Pages

Wednesday, April 2, 2014

Ohhh tidak!! Catuan air peringkat ke-empat...

Oh my.. oh myy... Ada catuan peringkat ke-empat dan ianya akan berakhir 30 April 2014. Oh tidak. Last week sejak hujan kerap turun, rumah N dah takder masalah bekalan air. Tapi end of the week iaitu Ahad baru-baru ni air jadi makin kecik. Maksudnya dah kene catu la tu sampai hari isnin. Dah kata dua hari kan. Dan semalam baru ada air balik. Syukur, tetapi ianya hanya akan bertahan sampai esok pagi je okay.

Bila takder air ni, stress pula rasa. Nak buat semua kerja rumah pun susah. Kesian la kat Mertua, nak masak tapi takder air. Nak mandikan budak pun satu hal sebab mertua jaga anak orang.

Catuan air dah masuk sampai peringkat ke-empat, tapi masih takder perubahan. Air di empangan makin berkurang dek cuaca yang panas. Apakah keberkesanan catuan selain melambatkan proses pengaliran air keluar dari empangan??

Bila N cek jadual catuan rupa-rupanya ramai yang tak berpuas hati dengan catuan air ni. Banyak komen ketidak puasan hati. N pun sama cuma N tak komen je kat ruangan komen tu, takmo la nak api-apikan keadaan kan.. N tak marah dicatu cuma yang N marah bila catuan tidak dilakukan ke atas semua tempat yang menggunakan saluran dari empangan yang sama.

Kenapa catuan yang dibuat macam tak adil. Tak semua orang yang kena catuan. Minggu lepas hujan kerap turun tapi jumlah air empangan tak memberangsangkan. Macam mana perkara ni boleh terjadi. Adakah kerana ada kawasan yang masih bermewah-mewah dengan bekalan air. 

Kalau ada macam mana catuan untuk jimatkan air berkesan?? Bila dah tahap kritikal macam ni baru lah nak tambahkan lagi kawsan catuan. Dan orang lama yang kene catu dari peringkat pertama lagilah kesian. Berbulan-bulan lamanya takder air. N masih bersyukur dengan kawasan rumah N, sebab menurut cerita officemate pernah sampai seminggu takder air kat rumah dia, siap kene angkat dari lori air kat bawah apartment. Dan nak jadi cerita dalam masa yang sama lif pula rosak... huhu haru biru

Dengan penambahan kawasan catuan air, N harap bekalan air bersih akan kembali pulih seperti sedia kala.. Dan N juga berharap yang Syabas perlu tambahkan lagi kawasan catuan. Catu je semua tempat yang guna empangan air yang sama. Jangan pilih kasih. Berat sama dijinjing, ringan sama dipikul.. Kalau nak susah, jom kita susah sama-sama.. Jangan tengok aje.. Rasa keperitan tu sama-sama, barulah adil.

CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KE-4

CATUAN BEKALAN AIR PERINGKAT KE-4 DAN LANJUTAN TEMPOH CATUAN DI PERINGKAT PERTAMA DAN KE-3

1 comment:

  1. dua hari ada dua hari takder... dua hari takder tu yang seksa.. kalau takat satu hari je boleh tahan lagi

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D