Pages

Wednesday, March 26, 2014

MH 370 Bila banyak sangat andaian..

Hi you all.. Semalam masa nak balik dalam kereta encik husband cakap kat Tv takder apa-apa cerita sebab semua station TV cerita pasal MH 370... Kejadian MH 370 ni adalah kes yang sangat besar..

N sangat sedih dengan apa yang berlaku sampaikan sesekali bila dengar radio dan cerita MH 370 ke udara N jadi sangat sebak dan nangis sorang-sorang.. huhu 

Sekarang ni misi mencari kotak hitam. Tapi harapan untuk dapat sangat tipis. N dapat rasakan yang kotak hitam tu sangat mustahil untuk dijumpai berikutan dengan banyak cerita dan andaian dari ramai pihak..

N tak pejam mata, semua pasal MH 370 N baca dan tak amik pusing pasal menda lain. Tak salah kalau nak baca sebab semua orang ada akal  dan boleh pertimbangkan mana betul dan salah. Tapi bila terbaca sesuatu yang boleh masuk dek akal N jadi marah.. Apa dah jadi dengan dunia ni.. Dah takder nilai kemanusiaan ke..

N tak kata ianya benar mahupun salah.. Tapi N kesal sekiranya ianya betul.. N sangat sedih.. Sedih sebab selama ni N percaya dengan apa yang berada di depan mata. Dan N dapat rasakan betapa ceteknya pemikiran N sekarang ni..

Takmo cakap banyak dah, sedih.... marilah kita mendoakan MH 370..

2 comments:

  1. #rememberMH370, memang terlalu banyak sangat andaian N, sampaikan naik pening dah tak tau nak baca or dengar yang mana...

    ReplyDelete
  2. yurp, betul tu.. kita kene kuatkan semangat

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D