Pages

Monday, February 17, 2014

How to control active baby?

Macam mana ye agaknya nak kawal anak yang berada di tahap nak membuas.

Ada dua jenis baby yang kita dapat tengok di sekitar kita.

Baby yang duduk senyap dan baby yang tak reti nak duduk senyap.

Asal pergi mana-mana baik di rumah mahupun luar rumah ada je kerja yang diaorang ni nak buat.

Asyraf suka pergi kendiri

Kalau dalam rumah siap panjat grill pintu mahupun meja makan. Dan kalau keluar pula mereka ni sangat berani untuk berjalan jauh-jauh dan tak nak pegang.

N memang risau betul kalau jalan-jalan kat shopping mall dan anak merengek-rengek tak nak duduk dalam troli ataupun stroller.

Dia lagi suka berjalan tolak troli takpun susun barang-barang kat rak yang ada.

Ditambah pula dengan berlari-lari jauh dari pandangan N.

Asyraf di majlis kahwin

Kekadang tu perangai mereka ni boleh buat N hilang sabar.

So kat sini N ada beberapa tips yang mungkin boleh diguna pakai:

Sentiasa bawa gula-gula or lolipop untuk melekakan mereka.

Ataupun apa-apa sahaja yang mereka suka makan.

Bawa barang mainan kecik yang boleh muat dalam hand bag mummy.

Takpun ambil sekejap mainan apa yang ada dalam supermarket dan bagi dia main dalam troli.

Kalau pergi kenduri kahwin terus menuju ke candy buffet dan ambil apa yang baby nak

Kalau baby tak nak makan candy or what so ever, bergilirlah makan dengan husband / wife supaya baby dapat dikawal.

Untuk mengelakkan daripada penat, lepaskan aja mereka dan ikut dari belakang. Boleh diguna pakai samada di shopping mall, supermarket mahupun tempat-tempat yang tak sesak.

Dan last inisiatif adalah bagi mereka pakai beg yang ada tali tu. Sure baby tu tak leh lari jauh dan boleh kawal jarak di antara dia dan you all. Tak payah peduli pandangan serong dari orang ramai. Masih ramai orang dalam Malaysia yang tak boleh nak menerima penggunaan tali untuk diikat ke atas anak-anak kecil.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D