Pages

Monday, March 31, 2014

BIG BAD BOX SALE - BIG BAD WOLF SALE

Minggu lepas N pergi Big Bad Box Sale di The Mines dengan officemates. N sangat excited sebab ni pertama kali N nak jejak ke Big Bad Wolf  Sale ni. Sebelum ni dengar-dengar cerita dari kawan je..

Oleh kerana takde perancangan sebelum sampai kat sana, kitaorang siap sesat pergi masuk mall the mines. Pastu bila call member yang dah pernah pergi, kitaorang terpaksa keluar balik dari parking dan pergi ke bangunan lagi dalam. Nasib baiklah dekat.

Sampai je kat floor Big Bad Wolf Sale, masing-masing terpinga-pinga sebab tak tahu kat mana kitaorang berada. Banyak betul buku tapi semuanya buku bahasa cina. Member siap cakap yang kami mungkin tersilap dewan.. huhu

Tapi bila jalan lagi dalam, barulah nampak banner.


Nun jauh tu banner warna merah.. Tapi kali ni special sikit berbanding sebelum ni sebab jualan menggunakan kotak. So nama untuk Sales kali ni pun bertukar kepada Big Bad Box Sales.

Bila dah masuk siap berpecah dengan officemate. Tentukan selama dua jam baru bertemu kembali, tapi masa cepat sangat berlalu sehinggalah N jumpa officemate sorang ni. Dia dah siap letak buku dalam kotak saiz besar tapi tak sampai suku kotak lagi. Tak tahu nak amik apa katanya.

Oleh kerana N tak beli kotak lagi, so N decide untuk kongsi kotak dengan dia. N ambil banyak buku sampai tak larat nak kendong walaupun guna kotak. Dah siap ambil banyak buku barulah officemate susun atur sementara N mencari lagi buku untuk tambah.

Makin lama kotak makin penuh sebab officemate pun dah mula tak keruan tengok buku budak yang comel-comel lagi mahal untuk dihadiahkan kepada anak buah dia.

Kotak kat sana ada dua jenis, member amik yang paling besar sampaikan tak muat. Terpaksa tumpang kotak member yang lagi sorang. Muat la masukkan dua buku kecik.. Tapi kesian pula kat member sorang ni, oleh kerana kebanyakan buku masakan yang dia amik semua buku tebal-tebal lagi besar dia terpaksa sacrifice satu. Memang dah tak muat dah la bila nak seal tu.

Orang tu cakap kotak tu mesti bertemu bila nak seal. Kalau tak bertemu dan ada lubang kene susun balik ataupun buang mana-mana buku.

So, kat bawah ni member punya kotak, berat yang amat sebab banyak kulit tebal.. Kene angkat dua orang sebab kitaorang gamble pergi tak bawa trolley, dah kat last minute punya decision kan.


Dah sampai kat floor parking, N tunggu member pergi amik kereta. Nak jadikan ceritakan member ni datang balik kat N jalan kaki je, Kereta takder... Katanya tak jumpa... Hahaha lawak betul

Memang masa nak turun kat floor Big Bad Box Sale N ada tanya parking kat mana, tapi bila semua dah excited masing-masing lupa nak tengok floor berapa.. Terpaksa angkut balik dan turun lagi satu floor. Dan kali ni nasib baik betul, kalau tak memang boleh kena sakit tulang N.. huhu

Pastu, member yang amik kereta duk dalam kereta senyap-senyap dan N naik balik untuk bawa lagi satu kotak yang N kongsi dengan officemate lagi sorang ni. Ringan sikit kotak kami tu walaupun penuh satu kotak sampai tak muat nak masuk apa-apa dah..

Sambil tercungap-cungap kami masuk kereta. Relak duduk dalam kereta dan balik. Memang tersangatlah puas hati sebab banyak buku yang kami dapat sambar dan masa kami datang orang tak ramai. So tak perlu nak berasak-asak naik lif mahupun pilih buku.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D