Pages

Wednesday, January 29, 2014

Sakit kulit ekzema / eczema

budak-budak kecil

Asyraf bercanda ria dengan kak aina dia depan TV. Memberi tumpuan yang penuh, macam faham je.

sakit ekzema

Budak yang mertua jaga ni comel tapi asyik tergaru-garu je.

Mertua cakap masa mengandung umi dia asma teruk dan selalu amik ubat. So, kesan pengambilan ubat tu membuatkan budak ni dapat sakit kulit ekzema / eczema.

Apa itu ekzema ataupun eczema??

N google kejap dan jumpa banyak tempat yang cerita pasal sakit kukit ekzema / eczema ni. Penyakit ni sangat popular rupanya.

So, N pilih satu site je la. Menurut Kotak Vitamin ni ekzema / eczema adalah penyakit kulit yang biasa dialami oleh bayi dan boleh berterusan sehingga dewasa.

Punca sakit kulit ekzema / eczema pula disebabkan oleh banyak faktor iaitu sejarah penyakit ahli keluarga, pemakanan, bahan-bahan iritasi dan juga alahan.

Kesian N tengok dia, tergaru sini tergaru sana. Kaki, badan, leher dan paling kerap kepala.

Satu hari tu mertua kesian tengok dia asyik tergaru-garu, pastu mertua pun gosok badan dan kepala dia guna sabun buku Dettol.

Lepas tu boleh nampak la yang dia kurang garu-garu. Then mertua suruh umi dia beli dettol cecair. Sekali je, lepas tu beli baby bath yang lain. Aduh, mana la larat mertua nak gosok guna sabun buku Dettol tu.

 So, sekarang bila guna baby bath dia kembali menggaru. ish ish.. Lepas tu umi dia beli satu baby bath yang memang khas untuk gatal-gatal. Alhamdulillah, kurang dah garu.

Asyraf nangis ngada-ngada

So, kepada mommy2 dan daddy2 kat luar sana tolonglah allert dengan apa-apa perkara yang diberitahu oleh pengasuh anak you all. Kalau mereka berbunyi maksudnya ianya penting untuk anak you all :D

Nak edit gambar bersama N. Jom jenguk-jenguk Photoscape

1 comment:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D