Pages

Friday, February 14, 2014

I love you, xoxo - Valentine Day

Rasanya semua orang tahu yang Valentine Day adalah hari untuk berkasih sayang tak kiralah kepada pasangan kekasih ataupun suami isteri.

Tapi ramai yang masih tak tahu apakah maksud Valentine itu sendiri mahupun Sejarah Hari Valentine.

Info yang N tahu tak banyak mana. So N google dan cari jawapannya. Bolehlah klik sini untuk panduan kita bersama. Info yang berguna dari rakan blogger.

Dan lagi satu fatwa telah dikeluarkan yang mengatakan Hari Valentine haram disambut oleh orang Islam kerana terdapat unsur-unsur negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Tapi ada juga fatwa yang mengatakan Hari Valentine tak haram.. Info lagi lanjut baca kat sini.

Pada N perlukah kita nak sambut Hari Valentine yang diadakan setahun sekali.

Kalau yer pun nak sambut ataupun menghargai sesebuah perhubungan tak payah nak tunggu tanggal 14 February.

I love you - Valentine Google
Valentine image by Google

Lebih bagus sekiranya ia disambut hari-hari.

Tapi ramai orang yang tersesat dengan sambutan Hari Valentine ni.

Semua orang sangat excited dan beria-ia nak sambut. Siap dah plan seminggu awal. Berhabis duit beli bunga, coklat, kad dan kemudian diakhiri dengan aktiviti-aktiviti yang tak bermoral dan dicegah.

Dan pada hari esok tak payah la nak terkejut bila keluar dalam surat khabar cerita pasal tangkap basah dan seumpama dengannya.

Memang dah jadi satu isu biasa yang sering terjadi.

So, apa yang N boleh simpulkan di sini, marilah kita berkasih sayang setiap hari dan renung-renungkanlah maksud dan kesan Hari Valentine.

Maaf sekiranya apa yang N tulis mengguris hati mana-mana pihak.. Tolong betulkan apa yang N salah tulis.

Yang buruk datang dari diri N dan yang baik datang dari Allah.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D