunny pink pouch for sweet birthday girl.

Berapa banyak yang N habiskan untuk kedua-dua hadiah ni:

Monkey pouch = RM5
Bunny pouch = RM5
Couple key chain = RM5
Wrapper = RM1.20
Total = RM16.20

N beli couple key chain untuk letak kat zip pouch tu. Wrapper pula beli sekeping dan potong dua. Pouch tu pun kecik jaa. Lebihan wrapper buat birthday card tempek kat pouch yang dah dibalut.

Friday, May 24, 2013

Bento at Restaurant Kelab Shah Alam Selangor

Dah bosan tak tau nak makan kat mana. Apa kata cuba makan di restaurant kelab shah alam selangor seksyen 13. Macam-macam ada termasuklah buffet, set dan juga ala carte.

Baby sibuk baca menu


Sibuk budak kecik ni nak tengok menu. Macam paham jer dia baca..

macam kat rumah sendiri jer

Penat mentelaah menu sampai pengsan. Haaa seronok la dia boleh bantai landing atas sofa. Memang saja nak duk kat sofa untuk kawal budak kecik ni.

restaurant kelab shah alam selangor

Okay, masa pergi tu N order Bento Chinese Set. Harga RM 15.00 termasuk air syrup :D

makan di restaurant kelab shah alam selangor

Dalam set tu ada:

nasi putih + fillet ikan masam manis + shitakee goreng + ayam goreng + brocolli + tembikai + air syrup

Rasa memang terbaik dan sedap. Memang berbaloi dengan harga yang dibayar. Kalau datang lagi nak try set malay pula. Tapi untuk set bento lunch hanya offered pada hari isnin, rabu dan jumaat kalau tak silap

Siapa nak cuba bolehlah kunjung ke restaurant kelab shah alam selangor. Restaurant tu ada kat atas bukit sebelah Tesco Besar Shah Alam, Seksyen 13.

For more information masuk la site ni http://www.kelabshahalam.com/

Thursday, May 23, 2013

Breakfast Nasi Berlauk Lori Kelana Jaya

Khas untuk tantapan umum di awal pagi :D


See.. sedapkan

Ini ialah nasi berlauk yang dijual dari lori. Dalam set hidangan nasi berlauk ni ada:

ayam + nasi putih + sambal hijau + timun + kuah

N baru lepas makan nasi ni. Dah kenyang tapi bila tengok gambar kecur liur especially bila tengok sambal cili hijau tu.. Ushh ngancam.

Itu baru sambal belum lagi bab kuah, bila dah sebati dengan nasi memang layan habis. Pastu ditambah pula dengan seketul ayam yang boleh dipilih mengikut selera. Selalunya N amik bahagian dada. Besar sikit dan harga pun sama jer tak kira besar or kecik.

Dan tak lupa juga ianya diserikan dengan hirisan timun.. Dah agak lama N tak makan nasi ni, lebih kurang sebulan juga la. Selalunya kalau N makan nasi ni sure N akan makan lunch lewat sebab portion untuk nasi berlauk ni sangat banyak. 

Memang tak kedekut makcik and pakcik yang jual ni. Mungkin inilah rahsia kejayaan bisness derang. Setiap kali N pergi beli musti kena beratur, orang datang silih berganti. Tak pernah kosong pun.

N memang suka beli dan makan nasi makcik ni sebab harganya berpatutan dan sedap. Nak tau berapa?? 

RM 4.00 jer

So, sesaper yang kecur liur bolehlah bagun pagi dan beli. Makcik ni jual dari lori depan flat dan berhadapan dataran glomac kelana jaya, PJ.

Daa selamat menjamu mata..

Wednesday, May 22, 2013

Jom ganti puasa

48 days to go..

Dah ganti puasa girls??
Berapa hari lagi?


Last kinder bueno yang ada dalam simpanan dan N dah bagi kat oficemate yang tengah puasa sekarang ni. Saja nak bagi sebagai pembakar semangat untuk berpuasa. Dia kena ganti banyak hari sebab masa dia bersalin tu dalam bulan ramadhan.

N jer yang tak mula lagi. :P. Aduh susahnya. Satu dugaan dan cabaran buat N. Kan besh kalau boleh pas kat orang lain tolong gantikan. huhu. Malas betul rasa macam nak kena babab jer. Nanti bila dah nak masuk Ramadhan baru terhegeh-hegeh nak ganti. Selalu sangat macam tu, ish menci menci..

Bila cakap pasal Ramadhan ni teringat pula Ramadhan tahun 2011, masa tu N tengah pregnant. Baru 2 or 3 bulan masa tu. Memang pada awal pregnancy, kesihatan N agak kurang. So Ramadhan tahun tu N cuma dapat bertahan selama setengah bulan. Lagi setengah bulan tu kira puasa separuh hari la.. kira oklah kan dari tak puasa langsung.. hehe

Husband ada cakap puasa dulu, pastu kalau rasa tak boleh tahan baru buka. Tapi N ikut nasihat husband tercinta tu selama setengah bulan jer. So start hari yang ke 16, N dah macam buat-buat lupa.. Ish ish.. Tak baik tul N ni kan, jangan ikut perangai comel N ni kay..

Sebenarnya N tak lupa, tapi bila N berpuasa, dalam jam 2 or 3 N dah mula rasa tak senang, kepala dan badan rasa berat. Nak melepek jer kat surau. Tak boleh dah nak wat kerja. Tapi nak buka puasa rasa macam sayang sebab tinggal lagi berapa jam.

Oleh kerana N tak nak jadi apa-apa pada diri dan juga baby dalam perut, so setengah bulan berikutnya puasa half day :D. Menjelang tengah hari jer N merayap carik mamam.. hehe.. Nasib baik masa tu ada juga  sorang oficemate yang tengah pregnant dan mabuk dia lagi teruk dari N. Kesian dia, berapa hari jer dia dapat puasa Ramadhan.

Serius la N cakap bila tak dapat puasa bulan ramadhan memang tak rasa nikmat sangat. Berpuasa ramai-ramai di bulan ramadhan memang syiokk..

So sebelum meraikan Ramdhan tahun lepas terpaksa la N ganti puasa selama setengah bulan.. diulang semula setengan bulan aje kay.. huhu nasib baik sempat ganti...

Itu cerita tahun lepas.. Cerita tahun ni.. Seminggu lagi kene ganti.. Bilaaa?? Erkk

Monday, May 20, 2013

Berjimat dengan KFC

Siapa kata makan fast food boleh bazirkan duit? Haa Bagi N, kalau teringin nak makan fast food kenalah belanja berpada-pada dan jangan ikutkan sangat nafsu makan yang mentekedarah tu..

Okay, N ada beberapa tips berjimat dengan fast food KFC:

Tip 1:
Seelok-eloknya kalau nak beli fast food belilah masa promo meal, contohnya Lunch express meal. Harganya jauh lebih murah dari harga asal. Serius N tak tipu, kalau tak caya cuba pergi bandingkan harga.

Tip 2:
Beli jangan ikut nafsu. Eloklah kita amalkan berhenti makan sebelum kenyang.

Tip 3:
Kalau nak beli juga ikut nafsu, apa kata beli dahulu satu set. Kalau rasa tak kenyang juga walaupun dah minum habis air barulah beli satu set yang lain. N ni kuat juga makan dan kadang-kadang rasa tak cukup tapi bila dah habis minum air surenya N akan kenyang mengular.. Ngeh ngeh

Tip 4:
Belilah set yang paling murah. N selalu beli yang kedua murah iaitu Colonel Burger set. Nampak kecik tapi boleh kenyang tau. Takpun kalau nak set lain boleh jer tapi kene berpada-pada. Janganlah kerap sangat, sebab kita kena makan tengok duit yang ada dalam poket bukan ikut selera :P

Tip 6:
Okay, last sekali tip untuk selera dinosour. Sebelum makan minum air banyak2 dan selepas makan pun sama. Memang boleh kenyang sebab dah kembung air. Takpun sebelum beli KFC makan makanan sampingan yang lain contohnya maggi :D.. Silap hari bulan dah makan maggi terus jer rasa kenyang. Pastu tak payah beli KFC dah dan boleh jimat terus.. hehe

Okay, ni ada beberapa snap Colonel Burger set yang N beli. N jalankan Food photography sikit supaya ianya lagi nampak menyelerakan..


Colonel Burger Set RM 6.30 include tax and government charge.. Set include Colonel Burger + Soft drink + Cheesy Wedges.

See murah kan. Kalau beli nasi campur pun dalam RM5 ++ tak termasuk air bagai.


COLONEL BURGER


CHEESY WEDGES


Monday, May 13, 2013

Breakfast today..

Sweet kek batik dessert and delishess cekadak maggi for breakfast..


Noooo no to mee segera.. urm since my oficemate farisyah bersalin dah takder sape yang nak seret N carik breakfast.

Oleh kerana ini jer stok makanan yang ada so bedal jer dan ianya dibuat dalam cup soup campbells yang dapat memuatkan separuh sahaja. Menda tak elok ni tak leh makan kuantiti yang banyak sebab sok nak makan menda yang sama juga.. erk :P

So bila orang lain tengok diaorang ingat N makan soup.. Semua orang dah tertipu dengan N, ngeh ngeh..

Lunch makan nasi + tohu lembut + daging masak hitam + sup sayur + sayur

Trend kedut-kedut menjadi pilihan

Ngehhh.. hehehee. 
Yurp pilihan no satu. Memang dah jadi kelaziman untuk rasa malas nak iron baju di awal pagi yang hening.. Lagi-lagi pula hari isnin kan. Oleh kerana uniform husband, N dah gosok sabtu lepas so memang tak rasa rajin nak gosok baju sendiri.

Apa yang N pegang sekarang ni ialah:
Baju sendiri kedut-kedut takper asalkan
Baju laki (husband) cantik dan kemas digosok

Hehehe.. Dasar pemalas :D.
Anyway, N tak kisah sangat pakai baju kedut (asalkan tak terlampau) sebab budak cute macam N ni pakai apa pun tetap cute. Still ada lagi yang terkejar-kejar nak minta autograf.. Hahahaaa tipu la kan..

Tapi bila keluar dari kereta N tengok skirt ni mengalami kedutan yang terlampau. So sampai office N terus cucuk collagen untuk hilangkan kedutannya..

Dan thanks to this light and pinksh Pensonic. You are my collagen live saver of the day :D. Tak lupa juga thanks to its' owner amy rosyila romli.

Tara.. wrinkle no more..


Sebelum gosok haruslah tukar sarung kain pelikat dahulu. Siap poloh-poloh kecik sebab tak reti nak buka aircond bilik tu.. Dan siap baru la boleh tenang buat kerja..

Tapi sekarang dah kedut sikit sebab buas sangat duduk bersila atas kerusi :P

Sunday, May 12, 2013

Moh jalan-jalan di Tasik Shah Alam


Cuti-cuti Malaysia (cuti sempena hari mengundi) haruslah keluar bawa si kecik jalan-jalan. Suka la dia. Balik dari KL terus singgah Tasik Shah Alam.




Kat tasik shah alam ni ada kura-kura.. ehh tuntung.. aa agaknya lah. mama bawa bekal roti keras kat derang. Bila campak jer roti bukan tuntung jer yang datang, siap ikan-ikan kecik pun ada. Kalau dulu-dulu selalu juga datang bawa roti campak kat ikan-ikan. Seronoknya je tengok depa ni makan.

Asy pun suka :D


Ada pernah sekali tu masa N pergi, ada orang tengah buat wedding shooting. Kat tengah-tengah tu diaorang duduk. Musti cantik gambar tu sebab background dah sedia cantik.


Kolam ni ada air pancut, tapi masa N pergi takder pula derang pasang air pancut.


Dah bagi makan ikan dan tuntung terus pergi padang belakang bluewave. Papa cakap nak main kereta ngan Aqil. Tapi last-last tak pun sebab antena problem.. huhu


Okay last picture taken on the stage :D. Muka Asy macam letih padahal Mama yang macam tercungap-cungap duk kendong dia. Rasa macam tak cukup oksigen nak nafas.. fuhhh

Saturday, May 11, 2013

Marigold Low Fat Yogurt Mixed Fruits with calcium


With calcium tu yang penting. Memandangkan gigi ni banyak dah rapuh, ngeeee. So terpaksa cari inisiatif untuk tambahkan kandungan calcium dalam tulang temulang dan gigi N.

Masa amik yogurt ni memang rasa berbelah bagi sebab tak tahu yogurt mana yang manis. Asal amik jer mesti masam. Memang tak bernasib baik. Tapi masa rasa marigold ni memang urmmm

YUMMY..

Haa.. at last dapat juga yang manis. Rasa memang puas hati sebab tak masam sangat dan dalam yogurt ni ada ketulan buah. Ada buah betik, nanas, rambutan dan juga kelapa laut.. Nyum nyum


Warna yogurt ni natural cream.. Macam kena beli lagi ni :D, tapi macam nak try air Marygold Chocolate sebab semalam dah terliur-liur depan open chiller kat Giant tu..

Siap leleh-leleh air liur, nasib baik ada sorang makcik tolong lapkan.. Urmm...okay okay, seriusly N tipu yang ni :D. Kritikal sangat kalau dah tahap macam tu.. ngenggg

Friday, May 10, 2013

Lunch at Buna Restaurant, KJ

Buna Restaurant

Buna restaurant ni adalah restaurant ala-ala Thai. Terletak kat dalam Kelana Mall, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor. N lunch bersama ngan dua orang oficemate, Amy dan Adik. Sebelum sampai lagi masing-masing dah pikir nak makan apa.


cik amy sorang ni order ayam masak selasih + nasi putih + air suam = RM 10.++


adik comel pula order mihun ladna + air suam = RM 10 or less (tak dengar masa cashier sebut harga)


N order tomyam ayam merah + nasi putih + air suam = RM 9.85

Sebenarnya Tomyam merah ni memang favourite N dan Amy. Salah seorang dari kami mesti order tomyam. Yang paling besh semua order lain-lain, so dapat la rasa semua makanan cumanya ladna tadi macam lupa lak nak rasa.. rugi-rugi.. tsk tsk

Price kat sini memang harga standard. Tinggi sikit la dari restaurant biasa yang lain. Portionnya memang sesuai dengan harga yang dibayar. Setakat ni N order tomyam sedap tapi nasi goreng dia ada yang okay dan ada yang tak berapa nak ikut selera N.. 

Ambience and atmosphere okay. Cantik, bersih dan sedap mata memandang :D Tak rugi kalau nak cuba makan kat sana.. Ayuhh

Nasi Putih Sambal Telur



Macam seronok jer bawa bekal g tempat kerja cam orang lain..



Nasi putih plus sambal telur. Ni adalah lebihan makanan malam tadi. Nasi semua N amik, sambal pun sama. Memang ngam-ngam jer portion untuk sorang makan. Bahagia betul sebab ni bukan N yang masak. Makmertua yang masak dan dah jadi lauk faberet N


Nasi banyak tapi lauk sikit, takperlah sebab cili yang mak guna memang pedas. Semalam makan pun duk soksek soksek



Sebenarnya portion yang N bedal ni banyak. So makan separuh jer dan N full.. Maybe leh sambung lunch jap lagi la




Dan N berterima kasih kepada oficemate, Marisham Marjan untuk bekas nasi ni. Haritu bawa balik dan terus buat hak sendiri, ngeng ngeng..

Wednesday, May 8, 2013

Pagi bersama Campbell's


Yokk kita pekena Campbell's soup di pagi hari... SLURPPP

V
V
V
v
v



opsss.. Cup jer campbells yer. Selalunya breakfast campbells soup tapi memandangkan campbells soup instant dah habis so terpaksa ganti dengan mee segere Maggi. huhu..

Tiap-tiap pagi duk ngadap campbells soup.. Uiii lazattttttttttt.. sedut sampai titisan terakhir.. Rindu, nyum nyum

 Kalau bosan siap tambah mee maggi dalam soup tu sebab perencah mee segera ni tak berapa nak berkenan di hati :P . Memang layanlah zass..


Me.. bley jadi duta Maggi Campbells nih.. *perasan sorang-sorang sambil kibas-kibas rambut

Itu baru sarapan, so untuk lunch N santap Nasi Ayam.. Gambar?? urmm takder. Dek kerna kegolojahan yang tahap melampau, N tak sempat nak snap. *buat muka dungu dan rasa tak bersalah langsung

Nak kena isi minyak?? Ep1

Masuk jer kereta pagi tadi tengok minyak ada lagi 2 bar, so sempat la isi kat KJ nanti. Tapi sampai kat Seksyen 15 bley plak minyak tinggal 1 bar and blinking. 

Aduh, sempat ker. Urm macam keterpaksaan untuk berhenti kat Petronas isi minyak.. Pergi bayar kat kaunter RM 20 jer sebab cik husband sengaja lupa bagi duit minyak. cehh. sampai hati dia.

Dan dengan confidentnya N angkat minyak kaler hijau, 97 tu lar.. Sekali tak keluar pun.. ngeng betul.. Dalam kemalasan pergi balik kat kaunter bagitau minyak tak mau keluar. 

Pastu orang tu cakap dah ok. N pun patah balik ke kereta dan cuba lagi. Memang kuang ajar betul la minyak tu, sengaja nak malu-malu kucing dengan N.

Pastu pergi balik kat kaunter dan cashier tu cakap angkat yang kaler kuning tu. Pastu N cakap nak yang kaler hijau. Serius confident masa tu. Then dia macam "Ooo" dan setkan balik. Sebelum sempat sampai kat kereta N pun patah balik.. Berapa kali dah patah balik, huhu. N macam konpius.. Ehhh yang mana satu yang murah ekk?? Jeng jeng jeng..


N tanya "Encik, mana yang murah ekk". 

Cashier tu cakap "95 2++ , 97 1++". 

Dan dengan kesengalan N tanya lagi, "so mana yang murah?".. 

Ni jawapan terakhir dia "Yang kuning 97"

Dan paling besh cashier tu skit pun tak marah dengan N. Cumanya musti dalam hati dia cakap "kenapa la dungu sangat budak ni, tentulah yang 97 murah, aku dah bagitau harga pun tak paham lagi"..

Haha memang bila dah kelam kabut N macam tak leh nak differentiate kan nombor2 yang dia terangkan tu.. huhu

Pastu terus la N angkat kaler kuning tu.. malunyeee.. Tulah dulu sebelum kawen mmg isi minyak sendiri, tapi pas kawen lupa terus minyak mana nak guna. Nasib baik la N buat muka tembok tanya, kalau guna 95 tadi mmg berapa bar jer naik.

Moral of the story tanyalah kalau tak tahu.. :D.. Tapi jangan jadi dungu macam N ni ok.. Sadis jer pepagi buta dah berdrama dungu kat Petrol Station Petronas.