About Me

My photo
Hey.. Jus cal me N kay.. do enjoy reading my blog :D

Followers

Monday, May 26, 2014

Cerita palsu jadi pengajaran..

Ingat tak semalam-semalam N ada cerita pasal culik dan ambil organ dalaman manusia kat Stesen minyak.

Pagi tadi dalam berita radio HOTFM ada cakap yang berita tu palsu dan gambar yang disebarkan pun diambil dalam website luar negara. Haaa.. tapi kita ni sebagai pengguna kenderaan takleh pandang ringan dan tarik nafas lega. Walaupun ianya tak berlaku kat Malaysia tapi kemungkinan untuk berlaku tu masih ada.

Sebenarnya macam-macam boleh berlaku, yang lagi kejam pun ada. Cuma kita je yang tak tahu di mana, bagaimana dan siapa yang akan terlibat.

Sebelum apa-apa terjadi, marilah kita mencegah.. Sejak berita palsu tu keluar N jadi makin peka dan takut. Tapi takut tu dalam hati je, takleh tunjuk. Kalau orang nampak kita takut nanti senang orang nak ambil kesempatan.. Bahaya bahaya..

Langkah-langkah keselamatan diri terutamanya untuk perempuan-perempuan di luar sana:

Belajar ilmu pertahankan diri, tak kira la taekwando, tinju, restling, tomoi, silat atau apa-apa yang boleh buat orang lain takut. Kalau tak sempat nak belajar, at least cari bahan bacaan yang menunjukkan bahagian-bahagian anggota badan yang lemah yang kita boleh tumpukan sekiranya diserang.. Contohnya kat bahagian tutttt... hehe contoh je ok

Pegang apa-apa benda yang tajam bila melewati tempat sunyi, gelap atau tersorok. Kunci kereta pun berguna juga :D

Sentiasa kunci kereta walaupun nak tinggalkannya sekejap terutamanya semasa nak bayar duit minyak takpun singgah beli barang kat kedai runcit.

Elakkan diri daripada tempat-tempat yang mudah diserang atau jauh dari pandangan orang ramai.

Jangan berhenti atau dekat dengan orang yang tak dikenali. Kalau boleh lari je kalau ada orang tegur. Biar la diaorang nak cakap bodoh ke gila ke, janji diri kita selamat.

Bawa pepper spray ke mana-mana saja you all pergi dan pastikan ianya senang dicapai.

Periksa isi dalam kereta sebelum masuk. Sekiranya mencurigakan dan ada feeling tak sedap hati baik you all minta rakan sepejabat lelaki untuk periksa :D

Harap info-info ni berguna untuk kita semua.. Selamat berhati-hati you all

No comments:

Post a Comment

Jangan malu-malu tinggalkan sekomen dua.. :D