Pages

Tuesday, March 25, 2014

MH 370.. Takziah kepada ahli keluarga

Perkara pertama yang N nak ucapkan kepada keluarga krew dan penumpang MH 370 adalah ucapan  Takziah.. N berharap yang semua ahli keluarga dapat terima dengan hati yang redha.

Macam-macam persoalan yang timbul bila dengar PM kita Datuk Seri Najib Razak mengumumkan yang MH 370 terakhir dikesan di Lautan Hindi.. N juga dapat rasakan macam mana beratnya mulut PM kita semasa sedang berucap. Dengan suara yang sayu dan nada yang tertib PM kita cuba juga kawal perasaan supaya semua orang dapat maklumat yang dikehendaki selama ni.

Walaupun maklumat itu mengecewakan ramai pihak terutamanya ahli keluarga sedikit sebanyak ianya dapat menjawab banyak persoalan yang bermain di minda selama ni.

Marilah kita luangkan masa selama lima minit untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada semua penumpang dan krew yang terlibat.. N sangat sedih dengan kejadian MH 370 dan tak dapat bayangkan perasaan ahli keluarga yang terlibat.. 

3 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D