Pages

Saturday, April 19, 2014

Lelaki penyangkut handbag

Lautan api sanggup diredah

Gunung yang tinggi sanggup didaki

Launtan yang luas sanggup direnangi

Handbag mu berat sekilo sanggup ku kepit

Hehehee.... ni bukan pantun okay, sebab bunyinya memang tak kena langsung. Lari sebatu.. Hohhooo. Selalunya perempuan ni kalau tak cakap pasal sales ataupun koleksi handbag memang tak sah. Kalau yang jenis gila mengumpul kekadang tu boleh mencecah berpuluh-puluh biji ada dalam simpanan.


Kalau boleh setiap kali keluar mesti pilih handbag yang sesuai dengan baju takpun event. Tengok artis ni Orlando Bloom kat atas ni bawa hangbag isterinya Miranda Kerr. Relak je..


Orang perempuan ni memang lah suka handbag tapi kekadang tu tak rajin nak bawa. Mana taknya, sekali nak keluar berkilo-kilo beratnya handbag tu. Kalau boleh satu bilik nak sumbat dalam beg. Yang jadi mangsa siapa?? Lelaki juga

sumber

Tu la untung kalau ada teman lelaki takpun suami yang sanggup pegangkan handbeg. Lelaki-lelaki kat luar sana pun jangan la malu-malu nak bawa handbeg girlfriend takpun wife. Kalau boleh relak je.. Takder saper la nak marah.


Selain dari tu kekadang perempuan ni bukannya mengada-ngada takmo bawa sendiri. Orang perempuan ni suka lelaki diaorang bawa handbag sebab keselamatan lagi terjamin.


Bila pencopet tengok orang lelaki yang bawa handbag diaorang mesti fikir 100 kali kalau nak curi. Dah tentu la tenaga orang laki ni kuat kalau nak lawan balik takpun main tarik-tarik dengan pencopet.


Ala la abang-abang ni nampak comel la.. Tengah tahan bola pun sempat nak tayang handbag :D

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D