Pages

Tuesday, April 29, 2014

When blogger be too political in public...

Sebelum N kupas isu ni, N nak minta maaf dulu ye kalau ada antara you all yang termasuk dalam golongan ni. Takder niat nak menempelak mahupun menyalahkan mana-mana pihak. N cuma luahkan apa yang N rasa.

Okay, sebenarnya ceritanya macam ni. N baru je melawat satu blog dan pada pemerhatian N, N tak gemar langsung semua isi kandungan termasuklah tajuk blog yang dipaparkan di banner blog. Itupun sesudah N tengok keseluruhan blog. N bukan yang jenis nak serkap jarang, tuduh melulu-lulu macam blog yang N masuk ni.

Yang paling memalukan bila tuan empunya blog ni merupakan seorang perempuan. Perempuan sepatutnya bersifat lemah lembut dan menjaga tutur kata tapi tidak blogger ni. Siap letak FB dia dan nama penuh lagi.. Memalukan. Di bahagian tajuk blog pun bahasa yang digunakan agak kasar dan sangat tak sesuai untuk tatapan umum. Adakah blogger ini lupa yang blog merupakan salah satu media maklumat yang boleh dibaca oleh semua orang.

Pembaca pun terdiri daripada pelbagai lapisan umur. Kalau pun orang besar dan tua bangka pun boleh terpengaruh dengan isu-isu politik yang menjurus kepada perkara negatif, apatah lagi anak-anak muda remaja yang masih cetek ilmu dan senang terpengaruh. N paling tak suka dengan segala isu yang dia paparkan. Memang blogger ni mengikuti isu semasa tapi kebanyakannya bersifat negatif.

Itu tak betul.. Ini tak betul.. Macamlah dia betul sangat. Pandai-pandai je buat rumusan sendiri. Kutuk mengutuk sebab politik sampai tak ingat yang dunia tengah tengok perbuatan dia. Bermoral la sangat. Buat malu je, dah la orang melayu sendiri yang cakap macam tu.

Pandai pula dia bangkit-bangkitkan isu-isu semasa sampaikan pembaca pun jadi terlebih bersemangat dan menghamburkan komen-komen yang berbahasa kesat dan tak elok dibaca tatapan umum. Segala macam jenis binatang disebutnya oleh pembaca dalam ruangan komen dan blogger tersebut tak malu langsung bila pembaca menulis komen yang bukan sahaja kurang sopan tapi kurang ajar yang mana menyokong kenyataan blogger ini.

Pelik betul dunia sekarang, disebabkan politik seseorang manusia tu boleh hilang pertimbangan dan tak peka dengan sensitiviti orang lain.. Memang la blog engkau, suka hati engkau.. tapi agak-agak la wei.. Elok sangat ke kalau awak tu mempengaruhi orang lain untuk bersikap lagi negatif.

N rasa binatang yang hina sangat derang sebut dalam komen mahupun kenyataan tak sehina dengan orang yang menyebutnya.. Binatang yang disebut takder akal tapi ada manfaat ianya ada di dunia..Binatang tersebut pun tak amik pusing pasal dunia dan politik.. Tak kutuk mengutuk, tak menyakitkan hati orang lain.. Tapi manusia yang ada akal apa manfaatnya kepada dunia ni ????????

Patut la budak-budak remaja zaman sekarang ada yang bersifat kurang ajar.. Semua tu belajar dari blogger-blogger ataupun orang yang sangat taksub dengan politik sehingga tak sedar akan perbuatan dan kesan kepada orang ramai .. Bukan kata politik tak penting tapi kalau boleh, amalkan la persaingan yang sihat dengan saling hormat menghormati di antara satu sama lain..

2 comments:

  1. berpada2 dan bersederhanalah dalam apa jua pun kan ! itu yg terbaik

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D