Pages

Tuesday, April 1, 2014

Shopping Big Bad Box Sale berbaloi-baloi / Jom kita kira

Inilah dua buku yang N rembat masa Big Bad Box Sale baru-baru ni.

Big Bad Box Sale, THE MINES

Buku ni dah tak muat masuk dalam kotak, so N tumpang kotak member. Kalau nak keluarkan sayang sebab buku ni best dan tebal. Cuba tengok harga kat tag buku tu.. RM5 dan RM3. Officemate cakap harga buku yang diaorang jual kat Big Bad Wolf Sale sebelum ni memang murah.

Kalau buku tebal macam ni mana nak dapat harga murah kat kedai. Paling busuk pun RM7-8 untuk saiz sederhana. Kebanyakan buku budak-budak yang N ambil semuanya keluaran luar negara.

Big Bad Box Sale

Ok, oleh kerana N dah pernah pergi Big Bad Box Sale ni walaupun baru first time, ianya pengalaman yang sangat berharga. Selama ni duk harung shopping baju-baju. Tapi kali ni bertukar arah. Buku-buku pula jadi pilihan.

Kesimpulan yang N boleh buat, shopping kali ni dengan Big Bad Box Sale sangat berbaloi-baloi sebab buku-buku ni Baby Asyraf boleh simpan sampai esok besar.

Lepas shopping tu N sempat buat kira-kira sebelum simpan. Kalau ikut harga kat tag putih setiap buku bila dah dicampur semua harganya RM150.00.. Tapi sebelum tu N nak ingatkan yer, post entry sebelum ni N ada bagitau yang N share kotak dengan officemate. Kat Big Bad Box Sale kali ni guna kotak je. Ada dua jenis kotak, dan kami ambil kotak paling besar dengan harga RM100.00.

Bila dah bahagi dua, seorang bayar RM50.00. Masa tengah kira harga, N lupa nak kira jumlah buku. Tapi anggaran buku yang N ambil lebih kurang 25 biji pelbagai saiz ataupun lebih.

Kiraan guna kotak Big Bad Box Sale
RM50.00 / 25 biji buku = RM2.00 per buku

Kiraan tag harga Big Bad Wolf Sale
RM150.00 / 25 biji buku = RM6.00 per buku

Haaa.. kebanyakan buku yang N ambil semuanya tebal-tebal supaya ianya tahan lebih lama. Kat Big Bad Box Sale anggaran sebuah buku boleh dapat dengan harga RM2.00... Tak berbaloi ker??? Mestilah berbaloi-baloi..

Officemate cerita yang dia ada pergi last day of Big Bad Box Sale. Yang paling best dia jumpa satu buku tajuknya Mukjizat Nabi kalau tak silap N. Bukunya tebal, harga RM60.00. Yang tinggal dua biji je, sebab bila dah last day tak banyak dah buku yang ada macam dia pergi first day hari tu. Dua-dua dia rembat..

Alahai.. sayang pula rasanya. Macam manalah N boleh terlepas buku-buku macam tu. Bila dah kelam kabut  dan masa terhad memang tak sempat nak tengok, walaupun masa N pergi tu officemate cakap dah tak banyak buku tapi bagi N buku masih banyak kat depan mata sampai tak keruan nak pilih.

Tapi mujurlah N sempat ambil buku masakan untuk mertua yang suka masak tu. Buku mancing untuk asben tak jumpa langsung sebab tawaf sekali imbas dek kerana tak cukup masa :P

2 comments:

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D