Pages

Thursday, March 13, 2014

Bahaya gebang maklumat peribadi dalam blog

N baru baca entry larangan blogger menulis kisah anak dalam blog hasil tulisan Hasrul Hassan.

Ishh.. Macam terasa juga dengan apa yang dia tulis sebab N selalu cerita pasal anak.

Al-maklumlah sejak dah ada anak semua pun pasal anak, situ anak sini anak.. Macam dah takder topik lain pula. hehe

Memanglah terasa excited kalau cerita pasal anak tapi bila baca entry Hasrul Hassan ni dalam masa yang sama memberi ingatan kepada N.

Kekadang tertulis panjang lebar dan details tu yang paling merisaukan.

Tapi apa yang N nak ketengahkan bukan saja pasal anak, kalau boleh butiran diri pun tak perlulah nak gebang satu dunia. Lagi banyak butiran diri dikongsi dalam blog lagi bahayalah keselamatan seseorang itu.

So, lepas ni kalau nak cerita pasal anak dan diri sendiri kenalah berhati-hati dan tidak menulis dengan lebih terperinci untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Lagi pula zaman sekarang ni banyak betul kes culik-culik, rompak-rompak dan sakit hati kan.

Bahaya.. bahaya.. U all yang dah berkeluarga kene hati-hati kay bila menulis :D

1 comment:

  1. memang bahaya N, dan tak faham orang yang suka sangat gebang maklumat peribadi mereka...

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D