Pages

Wednesday, March 12, 2014

Baby Asyraf and his ride

Orang cakap jangan biasakan anak main kereta mainan macam ni. Sebab takut nanti bila terbiasa asyik nak naik je.

Serius nasihat tu memang berguna.

Baby Asy sekarang pantang nampak kereta mainan macam ni.

Dialah yang paling excited, tak sabar-sabar nak turun daripada trolley.

Gaya macam naik Ferrarri

Kadang-kadang bila malas nak layan N letak je dia kat dalam tu. Cakap je yang mainan tu rosak, tapi kalau dah kata baby, memang of course la dia tak paham rosak tu apa...huhu

Sibuk tunjuk-tunjuk beg suh keluarkan duit.

Pandai betul dia. Dia tahu yang kereta mainan tu kena masukkan duit baru boleh gerak.

Selalunya kalau anak orang lain memang pandai bagi nasihat tapi kalau anak sendiri N yang paling excited nak bagi dia naik especially masa pertama kali. Siap ambil video okay.

Tapi N nak ambil perkara macam ni dari segi sudut yang positif.

Masa kecik ni la dia nak merasa, sebab bila dah besar panjang dia boleh canang kat semua orang yang dia dah naik seribu kali... heheh.. kalau dah besar panjang baru nak naik memang orang cakap buang tabiat nanti.

Tiap kali dia naik N mesti ambil gambar untuk kenangan sebab N tak pernah ingat yang N ada naik kereta mainan macam ni masa kecik dulu.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D