About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Thursday, May 8, 2014

Bawa bekal untuk berjimat

Zaman sekarang ni, semua benda pun nak kena ada duit. Nak pergi bilik air kat shopping mall pun kena bayar 20 sen ke 30 sen. Walhal, ada shopping mall lain yang sama taraf ataupun lagi cikai pun bagi pengunjung guna Free. Tu lah lain tempat lain caranya..

Kita pun sebagai pengguna, ada pelbagai jenis pilihan yang kita boleh buat untuk berjimat cermat.


Salah satunya adalah dengan membawa bekal. Tapi N rajin bawa bekal ni pun sebab ada lebihan makanan malam tadi. N ni tak cerewet, N bawa je apa yang ada. Hidangan tak lengkap pun N bedal je. Bila nak berjimat cermat tak boleh nak ngada-ngada sangat. Lagipun kekurangan tu satu perkara yang baik untuk N. 

Kalau nak ikutkan nafsu memang la macam-macam nak makan. Tapi bila bayangkan orang yang duduk kat Africa lagi-lagi kat tanah gersang tu, aduhaii.. Kesian. N selalu cuba elakkan diri daripada tengok gambar-gambar yang diambil oleh photographer. Sedih dan sebak. N ni dah cukup bersyukur duduk dalam Malaysia yang aman damai.

Sekarang ni N jarang amik sarapan pagi yang berat. Selalunya buat milo dan makan corn flake sikit. Tapi kekadang tu ter skip juga sebab sibuk ngadap PC. huhu.. Dengan cara ni N rasa N boleh berjimat dan dalam masa yang sama N dapat menguruskan perut.

N memang cukup perasan sejak dari bersalin dua tahun lepas, bahagian perut ni tak boleh nak kempis. Asyik buncit je, walhal dulu masa zaman anak dara buncit tu timbul masa lepas makan je. Tapi sekejap je, pastu hilang. Jadi sekarang misi N adalah untuk kempiskan perut sambil berjimat cermat :D

Malam tadi tak tambah nasi pun walaupun lauk sedap.. Dugaan paling besar sebab masakan mertua sedap-sedap. Harap N dapat kekalkan pemakanan macam ni sampai bila-bila. Dan kena cut off sikit pengambilan makanan untuk menjayakan misi mengempiskan perut. Jom diet kawan-kawan untuk kepuasan diri. Dan bila bawa bekal tu kena agak-agak la ye, jangan bawa bekal macam nak mkn 10 orang.

2 comments:

  1. Saye memang selalu bawak bekal ke tmpt keje n travel.. Sbb dah biase dididik mcm tu oleh mak..

    ReplyDelete
  2. Cik akak jarangbawak bekal nie
    Pemalas eh hihi astro
    Lepas nie nak berbekal gak eh hihi

    ReplyDelete

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D