Pages

Tuesday, April 8, 2014

Beriadah yang tak perlu keluar duit

Ini adalah salah satu tips beriadah yang tidak memerlukan kos yang tinggi. Keluar kos sekali je, dan lepas tu tengok dan main. Macam mana? Untuk sesiapa yang ada anak kecil yang sudah pandai jalan belikan la kereta untuk diaorang main.

Setakat ni Baby Asy dah ada tiga biji kenderaan.

+ Two in one baby walking aid and ride
+ Two in one skate skuter and ride
+ Jeep

Oleh kerana rumah N ada budak jagaan, jadi salah satu kenderaan yang skuter tu dah patah. Salah siapa pun tak tahu, sebab banyak tangan yang pegang. Baby walking aid elok lagi tapi dah disimpan atas almari. 

Yang tinggal adalah Jeep. Jeep tulah yang dia duk bawa ke hulu ke hilir setiap hari. Materialnya sangat kuat. Jeep tu pemberian hadiah hari jadi dari kakak sekeluarga. Jeep tu tak pernah dibawa keluar so baby asy main dan riadah dalam rumah je.. hehe

Kereta luncur baby asy

Yang kat atas ni Papa beli untuk cucu dia main, Aqil. Sekarang budak tu dah besar panjang ar. Darjah satu. Tapi takper invest kereta macam ni sebab ianya sangat kuat. Boleh jadi mainan turun temurun. Sekarang Aqil dah ada dua orang adik yang main kereta ni. 

Untuk pengetahuan you all kereta ni sangat menarik. Ianya boleh berjalan sendiri dengan memusingkan stereng dan sedikit tolakan kaki. Orang besar pun boleh naik, cumanya tak pasti berat yang boleh ditampung :D

Kereta lori baby amani

Yang kat atas nilah satu-satunya anak buah perempuan. Syok dia main kereta abang dia, ni pun pemberian tokpa juga untuk aqil. Inilah kereta pertama anak buah N, Aqil. Tujuh tahun dah umur kereta ni dan ianya makin uzur. Kalau jaga dengan baik N rasa okay sebabnya dah tujuh tahun pun masih boleh bertahan. Hebat...

Seronokkan tengok diaorang ni beriadah. Keluarkan kos sekali je, pastu boleh guna sampai akhir hayatnya. Baby dua orang ni hanya dibenarkan main kat dalam kawasan garage je sebab pagar ditutup awal-awal. Walau tak keluar mana-mana, diaorang tersangat la happy. Seronok beronok-ronok N :D

2 comments:

  1. betul tu N, kadang2 nak beriadah tak perlu modal yang banyak... tak keluar duit pun boleh...

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D