Pages

Monday, April 21, 2014

Kejap kiri kejap kanan.. Aiseymen brother chill la

Mula-mula usha kereta ni masa kat highway on the way ke office. Pelik tengok sebab rupabentuk sebiji macam MyVI tapi tulis kat belakang kereta Passo. Dan siap ada lambang Toyoto.. Kereta kat bawah ni sebiji la macam kereta yang N usha tu, warna pun sama kelabu.


N ni memang kurang peka sebenarnya dengan brand kerete. Jadi  untuk mengatasi masalah ni N akan cuba ambil tahu serba sedikit bila berada di atas jalan raya pastu bila sampai office google je untuk tahu lagi lanjut. Masa usha tu tak der apa perasaan lagi kat kereta ni. Tapi tak sampai lima minit....................

Aduh kereta Passo JGD kat depan ni. Siap hingat plat number okay. Mana la hala tuju ko yang sebenar?? Kejap-kejap ko pergi kiri, kejap-kejap ko duduk depan aku, pastu tukar kanan, pastu masuk balik depan akuu.....

Apa masalah kereta ni, N memang stress betul bila ada kereta yang suka-suka hati nak tukar lorong. Memang la dia bagi signal tapi perbuatan dia tu buat N rimas. Kalau tukar lorong boleh cepat sampai 10km kat depan okay juga. Ini duk tukar lorong tapi alik-alik duduk depan N balik.

Dan paling geram bila nak cepat sangat terus tukar ke lorong kecemasan pastu bila sampai kat susur keluar nak masuk balik lorong sebelumnya... Haaa lorong sebelumnya tu lorong N la tu.. Cisss menyusahkan. Mengganggu pemandangan N di waktu pagi. Dah la pagi Isnin. Banyak-banyak sabar je la okay

** Sempat toleh kat kereta tu masa nak naik flyover, tengok pemandu cik abang tengah bawa isteri dan anak. Hahhhh pandu dengan cermat la cik abang ekkk. Semoga cepat sampai ke destinasi dengan tabiat tukar lorong anda tapi tak cepat mana. Kalau jalan dah jem, kereta racing pun akan bawa 10km/jam juga. Nasib baik aku ni baik bukan kaki sumpah seranah.

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D