Pages

Wednesday, March 5, 2014

Tips berbelanja - Bijak memilih pasaraya

Perasan tak you all , harga barang di beberapa gedung pasaraya kat Malaysia sekarang dah naik harga.

Kalau perbezaan harga setakat 20-30sen boleh terima lagi tapi kalau beza sampai RM1-RM2. Apa cerita??

Dulu masa bujang N memang suka sangat katalog or promotion watson or guardian dalam surat khabar.

Tapi bila dah kahwin bukan kata watson or guardian, Katalog or promotion Mydin, Tesco, Giant dan Aeon pun N layan.

Selalunya pasaraya-pasaraya ni bersaing harga. Pada hari-hari tertentu mereka akan paparkan promotion kat dalam surat khabar.

Dan pada masa ni lah N akan beli apa yang murah.

Baby Asyraf bawa kereta

Promosi pasaraya:

Tesco - kalau promotion dalam surat khabar selalunya dua ke empat muka surat. N paling suka pergi Tesco tapi kebelakangan ni harga kat Tesco macam dah naik.. Contohnya butter RM5 ++. Tapi kalau kat Mydin RM4++

Giant - Saingan hebat Tesco, boleh tahan juga kalau masa promotion or sales dia. Baru-baru ni keluar dalam surat khabar yang mereka buat sales kurangkan harga sampai 50% diskaun. Dan bila N pergi serius memang ada. N beli heel harga RM39.99 terus jadi RM20. Mana nak jumpa zaman sekarang ni heel harga RM20. Kalau ada pun tak sedap pakai. Banyak lagi pattern yang cantik-cantik tapi bila mengenangkan yang N kena budget so lupakan untuk beli banyak-banyak. Satu dah cukup. Kena tahan nafsu.

Mydin - Jarang keluar promotion dalam surat khabar dan susah nak dapat katalog. Tapi barang-barang yang N selalu beli kat Mydin macam syampoo, sabun, ubat gigi dan biskut kudap-kudap. Barang lain pun ada juga tapi mertua yang beli especially barang dapur. Harga murah berbanding ngan tempat lain.

Aeon - Barang kat sini boleh tahan juga la. Hari special kalau nak shopping kat sini adalah setiap 28 haribulan. Ada 5% diskaun tak silap untuk setiap barang kecuali barang macam rokok, susu dan alcoholic drinks. Tapi dah dua bulan N miss tarikh 28 hb ni. Ada je benda yang menghalang N dari pergi Aeon.

The Checker - Harga barang kat sini lebih kurang sama macam Mydin. Tapi apa yang best kat sini, kita boleh beli in bulk untuk sesetangah barang dan harga yang mereka jual berbaloi-baloi. Kalau nak buat birthday party, bolehlah datang ke sini untuk beli jajan-jajan. The Checker jarang buat promosi dalam surat khabar.

Hero - Harga barang boleh tahan juga mahalnya. Selalu beli kalau tetiba ada sayur pakchoy murah dan juga tepung Blue key (harga tepung sama ngan Giant RM1.35).

The store - Promotion yang N suka setiap kali tengok di dada akhbar ialah baju-baju yang dikurangkan sebanyak 50%-70% diskaun. Tapi N jarang pergi The Store ni.

Tunas Manja dan UO supermarket- Selalu nampak promotion kat surat khabar tapi tak tengok sebab kat Shah Alam takder pasaraya ni.

Krohhh

Buat masa sekarang ni lagi berbaloi kalau shopping kat Mydin sebabnya harganya yang lagi murah.

3 comments:

  1. Ohsem tips..qema selalu g jusco sbb ade membership nnt dpt free voucher!

    ReplyDelete
  2. Tips & infor menari, tq share yer

    ReplyDelete
  3. Qema: free voucher.. beshnya. N selalu ke mydin n tesco. tesco pun dapat juga kupon based on point

    Kesuma: welcome.. dulu tak amik tau tapi sekarang kene amik tau untuk berjimat cermat

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D